~~Pembaca Yang Setia~~

Friday, March 18, 2011

Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.

Assalammualaikum semua!

Ok! Kenapa AK boleh terjebak dengan permainan 30 Days Challenge ni sampai memaksa AK menjawab soalan sebegini rupa pulak. (-_-") <<< gatai sgt nak join...

Err... hmmm ok!

Ini suratnya,

Dear I-Know-Who,
AK -bukan nama sebenar-

Kau tahu tak, sudah beberapa kali aku cuba dan terus mencuba. Kau fikir aku tak pernah cuba ke? Kau silap kalau kau cakap aku tak pernah berusaha. Kalau kau jadi aku, barulah kau tahu betapa sudah banyak kali aku berusaha dan sudah banyak kali aku kecewa. Baru kau akan faham betapa susahnya menjadi seorang aku.

Tapi kau takkan paham, sebab kau bukan aku. yang kau tahu cuma menghina dan mengherdik dan mengata itu ini pada aku. ok, aku hanya pekakkan telinga, aku melawan cakap kau. Kau tahu sebab apa? Aku tahu aku kena hormat kau sebagai orang yang lebih tua, tapi bila kau mengutuk aku sebegitu aku harus lawan supaya hati aku tak bertambah sakit.

Kau tahu tak, setiap kali orang mengejek aku itu ini, memang aku buat-buat tak terasa, tapi kau sedar tak hati aku ini sangat rapuh. Hati aku menangis sendiri bila mereka-mereka yang tak memahami termasuklah diri kau tu menghina-hina diriku ini.

Ok, aku menyusahkan hidup kau ke? Tak kan? Jadi apa kau kisah kalau aku sebegini. Kau fikir aku suka sangat ke jadi macam ni? Pandai saja nak bagi cadangan itu ini padahal satu pun kau tak pernah praktis seumur hidup kan?

Salah ke kalau aku cakap, ini takdir Allah? Allah menjadikan setiap manusia itu berbeza-beza. Jadi kalau kau menghina aku, sebenarnya kau turut menghina ciptaan Allah. Kalau aku tak maafkan dosa kau, jawablah kau kat akhirat nanti. Mujur aku masih ada hati budi, aku maafkan kau. Tapi jangan kacau aku lagi. titik.

-Aliesha Kirana-

p/s : ok surat pun emo. (-_-“) asal buat 30 Days Challenge je ade lah part2 sentap2 tu. haish! T_T

6 comments:

Cik HaRiZa said...

love it~~
begitu merasuk hati la ayat ni...hehe

Prince Halilintar said...

carilah sahabat yang setia ketika susah senang, sejati untuk mendorong impian dan berhati mulia untuk membimbing ke jalan Allah..

fara-D said...

Dear I-Think-I-Know-Who-Too,

Well sorry bro, u seemed a little bit desperate by naming my dear AK.
please go get a better life as we are already enjoying ours, without any effort on bringing others down, but instead, please each other. after all, we choose to be happy by sharing happiness with our friends. rather than calling people names just to please our heart.
Poor thing, you are. May His lights showers you into a brighter life. peace bro!"

ardinihumaira said...

;) semoga AK dilimpahi kebahagiaan dalam hidup ini, amin

PinQib said...

AK ni untuk lelaki ke pompuannn

aliesha kirana said...

Terima kasih semua! hahaha. konon2 emo padahal dah xrase pape pun. tehee. lelaki Qib. teheee~

Related Posts with Thumbnails