~~Pembaca Yang Setia~~

Showing posts with label 30 days challenge. Show all posts
Showing posts with label 30 days challenge. Show all posts

Monday, October 3, 2011

Day 08- Short term goals for this month and why

Assalammualaikum semua!

maaflah AK bersiaran lambat. hehe. dah la tu, tak ada idea pulak tu. muahaha. parah dah sindrom kekeringan idea nak update blog AK ni.

maka hari ni terpaksalah AK sambung 30 Days Challenge AK yg blom abis-abis. haha.

so... nak citer,

short term goal untuk bulan ni ialah..

SIAPKAN MANUSKRIP 
LOVE YOU MR. ARROGANT!


hahaah. besar gile tulisan. nak ingatkan diri sendiri ni. bknnye apa. heehe. deadline dh dekat. haha. harus gigih siapkan kalau mahu lihat, impian AK jadik satu kenyataan.

kawan2 tersayang, tolong doakan AK yer! hehe.

laptop dh le suka buat prangai, dah 3 minggu pulak tu, dia xboleh ON. mujurlah AK dah ada jalan penyelesaiannya.

apa?

esok AK citer. heeee.. ^___________^

Monday, July 18, 2011

Day 07- A picture of someone/something that has the biggest impact on you

Assalammualaikum semua!

 nak letak gambo mak ayah, tapi tu dah memang semua org rasa..kan.. hehe
maka AK nak letak gmbo lain, tp entah nak letak gambar siapa AK pun tak tahu. haaha. setelah memikirkan beberapa perkara dan baru-baru ni, insan ini telah membuatkan AK membulatkan tekad untuk menggapai cita2 AK untuk jadi penulis selepas baca artikel tentang dia....

maka AK tempek muka beliau! heeheh..


kenal tak insan ini? mesti ada yg kenal dan ada yang tak. hehe.. inilah Novelis Terkenal, Kak Damya Hanna!


ini adalah novel pertama beliau yang telah melonjakkan nama beliau dalam dunia penulisan..


nak baca artikel tu boleh baca kat SINI

p/s : smgt berkobar-kobar nak jadi novelis ni! hihihihih

Saturday, July 9, 2011

Day 06- Favorite super hero and why

Assalammualaikum semua!

faveret superhero bg AK ialah...

BoBoi Boy!

sebabnya. citer ni kelakar haahah. superhero yg tak perlu nak serius2 jadik superhero. dan tak semestinya kena jadi dewasa utk jadik superhero. kn? hehehe..

suka Yaya sebab comel!

kalau zaman kecik2 dulu AK suka superhero di bawah ini. hehe.

Baja Hitam!
suka PR Pink! haha.. ada skirt muahaha
masa zaman tu tak sah la kalau tak tengok cerita di atas ni kan. huhuh.. jadi masa ni, itulah super2 hero kegemaran AK. hihi.

p/s : hari ni sebenarnya AK cuti lagi. hehe. cuti umum sempena hari jadi yang dipertua Pulau Pinang. hehe.

Monday, July 4, 2011

Day 05- A picture of somewhere you’ve been to

Assalammualaikum semua!

30 Days Challenge macam tau je AK malas nak menulis panjang2. asik suruh letak gambo je kan. hahaahah!

AK pernah pergi sini.. negeri kesayangan cik Nabilah! hehe. MELAKA!



dah lama dah ni. tahun 2009. heheeheh.. lepas tu tak jejak2 melaka dah. huhu.. tp mmg best! cantik n byk tempat menarek. heheeh..

rasa cm nak pergi lagi!

Saturday, July 2, 2011

Day 04- A habit that you wish you didn’t have

Assalammualaikum semua!

Tabiat yang AK harap AK xde. huhhuh.. tabiat buruk nihhh..

 dulu gmbr ni nak tunjuk 20sen. skrg nak tunjuk kuku kontot

Siapa kat sini ada tabiat buruk? Angkat tangan! Okeh, AK rasa memang semua manusia ada tabiat buruk kan. Hehehe. Tak nak ngaku pun, sendiri tahu kan. Hehe.

Tabiat buruk AK? Tabiat yg AK smpai skrg xleh tinggal ialah... GIGIT KUKU. Dari kecik lagi la tabiat AK ni, tak boleh nak tinggal. Haha.Selalunya bila AK leka buat sesuatu, mcm menonton tv, @ tgh baca buku, time tulah tanpa sedar, AK akan gigit kuku. 

