~~Pembaca Yang Setia~~

Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday : Jika Boleh Memilih...



~✿>> Akan tiba saatnya, di mana kita harus BERHENTI MENCINTAI SESEORANG..bukan kerana kita PUTUS ASA untuk mencintainya tetapi kerana kita MENYEDARI bahawa ada insan lain yang lebih mencintainya dan kita merasakan bahawa insan yang kita cintai itu akan LEBIH BAHAGIA apabila kita MELEPASKANNYA..

p/s : Jika hanya ingin memiliki, itu BUKAN CINTA namanya..♥♥

:)

-H.A-

copy dr wall FB. hehe.

Tuesday, February 28, 2012

Mengharap Rezeki Ilahi .

Assalammualaikum semua!

gunakan waktu di awal pagi, untuk menaip blog. sebenarnya tengah sakit hati ni. apa sebabnya biar AK simpan sendiri. huhuhhuh. 

sedang memikir masa depan, entah ke mana arah tuju hendak di bawa.

hampir 4 tahun berlalu sejak AK keluar dari universiti, tapi rasanya sampai skrg AK masih belum mampu membanggakan keluarga dengan sebarang kejayaan dlm pekerjaan. huhu.

tahun ni, AK berazam eh dh nk masuk bln 3 baru nak berazam? untuk meningkatkan taraf hidup AK. enggan menoleh ke belakang lg. nak terus maju ke depan.

ho yeah!

cara pertama ialah... DAPATKAN LESEN MEMANDU!


ahaha. choii malas btol nk pergi kelas. kah3. dah tua-tua gini baru nk bljr memandu, cmnilah jadinya. otak dah tepu, badan dah malas. hahaha. eh! tak boleh malas-malas! tahun ni kena dptkan lesen memandu jugak! caiyok3!

Alhamdulillah, salah satu cara utk AK capai kejayaan sudah AK dpt jalannya. tahun ni, InsyaAllah salah satu impian AK akan tertunai. ^_^

moga-moga Allah permudahkan rezeki AK... amin!

sahabat sekelian, tolong doakan AK yer. mekasih! hehe.

Monday, February 27, 2012

Moodless Monday : Moodless yang betul-betul tiada mood!

Assalammualaikum semua!

terlampau amat bz pagi tadi sampai xsempat jenguk blog. bila dah xde masa, nak fikir nak tulis pasal apa pun dah xsempat. bila ada masa skrg, dh malas dh nak pk. =_="

blog pun mcm dah terabai lately, tulis entry pun dua kerat je. haha. maafkan AK yer.

ni pun rasa mcm malas dh nak taip. xde mood btol nak tulis apa2. hahaa. adoiiilah!


abang Jep! tolongg! hahaa. tetibe.

mood today : sgt tak ada mood! =_______="

Friday, February 24, 2012

Mencari Seorang Imam! ^_^

 Assalammualaikum semua!

"Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?

Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka."
 artikel asal : Carilah Untukmu Seorang Imam

Sangatlah terkesan dengan artikel ini. ya AK akui, sejak dah lanjut usia, eh sejak matang ni, asyik memikirkan hal yang satu ini.

bukanlah AK bimbang sgt soal jodoh sebab setiap kita sudah ditentukan jodoh masing-masing. AK yakin pada janji Allah. kalau tak ada di dunia, pasti akan ada di akhirat sana.

cuma bila memikirkan pemilihan jodoh, banyak sekali dugaan dan cabaran dalam kita mencari jodoh yang terbaik. eh eh jangan salah faham, AK belum cari jodoh lagi. ^_^

cuma AK nak tanya, macam mana nak ciri-ciri suami pilihan kita?

ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.

Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.

Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.

Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?

Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.

Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.

Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.

Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.

 bagi AK, nak mencari seorang lelaki yg baik pun susah zaman sekarang ni, apatah lagi nak cari lelaki yang benar-benar punya ciri seorang imam.

ambil contoh, hari ini. brapa ramai lelaki yang setiap Jumaat tidak pernah tinggalkan solat Jumaat? sedangkan solat Jumaat yg seminggu sekali pun ramai yg tinggalkan tanpa rasa bersalah, apatah lagi solat fardu lima kali sehari semalam? lagilah dipandang enteng.

tapi AK yakin, kalau perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan begitu sebaliknya. jadi untuk cari seorang imam, AK kena jadi seorang makmum yang baik. perbaiki diri sendiri, dan sentiaasa doa pada Allah.

p/ s: sedang berusaha menjadi baik. ^_____^

Thursday, February 23, 2012

Selamat Hari Lahir ke 2, Auni!

Assalammualaikum semua!

Semalam AK lupa bagitau. haha. tarikh 22.02.2012 sgt bermakna bg AK. sebab apa?

kalau tengok Ticker kat atas ni, mesti tau kan, anak buah AK, Nur Auni Assyifa' sudah menjangkau umur 2 tahun! cepat je masa berlalu. tak sedar pun anak daraku dah besar panjang. hehe.





rase nak nangis pulak. sobs. heeheh.

semalam akak AK ade buat sikit makan2, untuk family. tapi gambar tak sempat upload lagi. nnti kalau AK dh  ade, AK share ok. heeh.

Tuesday, February 21, 2012

Musim Adaptasi Novel

Assalammualaikum semua!

Perasan tak, sekarang ni byk gila novel yg didramakan/ difilemkan. cth Ombak Rindu, Nora Elena, Gemersik Kalbu, Bicara Hati n ada lg menunggu utk siaran, adaptasi novel ni.




bagi AK, best mmg best bila kita tgk novel kegemaran kita dinovelkan. cumanya akan jd spoil bila pelakon n jalan cerita dh lari sgt dr cerita asal.

bg AK, tak ada pun novel yg diadaptasi yg btol2 memuaskan hati AK.

AK suka Gemersik Kalbu, sebab bg AK, watak Suffian sgt seswai dibawak oleh Aqasha. cuma ending dia mcm pelik. mcm tiba2 je si Ariana tu boleh maafkan Suffian. lepas tu tiba2 dok gelak2. ok tak paham. pfft.


Nora Elena best! AK suka watak Aaron Aziz (Seth Tan) of course la cumanya.. AK tak suka sgt, Siti Saleha, so mood tu kurang sampai dekat AK walaupun abg AA sgtlah romantik. hahaha. kalaulah Neelofa yg blakon citer tu, mungkin AK dpt hayati dengan baik. hee.

Ombak Rindu so-so la. biasalah bila novel difilemkan. masa tak cukup utk adaptasi keseluruhan novel. abg AA mmg seswai jadi Haris. tp Izzah kurang seswai diberi pada Maya Karin sbb slang dia tu mengganggu. hoho.

Bicara Hati! hah! AK tgk jugak, walaupun xde astro kt umah. ngeh3. hahaha. tapi baru tgk sampai ep 4 hehe. overall, nampak kelonggaran jalan cerita. n Zahlia dalam cerita tu, sgt suka mendesak. anoyying pulak rasa. hahahaah. rasanya dlm novel, tengku syahran lg kejam, lg mendesak. tapi ntah lerr. plot pun mcm longgar, n ade byk jump-jump. kejap scene ni, kejap scene tu, pastu masuk balik scene ni. haha. tp suka Marsha blakon. jadi sgt gediknya. haha.

lepas ni, ada pulak novel Kasih Antara Kita ( drama Cinta Untuk Emelda) akan ditayang lepas cerita Atas Nama Cinta kt slot Akasia tu. huhuh. AK xharap sgt yg drama ni akan jd best. keh3. kalau dl, AK byg Dr Aril Fatah as Fahrin Ahmad, skrg dh jadi Fizo Omar. ok boleh diterima. ehehe. cuma Emelda tu Almy Nadia. sllu tgk almy jd watak pembantu je. xpun watak gila2. ni jadi watak utama n jadi wanita lemah lembut, cam pelik skit nk dibayang. haha. apa2pun akan nantikan cerita ni jugak.

lepas tu, dgr citer novel Adam Hawa pulak didramakn. heronya abg AA mmg sgt seswai! tp heroin? Nysa yg berlakon dlm citer Cun tu. dia pun biasa bawak watak pembantu jer. hmm. xpelah. nantikan ajelah. 

mmg musim org adaptasi kan?

