~~Pembaca Yang Setia~~

Friday, April 15, 2011

Day 23 – 15 facts about you.

Assalammualaikum semua!

Semalam AK bz la. Sori yer.. skrg dah xbyk masa depan tenet, walaupun AK naaakkk sgt menulis blog, tapi AK xmampu curi masa... huhuhu. Ni pun AK dah karang siap-siap kat rumah mende alah bawah ni dan autopublish. Hehehe. Ada masa nanti AK lawat blog kawan2 yee.. syg semua.. muah3!

AK nak buat 30 Days Challenge ni.. dah lama xsambung. Hehehe. 

Ok! 15 fakta pasal AK!

1-Ak dah berumur 25 tahun. Erk tua dah kan.. tapi calon belum ada hahahahaah! Anak ke2 dari 5 beradik. Adik bradik 4 pompuan sorang lelaki. AK lahir kat Perak, menetap kat Penang, pernah bljr kat Penang, Kedah, dan Terengganu. Echewah! Mcm interview pulak gayanya.

Moomoo saya yg PINK

2-Gila warna pink. Ok itu semua tahu kan. Tengok blog ni pun dah tahu. Hahahaha. Dl mcm xprasan lagi, tapi makin lama makin gila warna ni. Hahaha. Tapi AK bukan jenis dah suka satu warna tu, semua benda harus warna tu, terutamanya baju. Baju AK xbyk warna pink pun. AK lagi ske berwarna-warni, hahaha. Dan jenis AK pulak, bila dah pakai baju warna tu, stokin pun mesti warna sama. Hahaahah! Mungkin org tgk pelik, tapi i likeee! Teheee..

3-Jarang bermekap. Ok, AK sgt mls bermekap ye... hahaha. Jadi jgn terkejut kalau tgk muka AK pucat lesi. Hahaahah. Dl zaman U, AK rajin skit laaa bermekap, terpengaruh kawan2. Hahaha.. bedak kompak harus ditempek, secalit gincu, dan eyeliner, kdg2 letak eyeshadow..hehehe.. Skrg ni? Sarung tudung, pakai spek mata, terus keluar. Hahahaha! Malasss ya amat. Terutamanya bila pergi kerja, xrasa lansung nak mekap. Bedak pun tak letak.. ekekekeke... buruk perangai.

suka SRK n Juhi

4-seorang yang gila Hindustan sampai sekarang, tapi malu nak ngaku sangat sebab org suka perlekeh org yang minat hindustan. Sobs.. pernah masa form 1, beli majalah Bollywood sampai bertimbun majalah Bollywood kat rumah. Sanggup simpan duit semata-mata nak beli majalah tu. hehehe. AK minat gila cerita Hindi sampai AK dah paham bahasa tu dan boleh cakap sikit-sikit. Dulu duduk depan tv, salin setiap perkataan Hindi dan maksudnya sekali. Hehehe. Sebab tu dah boleh faham. Hehhe. Kalau lagu Hindi tu takyah cakap laaaa. Habis semua lagu AK hafal, siap boleh translate lagi. ahahaha. 

5-seorang yang terlalu amat cintakan cinta. Hahaha. Lebih suka cinta dari org yang bercinta kot, sebab tu AK suka buat cerita cinta. Hahahaahha. Bagi AK, cinta itu fitrah manusia, dan AK rasa kromosom cinta AK terlebih sikit kot dari manusia normal. Hahaha. Tapi tak pernah bercinta pun. Tehee..

6-Dulu cita-cita nak jadi kaunselor sebab sangat suka dengar masalah orang dan bagi nasihat, walaupun dr sendiri tak pernah pun ikut nasihat yang dr sendiri bagi. Hahaahha. Tapi mmg sgt suka menasihati org, tehee. Dl masa kat sekolah suka round-round sekolah, cari org yg bermasalah, n bagi nasihat. Ceh, mcm perkhidmatan kaunseling bergerak gitu. Hahaahah. Tp skrg xde rezki nak jadi kaunselor, mungkin suatu hari nanti, kalau Allah bagi rezeki. Sekarang ni redha ajelah menjadi graduan IT dan berkerja makan gaji di pejabat logistik. Kui3.

7-Mula menulis sejak berumur 13 tahun kalau tak salah, masa tu menulis main-main jer. Tak ada siapa yang baca pun. AK ingat, novel pertama yang AK hasilkan bertajuk ‘Pyaari Kahani’ @ maksudnya Cerita Yang Indah. Hahaha. Kisah seorang pelajar yang menuntut di India, jumpa lelaki India tapi percintaan mereka melalui byk halangan. Cewahh! Hahaahah. Lawak bila baca cerita tu, sebab mcm penulisan budak-budak. Heheheeh.. skrg ni dah berani nak bagi org lain baca karya2 AK sebab tu AK wujudkan blog Dari Tinta Aliesha Kirana. Heheh. Sekarang tgh cuba siapkan manuskrip, nak cuba hantar ke publisher, doakanlah AK berjaya jadi NOVELIS ya! aminnn!!