Dulu lagi teruk tau tabiat AK ni, AK gigit kuku dan kulit jari sekali.. Sampai satu tahap tu, kdg2 tebal kulit yg AK gigit smpai pedih2 jari AK sebab kulit jari dah jadi nipis dan dalam. Eii memang ngeri masa tu. tapi sebab dah tabiat, tetap nak gigit jugak.

Sekarang ni AK dah hentikan pun tabiat pelik tu. heheheeh. Fuhh nasib baik kan. Kalaulah smpai skrg AK dok buat prangai tak senonoh tu, apa laa jadik dengan tangan AK ni kan. Hehe.

Skrg pun AK tgh cuba kawal kegilaan AK menggigit kuku, sebab AK tau, kuku ni tempat kuman berkumpul, so memang tak elok la tabiat ni. Cuma kadang2 je bila terleka yg AK nak tergigit tu cth masa tgh tgk tv ke, masa tgh pk idea. haaah.

 dulu gmbr ni nak tunjuk darah, skrg nak tunjuk kuku kontot

Pesan AK pada kwan2 sekelian, kalau kita ada tabiat yang tak elok, sama2lah cuba berubah ya. untuk kebaikan kita jugak kan. Hehehe.

AK mmg harap AK xde tabiat ni. tapi smpai skrg xleh nak berhenti lagi. huhuhuh. kuku AK pun kontot2 dh ni. hahaah.

Thursday, June 30, 2011

Day 03- A picture of you and your friends

Assalammualaikum semua!

alamak aih.. mudahnya challenge ni. muahaahah.tp untuk timbulkan nostalgia, meh la AK letak gmbr lama. huhuhu..

Kawan-kawan zaman sekolah rendah

carik AK hehe..

masa ni darjah 5 masa hari penyampaian hadiah. hehe..

nostalgik kan. dan kawan2 dlm gmbo ni AK still kwn rapat hehe. mcm yg kami pergi reunion kt Kenny Rogers tu. heheheeh.. semua kami ada dalam ni. cari cari. heeheh..

p/s : thanks Nabilah atas tips tadi. heeheh.. still ade problem but akhirnya boleh gak publish. thank you very much dear!

Tuesday, June 28, 2011

Day 02- The meaning behind your Blog name

Assalammualaikum semua!

Ok dah pernah jawab dah soalan ni. Ok sape suruh AK nak buat lagi kan 30 Days Challenges ni. Huhuhuuh. Ok jomlah AK explain balik.

Nama blog AK ialah CITRA HATI ALIESHA KIRANA. 

Adapun citra itu adalah nama glamer bagi cerita, samalah macam Sally nama glamer bagi Salmah. -_-"

Hati itu pula terletak di tengah-tengah dada, dan kalau hati ayam itu goreng pun sodap! Maka bila Citra digabungkan dengan Hati maka terhasillah CITRA HATI yakni cerita dari hati. tak ada maksud tersirat hape dah.. straight to the point je nama blog ini. hehe.

Dan Aliesha Kirana itu pula tentulah nama glamer tuan empunya blog. Hihi. Atau lebih dikenali sebagai AK! Hoho.

 ini tuan tanah..

Blog ini banyak berkisar tentang kehidupan peribadi AK, pasal family AK, psl minat AK, psl artis2 yg AK suka. Hehe. Dan apa sajalah yang AK nak share ngan korang semua. Hehehe. Tp kadang2 AK blur jugak. Sebab tulah AK buat 30 Days Challenge ni. Muahahaah..

Marilah kita berbincang tentang perubahan-perubahan dlm hidup AK. Ok tetibe larik topik, tapi ada kaitan dengan blog ini jugak. Jap lagi AK jelaskan.