Monday, February 20, 2012

Moodless Monday : Bersemangat!

Assalammualaikum!

hilang jap 2-3 hari ni. hahaa. bukannye apa. busy skit. tak sempat nak ambik masa karang ayat. sempat menjengok blog org lain je. pfft.

haha. hari ni, moodless macam biasa. tapi skrg ni lebih kepada sleepy haha.

ok xleh moodless! mari bersemangat oke.

jom bekerja!


p/s : dh petang baru nak suruh orang semangat kerja. hampeh btol AK. kah3

Thursday, February 16, 2012

Memori Gajet Zaman Study Dulu..

Assalammualaikum semua!

hari ini AK nak cerita pasal gajet. gajet? wow? IPAD kah? ok berangan sungguh nak pakai IPAD haha. tidakler. AK nak citer pasal gajet yg AK guna zaman belajar dulu.

klau zaman skrg, budak2 sekolah pun dh ade gajet canggih. mcm AK ni, hape yg ade? sobs.

eh ok, nak citer pasal gajet zaman U dl. time tu kire baru berjinak-jinak dgn mende canggih ni, mana ada mcm2 teknologi mcm sekrang (eh mcm veteran je bunyik ayat AK. mcm dok zaman 80an hehe). time mula2 masuk U dl, kira pendrive tu adalah perkara yg baru saja org tau. haha.

kire dlm kelas time tu, 2-3 org je baru ade pendrive, yg lain guna disket lg. time tu sgtlah tak tahu guna pendrive, sampaikan AK ingt lg. sorg kawan AK ni beli komputer dpt percuma pendrive, cantik sgt, mcm gincu. hheeh. mung tau siapa diri mung kan? hehee. lepas tu bila dia masukkan pendrive, habis guna, terus tarik. mana la nak tau kene buat SAFELY REMOVED tu bagai. kami semua tak tau. hahaha. last2 rosak pendrive beliau. cian kan. hehe.

oh ok! pasal gajet AK, meh AK kenalkan semuanya. hehe.

1. Pendrive

ini pendrive first. yg ori snap xde, sbb AK dh bg pendrive tu kt adik. rasa cm dah arwah je pendrive tu. eheheh. time beli ni, tau x, memori boleh simpan brape??? 286MB saja! hahaha. tapi tau tak harganya berapa? RM90 tau tak! yeee sila percaya. hahaha. time tu mmg mahal dan skit memori.

ini pendrive kedua AK. beli yg memori besar skit. pendrive ni byk berjasa. tp kann. time tahun akhir, tgh sibuk siapkan tesis, dah nak print, tiba2 dia rosak. pffft! AK rase sebab komputer kt CC yg AK masuk tu, ade prob. huhu. mmg meraung laaa. org dh nak print je tesis, tunggu hntr je. last2 kene buat balik, sbb AK xsimpan yg final draft tesis tu kt tmpt lain. sobss! skrg pendrive ni ade dlm simpanan AK lg. buat kenangan aje. hoho.

2.Laptop


ini laptop pertama AK. sekarang dia dah arwah dah. sobss. time ni laptop masih belum canggih mcm skrg. kamera pun xde. memori cuma 20gb. hahaah. cian cian. tp harga? boleh dpt laptop paling canggih zaman skrg. sadis kan? cian kami. heehe. laptop ni byk berjasa, tp sygnya, cepat rosak. masa zaman kt U pun AK xleh bawak laptop ni ke mana2, kalau bawak jalan, dia xmo ON. gila mengada. haahah. byk hardware dia dh rosak. tak lama lepas AK habis study, dia pun arwah. sobss. 