8-berbadan besar sejak kecil kot. Hehehe. Jadi, sangat teringin nak kurus. Dulu pernah tak makan nasi berbulan-bulan, turun 16kg, pastu lepas SPM naik balik, pastu tak turun-turun, asik naikkk jer. Hahaha! Stress AK. Teringin nak kurus, tapi jiwa masih belum kental. Padahal selalu sgt baca kisah2 org yg berjaya kurus dan tips2 nak kurus. Cuma nak praktiskan tu aje, blom cukup ketahanan diri. Haish! Hehehe. Doakan AK kuat semangat eh. Heheheeh.

9-Pernah melalui banyak pengalaman pahit masa mencari kerja termasuklah tertipu dengan iklan kat paper. Iklan tu tulis, Pelatih Pengurusan, sekali dah lulus temuduga, pergi kerja, rupanya jadi jurujual! Siap ikut dua org jurujual ni ke sebuah Uni, tgk dorg menipu pengurusan Uni tu utk masuk dlm Uni tu.. dan dok berniaga dalam uni tu. last2 AK telefon family AK soh ambil AK kat uni tu, cabut dari dia orang. Hee.. pengalaman ngeri betul!

10-AK seorang kidal dan AK bangga menjadi kidal. Heheeheh. Tapi kdg2 susah jugak nak guna peralatan yg terbiasa utk orang tgn kanan, cthnye mcm pisau potong buah. AK selalunya akan halakan pisau tu dipotong ke arah AK. Hahaha. Paham x? Tak paham xpelah... 

11-Seorang yang mesra, tapi kalau orang yang AK xkenal akan ingat AK ni pemaloo hehehe.. sebab AK xkan tegur orang kalau orang tak tegur AK, sebab AK maloo. Hahahaa. AK cuma mesra dengan org yang AK kenal. Hehehe. Jadi memang btol la AK ni pemalu kan. Hehe. Tak nak ngaku pulak!

12-AK sangat teringin masuk sekolah agama, masa form 1 dapat sekolah agama asrama penuh, memang AK hepi sgt. Tapi malangnyaaa.. AK xdpt biasakan diri lagi dengan hidup berasrama so AK larik.. wahahah! Pastu tak masuk sekolah agama sebab family AK masukkan AK kt sekolah biasa. Sobss.. pastu form 4 masuk sekolah asrama balik, masa tu memang tensen. Kdg2 rasa nak cabut, tapi AK bertabah sebab dah pernah larik sekali. Xmo susahkan family dah. Heheehehe.

my BF dr Korea!

13-AK ade BF di setiap negara. Hahaaha! Kat Malaysia, AK ade Fahrin Ahmad Shaheizy Sam. Auww.. kat Korea, ade Jang Geun Suk, kat Jepun ada Yamapi, kat India ada Shahid Kapoor, kat Filipina ada Jericho Rosales, kat Taiwan ada Mike He. Hahahaahah. Somel!

14-seorang yang sensitif kot. Hehehe. Nampak je mcm kental kat luar, tapi dalam rapuh jer. Kalau tengok cerita sedih, AK dulu yang sebak, tapi suka tahan nangis sampai sakit dada. Huhuuhhu. Suka tunjuk diri AK kuat padahal lemah.

15-Mula berblog seingat AK sejak 2006. Hehehe. Masa tu blogging kt blog friendster sajer. Heheehe. Pastu guna blogdrive, lepas tu baru guna blogspot. Lepas ni kalau ade rezki, nak guna domain sendiri lah! Heheeheh. AK ade 6 blog kesemuanya. Heheeh. Nak tahu blog apa, cariklah sendiri heheeh. Tapi 2 private. Laalalalaa...

fuhhh.. letih menaip heheeheh.. ok semua.. tataaaa!

5 comments:

HonEyBuNNy said...

salam ziarah......ila pun suka pink juga....;-)

zida said...

jang geuk suk! <3 haha

Miss Green Rose said...

cayalah AK ! dr form 1 da start menulis. =) saya time tu bru start baca novel. ngeh3 :p

Prince Halilintar said...

wow..seluruh negara Ak ade bf ye..paling AK syg bf dari negara yg mane??hehe

nabilah_2908 said...

hmm..bnyk juga yer persamaan kita..paling betul point no 11... :)

jom ke APA KATA HATI pulak ;
KIAMAT SEMAKIN HAMPIR

Related Posts with Thumbnails