Antara perubahan yang telah berlaku dlm hidup AK :


-dulu anak gadis, sekarang dah ada anak sedara.
-dulu muda rumaja, sekarang dah dewasa.
-dulu naik bas buruk, lepas tu naik bas econ, skrg nek bas buruk balik. Entah bila nak pakai kereta. Hoho
-dulu pergi kerja pakai baju kurung sopan jer, skrg terpaksa pakai t-shirt syarikat hari2. Cesss..
-dulu tak berapa nak kurus, skrg makin tak brapa nak kurus.
-dulu belajar, skrg dah kerja
Dan lastly

-dulu banner lain, skrg banner lain! baru buat smlm. Hahahah. Amacam ok x? Simple is better. Kn? Harap2 perubahan ni buat AK makin smgt nak berblog lagi. hehehe.
AK pun tak pasti sampai bila AK akan berblog. Tp AK mmg sgt suka menulis jadi inilah hobi AK. Bukan untuk mengaut keuntungan mahupun duit nuffnang. Skdr mengisi masa dan bertukar-tukar cerita dengan pembaca dan rakan blogger yang lain. dunia blogging akan sentiasa ada dlm hati AK sbb dunia blogging byk mengajar AK erti sebuah kehidupan dari persepsi yang berbeza. ^__^

Ok luv u all! ^____________^

Thursday, June 23, 2011

Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

Assalammualaikum semua!

dari minggu lepas cakap nak buat 30 Days Challenge ni, tp still xjalan2. hahaah. so hari ni AK buat. lalalaaa..


ini gmbr smlm, fresh dr kamera kawan AK hoho. ok maloo pulak rasanya heheehe..

15 facts about me!

ok mcm dh pernah jawab je.KAT SINI... xpe2.. jom AK cerita fakta yang lain pulak.. hehehehe.. adesss penin.. kali ni yang simple2 dh la. hehe.

1. suka Lembu Moo Moo..

2. berkaca mata utk org rabun jauh sejak darjah 6, gara2 suka baca buku sambil baring dlm gelap dan suka tengok tv dekat2. tp power masih skit, dlm 200 je. AK xpakai spek sepnjang masa, dlm rumah langsung xpakai spek..rimas!

3. artis pertama dan terakhir yg AK pernah jumpa depan2 mata dan minta otografnya ialah Anuar Zain! dan dia sangatlah amat baik dan hensem.

4.tidur dengan byk bantal

5. suka coklat, tp sejak berlaku peristiwa hitam itu, dah kureng skit...

6. hobi rahsia AK ialah menyanyi, haahah. hnya org2 tertentu boleh dgr AK nyanyi. lalaalaaa..

7. fobia dgn air laut. hehe.

8. tab yg wajib bukak, masa layari internet ialah yahoomail, facebook, blogger dan penulisan2u!

9. ade sorg anak buah yg comel! namanya Auni

10. prefer drama2 dr Jepun berbanding Korea. tp makin meminati korea semenjak bersua muka dengan kekasih hati..uhuk..


11. memiliki kuku yg kontot gara2 suka menggigit kuku smpai pertumbuhan dia terbantut. =_="

12. bila stress atau sedih, perkara yang AK buat ialah tidur sebab lepas bangun dah lupa semua masalah.

13. teringin nak bela ular sawa albino. hehe

14. suka telur ayam. xkisah la telur goreng @ rebus. eheheeh.

15. tak pernah kena demam campak

fuhh..habis dah. heehehe..

Monday, June 13, 2011

30 Days Challenge Kembali!~

Assalammualaikum semua!

hari isnin nan indah kononnya. hahaha. hari ni mcm biasa, AK bz. ok sejak dua menjak ni bz je AK kn. konon2 la. hahaha.

sebab AK sllu je kehilangan idea untuk menulis, maka AK akan start balik 30 Days Challenge, tapi versi lain pulak. hahaha. biase la AK.. asik blur je keje. so buat 30DC ni xdelah penat AK fikir nak tulis hape. hehe..

AK akan buat 30DC ni bila AK dh xtau nak tulis apa. kalau AK ade idea, AK tulis la cerita lain. okeh! settt!

eh eh AK bukan curang tau.. tp ni pakwe AK no 8.. haahahaha


Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
Day 02- The meaning behind your Blog name
Day 03- A picture of you and your friends
Day 04- A habit that you wish you didn’t have
Day 05- A picture of somewhere you’ve been to
Day 06- Favorite super hero and why
Day 07- A picture of someone/something that has the biggest impact on you
Day 08- Short term goals for this month and why
Day 09- Something you’re proud of in the past few days
Day 10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad
Day 11- Another picture of you and your friends
Day 12- How you found out about Blogger and why you made one
Day 13- A letter to someone who has hurt you recently
Day 14- A picture of you and your family
Day 15- Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play
Day 16- Another picture of yourself
Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why
Day 18- Plans/dreams/goals you have
Day 19- Nicknames you have; why do you have them
Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future
Day 21- A picture of something that makes you happy
Day 22- What makes you different from everyone else
Day 23- Something you crave for a lot
Day 24- A letter to your parents
Day 25- What I would find in your bag
Day 26- What you think about your friends
Day 27- Why are you doing this 30 day challenge
Day 28- A picture of you last year and now, how have you changed since then?
Day 29- In this past month, what have you learned
Day 30- Your favorite song.

lebih kurang mcm aritu punya soalan je kan. haha. tp ade la lain skit kan.. okeh! nnti AK mula.. ho yeay!