3. MP4


ini gedik beli. eh abaikan mende2 lain. tgk mp4 saja. haahha. ini beli saja suka2. sbb AK suka dgr lagu. tp Alhamdulillah, syukur jgk AK beli ni, sebab dia jadi penyelamat, ble pendrive AK rosak. dialah jd ganti pendrivenya. tp skrg, dia pun dh rosak. haha.


5. External HDD


ini AK beli sebab memori lappy AK kecik. so AK tmbh la HDD ni hehe. time tu, semua mende AK simpan dlm tu. kire kalau hilang HDD ni, meraung lah AK. haha. dlm laptop kosong, dlm HDD ni yg penuh sampai kalu kawan2 pinjam HDD AK ni nak download apa2, AK xleh guna lappy sbb xde pe dlm lappy hahaha. sekarang dia masih berfungsi. cuma AK jrg guna, sebab dia dah full. nak buang mende dlm tu, sayang. keh3. so kdg2 je guna.

OK, itu je gajet AK time study dl. hahaa. eh skrg pun xde gajet lain. sobss. walaupun xsecanggih gajet zaman skrg, AK bersyukur sbb gajet2 ni yg byk bantu AK zaman study dl. love them much! muah3!


heheehehe.

Tuesday, February 14, 2012

Sambungan, TRIP Jalan2 PENANG.

Assalammualaikum semua!

sebelum citer trip AK ni bertambah basi, baik AK up entry cepat-cepat. haha. ok awas lagi, entry ni byk gmbr hehe.

untuk entry sebelum ni, KLIK SINI eh. hehe.

keesokkan harinya, which is hari Isnin, kami bangun pagi-pagi, terus menuju ke Bukit Bendera. mula-mula plan nak bertolak sebelum Subuh, subuh kt jalan je. tp biasalah, bila dh dpt bantal, tersasar gak plan tu. haahahah. last-last pukul 9 baru sampai di Bukit Bendera.

tunggu punya tunggu, last-last dapat naik tren. tapi punyalah disumbat org dalam tu. haah. AK pun kene berdiri je naik tu. gayat kot. haha.

laju tren tu bergerak.


Welcome to Bukit Bendera! eh Penang Hill! dalam bahasa omputihnyer. hehe.


sebelum melilau, mari menjamu selera dahulu. hehehe. kawan AK cakap, laksa kt atas ni sedap, tp masa AK pergi tu gerai laksa belum bukak. maka kami terjah nasi lemak sajer, kate pun sarapan. hehe. masih pagi lagi.. atas bukit pun still berkabus..

nasi lemak rm4. mahal tp berbaloi sebab sedap. hehe.
kopi aissss!
selesai makan, marilah berfotogedik! mari! hehe.







 lepas tu mari tangkap gmbr pemandangan indah pulak. weee.


ok. mmg boleh habis bateri kalau dok lama2 atas ni. ahaha. kire nak tangkap gmbo jerk.

hehehe. lepas kol 12 gitu, barulah kami turun ke tanah. eh? ke tanah rata barangkali.

lepas tu tak tahu nak ke mana, bincang2 dalam kereta, barulah buat keputusan, nak ke Toy Museum! jom!





lepas tu kan... lepas tu kann.. haha.

lepas tu bateri kamera AK kong. wakakak! dah xde gmbo dah. hahaaha.

lepas tu kami ke queensbay kot. ok AK sllu confius antara queensbay dgn gurney. hahha. main layang-layang sambil sembang di situ.

petang sikit, kami ke shopping mall (gurney @ queensbay, i'm confius!) solat kat sana, n terus menuju ke jeti, naik feri ke tanah seberang.

lepas tu terus kami pulang membawa haluan masing-masing. sobss. oh bakal merindui percutian ini. huhuhhuh.

itu saja laporan dari AK. heheeh...

tata!
Related Posts with Thumbnails