Saturday, May 21, 2011

Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days

Assalammualaikum semua!

dah brapa lama baru nak siapkan 30 Days Challenge ni. hhihih.... okeh..

ini gmbo AK hari ni.. pagi tadi. nape ntah pucat jek. mcm org sakit. huhuhhu.. tengok muka sendiri mcm xbermaya.. hahaha..

3 good things yg terjadi dlm 30 hari ni eh? hmmm...

1. AK dh menginjak umur 25 tahun! ok, itu bagus yer. heehehe.
2. adik AK dpt masuk matrikulasi, yg sama dgn AK dl. heehe.
3. ehm.. apa lg satu eh? Nur Kasih The Movie dh kluar panggung! aci tak, itu yg terbaik berlaku.. haha..

ok dah la. xde mood la nak tulis pnjg2.. hihihhi..

jumpa hari isnin selasa eh!

p/s : isnin AK cuti! ulalalaa...

Tuesday, May 3, 2011

Day 29 – Something you could never get tired of doing.

Assalammualaikum semua!

wah lmbt gile AK update hari ni. hahaah. tak menyempat, ini pun masih ada kerja tertunggak. huhu.

ceh soalan maut la skli..heheeh..

ok, kalau AK cakap AK xpenat buat KERJA AK ni.. AK bohong. wahaha..

jadik mende yg AK xkan penat utk AK sllu buat ialah... Menulis! hahaah. eh sebab guna komputer, maka istilahnya ialah MENAIP!

sejak zaman sekolah lagi AK ske menulis, sampailah sekarang...

selain menulis di blog sebagai blogger yg tak feymes. hahaah. AK jugak menulis karya-karya yang tak seberapa. heheeh.





 antara karya-karya AK


nak baca karya2 atas tu, jemput2lah singgah ke

Dari Tinta Aliesha Kirana 

ya! itu blog penulisan AK. hehehe.

p/s : erk prasan tak, AK ske letak gmbo jejaka hot sbgai cover. haaha. ok AK baru prasan. kui3!

Friday, April 29, 2011

Day 28 – In this past month, what have you learned?

Assalammualaikum semua!

Hape yang AK bljr dalam bulan ni? Hmm. Tentunya perkara yang sangat penting, iaitu jangan mudah percaya pada orang. Jangan nilai orang cuma dari luaran, sebab mungkin dalamannya adalah yang sebaliknya.
Apa kena mengena dengan bulan ni? Hehehe.


apa kaitan ngn JGS? ntah. (-_-")

Sebenarnya bulan ni baru terbongkar perangai seseorang terhadap AK. Nampak mcm baik je tapi kt belakang AK, Nauzubillah. Moga2 AK dijauhi dari dengki orang ni. AK pun tak mahu simpan dalam hati sangat, AK maafkan segala kutukan dia pada AK dan berharap dia berubah dari perangainya itu.

^_^ ok peace! 

Errr ape lagi eh.. yang AK bljr. Hahaahha!

Hmmm AK bljr menerima kenyataan yang bila dia tidak ditakdir utk kita, sekuat mana kita berusaha pun dia tidak akan jadik milik kita. Sobss.. chewah tetibe feeling jiwa2 hahah. Padahal xpenah usaha pun nak dapatkan Ashraf Muslim. Wakakaka. Kantoi!


Tapi usaha itu tetap perlu, usaha paling senang ialah berdoa! Moga2 kita dijodohkan dengan orang yang baik-baik, yang beriman dan taat pada perintah Allah. Yang boleh bimbing kita menuju akhirat yang cemerlang. Wah! Tetibe pasal rumahtangga pulak ni. Buang tebiatkah AK? Hahaah. Layan ajelah kan.

Okieslah. Byk lagi yang AK bljr sebenarnya, tp blur pulak AK nih. Hehehe. Itu jelah point AK skrg ni. Tata!

p/s : selagi hidup, selagi tu kita takkan habis belajar.

Thursday, April 21, 2011

Day 27 – What kind of person attracts you?

Assalammualaikum semua!

ehem2.. soalan yang best.. hahaah. jenis manusia macam mana yang menarik perhatian AK? chewah!

1. Beriman / Jaga Ibadah


ok ini memang toplist. cmne kite nak kesan org tu beriman ke x? hahaah. susah kn. tp dari raut wajah yg bersih, basahnya dengan wuduk, kejernihan wajah itu mmg kita akan dapat rasa. wah gitu. paling senang, AK tertarik ble AK pegi singgah solat kt mana2, orang2 yg turut sama bersolat tak kire laki @ perempuan, akan menarik perhatian AK.. sbb tak ramai manusia di zaman skrg yg akan pk psl solat ble dorg in hurry @ tgh bershopping. so i salute this kind of person which makes me attract. chewah speaking haaku..

2. Murah Senyuman

alahaiiii.. cairr..

ohhhooo hoii senyumlah senyumlah ahai cek mek molek.. AK mmg mudah tersenyum haha. opsss. dan AK sgt suka org yg murah senyuman, sllu yg AK jumpe, AK yg senyum dl n kdg2 ade yg xbls pn senyuman AK..ces kedekut senyum, mcm la die senyum skli jatuh abis gigi die..menci. hahaha. so AK ske pada org yg murah senyuman, especially ble die senyum tu wajahnya maniss skli...auww.. semut pun suka.

3. Berpakaian Kemas

kemas kan? malangnya kau bukan lg milikku..sobss..T_T

ok, kau cantik @ tidak. yg penting kena kemas. AK ni kdg2 serabut jugak. wahaha. tp AK ske tgk jejaka yg berpenampilan kemas. wajah tak ada jambang2 semua tu..just janggut sejemput ke, pemanis wajah..auww. haahah.

4. Bertudung Labuh

alahaii manisss kan..

oh ok. bkn diskriminasi, tp mmg AK tertarik tgk dorg2 yg bertudung labuh. nak wat cmne kn..hehehe... nampak ayuuu jer. heheeh.. baik sopan, walaupun prangai sbnr kite xtaulah kn.. heheeh.. sape sokong AK, sejuk je hati ble tgk gadis2 ayu bertudung labuh? heehehe. AK mmg la bertudung labuh gak, tapi AK otai, xayu..hahaahah!

5. Sopan tutur kata

haishh jumpa org2 ckp sopan, cair terus derr. haahahah.. kat Penang ni kan, semua cakap kasar, nk jumpe yg lemah lembut susah jugak. tp xsuka sopan2 dan lembut plastik! not my taste okeh!

6. Comel!

ok, comel itu subjektif kan.. heheeh.. yg montel2 itu mmg comel, AK xnafikan.. teheeee... tpi comel di mata AK ialah kanak2 yg comel! baby2 yg sgt keletah mcm Auni! haahaha..

ok, dah la.. entah menjawab soalan ke x.. AK hentam saja.. wahahaa..

Wednesday, April 20, 2011

Day 26 – A photo of somewhere you want to go.

Assalammualaikum semua!

ok.. sebab byk tmpt yg AK teringin nak pegi, maka bukan photo lg, tp dh jadi photos haahah.. nak tempek gmbo byk2 ni.. hehehe.. bersedialah!

1. Jepun


ahhh teringin nak rasa 4 musim di jepun.. nak ke pntai pada musim panas, nak men salji masa musim sejuk, nak duduk bawah pokok sakura masa musim bunga, nak goyang2 pokok masa musim luruh.. hehehe.. sonoknyaa..

2. India
teringin nak lawat Taj Mahal, melihat warna warni di India. merasai budaya mereka yg penuh warna..chewah! dpt jumpa Shah Rukh Khan pun best gak..hehehe.

3. Switzerland


ok, ini semua gara-gara byk tgk citer hindustan yg byk tunjuk adegan nyanyi2 kt negara ni. terus mcm terlopong tgk tmpt ni lawa gila..terus rasa nak pergi.

4. Mekah dan Madinah


semua umat Islam wajib punya impian ni. kan? heeheh.. teringin sgt2.. smoga impian ini terlaksana..amin...

p/s :nampaknya ramai xleh view video smlm. huhu.. maafkan AK.. AK embed video tu dari Facebook, mungkin sebab tu ramai xleh tgk kot.. teeheee..

Tuesday, April 19, 2011

Day 25 – Who are you?

Assalammualaikum semua!

Soalan yang agak mencabar chewah! Siapa saya?


Saya ialah Aliesha Kirana (bukan nama sebenar) yang dilahirkan pada 11 Mei 1986, di sebuah kampung kecil di Batu Kurau, Perak. Anak kedua dari lima beradik, tapi nampak macam anak bongsu sebab manja dengan family. Hehe. Sudah berusia 25 tahun pada tahun ni tapi perangai masih macam budak-budak sekolah.


Saya juga merupakan.......

Seorang hamba kepada Allah Yang Esa

Seorang pengikut kepada Rasulullah

Seorang anak kepada mak ayah

Seorang cucu kepada tok dan wan

Seorang adik kepada kakak

Seorang kakak kepada adik-adik

Seorang mak saudara buat anak2 saudara

Seorang kawan pada teman-teman

Seorang pekerja pada majikan

Seorang penduduk bumi dalam Bima Sakti

Seorang isteri pada bakal suami.. auwwww hahahah!


Ok, dah laaa AK merepek..haisshh! hahahaha... yang penting, AK masih mencari identiti sendiri namun mahu sentiasa berpaksi pada AlQuran dan AsSunnah. Ingin berubah hanya untuk kebaikan, InsyaAllah.

Monday, April 18, 2011

Day 24 – A photo of something that means a lot to you.

Assalammualaikum semua!


jawapan yg orang semua boleh agak kan. heheeheh. 
kehadiran Auni telah menceriakan kehidupan kami semua.. chewah! heheehehe..

tau x, skrg feveret Auni naik mende alah kt atas ni la. heheeh.. setiap kali pergi shopping mall, mende ni yg dicari dl. siap tarik mama die nak pergi situ.. hahaha.. ble dok atas tu.. pandai je die.. teror pusing2 stereng tu mcm btol2 memandu.. hhahah.. somel!

Friday, April 15, 2011

Day 23 – 15 facts about you.

Assalammualaikum semua!

Semalam AK bz la. Sori yer.. skrg dah xbyk masa depan tenet, walaupun AK naaakkk sgt menulis blog, tapi AK xmampu curi masa... huhuhu. Ni pun AK dah karang siap-siap kat rumah mende alah bawah ni dan autopublish. Hehehe. Ada masa nanti AK lawat blog kawan2 yee.. syg semua.. muah3!

AK nak buat 30 Days Challenge ni.. dah lama xsambung. Hehehe. 

Ok! 15 fakta pasal AK!

1-Ak dah berumur 25 tahun. Erk tua dah kan.. tapi calon belum ada hahahahaah! Anak ke2 dari 5 beradik. Adik bradik 4 pompuan sorang lelaki. AK lahir kat Perak, menetap kat Penang, pernah bljr kat Penang, Kedah, dan Terengganu. Echewah! Mcm interview pulak gayanya.

Moomoo saya yg PINK

2-Gila warna pink. Ok itu semua tahu kan. Tengok blog ni pun dah tahu. Hahahaha. Dl mcm xprasan lagi, tapi makin lama makin gila warna ni. Hahaha. Tapi AK bukan jenis dah suka satu warna tu, semua benda harus warna tu, terutamanya baju. Baju AK xbyk warna pink pun. AK lagi ske berwarna-warni, hahaha. Dan jenis AK pulak, bila dah pakai baju warna tu, stokin pun mesti warna sama. Hahaahah! Mungkin org tgk pelik, tapi i likeee! Teheee..

3-Jarang bermekap. Ok, AK sgt mls bermekap ye... hahaha. Jadi jgn terkejut kalau tgk muka AK pucat lesi. Hahaahah. Dl zaman U, AK rajin skit laaa bermekap, terpengaruh kawan2. Hahaha.. bedak kompak harus ditempek, secalit gincu, dan eyeliner, kdg2 letak eyeshadow..hehehe.. Skrg ni? Sarung tudung, pakai spek mata, terus keluar. Hahahaha! Malasss ya amat. Terutamanya bila pergi kerja, xrasa lansung nak mekap. Bedak pun tak letak.. ekekekeke... buruk perangai.

suka SRK n Juhi

4-seorang yang gila Hindustan sampai sekarang, tapi malu nak ngaku sangat sebab org suka perlekeh org yang minat hindustan. Sobs.. pernah masa form 1, beli majalah Bollywood sampai bertimbun majalah Bollywood kat rumah. Sanggup simpan duit semata-mata nak beli majalah tu. hehehe. AK minat gila cerita Hindi sampai AK dah paham bahasa tu dan boleh cakap sikit-sikit. Dulu duduk depan tv, salin setiap perkataan Hindi dan maksudnya sekali. Hehehe. Sebab tu dah boleh faham. Hehhe. Kalau lagu Hindi tu takyah cakap laaaa. Habis semua lagu AK hafal, siap boleh translate lagi. ahahaha. 

5-seorang yang terlalu amat cintakan cinta. Hahaha. Lebih suka cinta dari org yang bercinta kot, sebab tu AK suka buat cerita cinta. Hahahaahha. Bagi AK, cinta itu fitrah manusia, dan AK rasa kromosom cinta AK terlebih sikit kot dari manusia normal. Hahaha. Tapi tak pernah bercinta pun. Tehee..

6-Dulu cita-cita nak jadi kaunselor sebab sangat suka dengar masalah orang dan bagi nasihat, walaupun dr sendiri tak pernah pun ikut nasihat yang dr sendiri bagi. Hahaahha. Tapi mmg sgt suka menasihati org, tehee. Dl masa kat sekolah suka round-round sekolah, cari org yg bermasalah, n bagi nasihat. Ceh, mcm perkhidmatan kaunseling bergerak gitu. Hahaahah. Tp skrg xde rezki nak jadi kaunselor, mungkin suatu hari nanti, kalau Allah bagi rezeki. Sekarang ni redha ajelah menjadi graduan IT dan berkerja makan gaji di pejabat logistik. Kui3.

7-Mula menulis sejak berumur 13 tahun kalau tak salah, masa tu menulis main-main jer. Tak ada siapa yang baca pun. AK ingat, novel pertama yang AK hasilkan bertajuk ‘Pyaari Kahani’ @ maksudnya Cerita Yang Indah. Hahaha. Kisah seorang pelajar yang menuntut di India, jumpa lelaki India tapi percintaan mereka melalui byk halangan. Cewahh! Hahaahah. Lawak bila baca cerita tu, sebab mcm penulisan budak-budak. Heheheeh.. skrg ni dah berani nak bagi org lain baca karya2 AK sebab tu AK wujudkan blog Dari Tinta Aliesha Kirana. Heheh. Sekarang tgh cuba siapkan manuskrip, nak cuba hantar ke publisher, doakanlah AK berjaya jadi NOVELIS ya! aminnn!!

8-berbadan besar sejak kecil kot. Hehehe. Jadi, sangat teringin nak kurus. Dulu pernah tak makan nasi berbulan-bulan, turun 16kg, pastu lepas SPM naik balik, pastu tak turun-turun, asik naikkk jer. Hahaha! Stress AK. Teringin nak kurus, tapi jiwa masih belum kental. Padahal selalu sgt baca kisah2 org yg berjaya kurus dan tips2 nak kurus. Cuma nak praktiskan tu aje, blom cukup ketahanan diri. Haish! Hehehe. Doakan AK kuat semangat eh. Heheheeh.

9-Pernah melalui banyak pengalaman pahit masa mencari kerja termasuklah tertipu dengan iklan kat paper. Iklan tu tulis, Pelatih Pengurusan, sekali dah lulus temuduga, pergi kerja, rupanya jadi jurujual! Siap ikut dua org jurujual ni ke sebuah Uni, tgk dorg menipu pengurusan Uni tu utk masuk dlm Uni tu.. dan dok berniaga dalam uni tu. last2 AK telefon family AK soh ambil AK kat uni tu, cabut dari dia orang. Hee.. pengalaman ngeri betul!

10-AK seorang kidal dan AK bangga menjadi kidal. Heheeheh. Tapi kdg2 susah jugak nak guna peralatan yg terbiasa utk orang tgn kanan, cthnye mcm pisau potong buah. AK selalunya akan halakan pisau tu dipotong ke arah AK. Hahaha. Paham x? Tak paham xpelah... 

11-Seorang yang mesra, tapi kalau orang yang AK xkenal akan ingat AK ni pemaloo hehehe.. sebab AK xkan tegur orang kalau orang tak tegur AK, sebab AK maloo. Hahahaa. AK cuma mesra dengan org yang AK kenal. Hehehe. Jadi memang btol la AK ni pemalu kan. Hehe. Tak nak ngaku pulak!

12-AK sangat teringin masuk sekolah agama, masa form 1 dapat sekolah agama asrama penuh, memang AK hepi sgt. Tapi malangnyaaa.. AK xdpt biasakan diri lagi dengan hidup berasrama so AK larik.. wahahah! Pastu tak masuk sekolah agama sebab family AK masukkan AK kt sekolah biasa. Sobss.. pastu form 4 masuk sekolah asrama balik, masa tu memang tensen. Kdg2 rasa nak cabut, tapi AK bertabah sebab dah pernah larik sekali. Xmo susahkan family dah. Heheehehe.

my BF dr Korea!

13-AK ade BF di setiap negara. Hahaaha! Kat Malaysia, AK ade Fahrin Ahmad Shaheizy Sam. Auww.. kat Korea, ade Jang Geun Suk, kat Jepun ada Yamapi, kat India ada Shahid Kapoor, kat Filipina ada Jericho Rosales, kat Taiwan ada Mike He. Hahahaahah. Somel!

14-seorang yang sensitif kot. Hehehe. Nampak je mcm kental kat luar, tapi dalam rapuh jer. Kalau tengok cerita sedih, AK dulu yang sebak, tapi suka tahan nangis sampai sakit dada. Huhuuhhu. Suka tunjuk diri AK kuat padahal lemah.

15-Mula berblog seingat AK sejak 2006. Hehehe. Masa tu blogging kt blog friendster sajer. Heheehe. Pastu guna blogdrive, lepas tu baru guna blogspot. Lepas ni kalau ade rezki, nak guna domain sendiri lah! Heheeheh. AK ade 6 blog kesemuanya. Heheeh. Nak tahu blog apa, cariklah sendiri heheeh. Tapi 2 private. Laalalalaa...

fuhhh.. letih menaip heheeheh.. ok semua.. tataaaa!

Friday, March 18, 2011

Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.

Assalammualaikum semua!

Ok! Kenapa AK boleh terjebak dengan permainan 30 Days Challenge ni sampai memaksa AK menjawab soalan sebegini rupa pulak. (-_-") <<< gatai sgt nak join...

Err... hmmm ok!

Ini suratnya,

Dear I-Know-Who,
AK -bukan nama sebenar-

Kau tahu tak, sudah beberapa kali aku cuba dan terus mencuba. Kau fikir aku tak pernah cuba ke? Kau silap kalau kau cakap aku tak pernah berusaha. Kalau kau jadi aku, barulah kau tahu betapa sudah banyak kali aku berusaha dan sudah banyak kali aku kecewa. Baru kau akan faham betapa susahnya menjadi seorang aku.

Tapi kau takkan paham, sebab kau bukan aku. yang kau tahu cuma menghina dan mengherdik dan mengata itu ini pada aku. ok, aku hanya pekakkan telinga, aku melawan cakap kau. Kau tahu sebab apa? Aku tahu aku kena hormat kau sebagai orang yang lebih tua, tapi bila kau mengutuk aku sebegitu aku harus lawan supaya hati aku tak bertambah sakit.

Kau tahu tak, setiap kali orang mengejek aku itu ini, memang aku buat-buat tak terasa, tapi kau sedar tak hati aku ini sangat rapuh. Hati aku menangis sendiri bila mereka-mereka yang tak memahami termasuklah diri kau tu menghina-hina diriku ini.

Ok, aku menyusahkan hidup kau ke? Tak kan? Jadi apa kau kisah kalau aku sebegini. Kau fikir aku suka sangat ke jadi macam ni? Pandai saja nak bagi cadangan itu ini padahal satu pun kau tak pernah praktis seumur hidup kan?

Salah ke kalau aku cakap, ini takdir Allah? Allah menjadikan setiap manusia itu berbeza-beza. Jadi kalau kau menghina aku, sebenarnya kau turut menghina ciptaan Allah. Kalau aku tak maafkan dosa kau, jawablah kau kat akhirat nanti. Mujur aku masih ada hati budi, aku maafkan kau. Tapi jangan kacau aku lagi. titik.

-Aliesha Kirana-

p/s : ok surat pun emo. (-_-“) asal buat 30 Days Challenge je ade lah part2 sentap2 tu. haish! T_T
Related Posts with Thumbnails