~~Pembaca Yang Setia~~

Showing posts with label umt. Show all posts
Showing posts with label umt. Show all posts

Thursday, February 16, 2012

Memori Gajet Zaman Study Dulu..

Assalammualaikum semua!

hari ini AK nak cerita pasal gajet. gajet? wow? IPAD kah? ok berangan sungguh nak pakai IPAD haha. tidakler. AK nak citer pasal gajet yg AK guna zaman belajar dulu.

klau zaman skrg, budak2 sekolah pun dh ade gajet canggih. mcm AK ni, hape yg ade? sobs.

eh ok, nak citer pasal gajet zaman U dl. time tu kire baru berjinak-jinak dgn mende canggih ni, mana ada mcm2 teknologi mcm sekrang (eh mcm veteran je bunyik ayat AK. mcm dok zaman 80an hehe). time mula2 masuk U dl, kira pendrive tu adalah perkara yg baru saja org tau. haha.

kire dlm kelas time tu, 2-3 org je baru ade pendrive, yg lain guna disket lg. time tu sgtlah tak tahu guna pendrive, sampaikan AK ingt lg. sorg kawan AK ni beli komputer dpt percuma pendrive, cantik sgt, mcm gincu. hheeh. mung tau siapa diri mung kan? hehee. lepas tu bila dia masukkan pendrive, habis guna, terus tarik. mana la nak tau kene buat SAFELY REMOVED tu bagai. kami semua tak tau. hahaha. last2 rosak pendrive beliau. cian kan. hehe.

oh ok! pasal gajet AK, meh AK kenalkan semuanya. hehe.

1. Pendrive

ini pendrive first. yg ori snap xde, sbb AK dh bg pendrive tu kt adik. rasa cm dah arwah je pendrive tu. eheheh. time beli ni, tau x, memori boleh simpan brape??? 286MB saja! hahaha. tapi tau tak harganya berapa? RM90 tau tak! yeee sila percaya. hahaha. time tu mmg mahal dan skit memori.

ini pendrive kedua AK. beli yg memori besar skit. pendrive ni byk berjasa. tp kann. time tahun akhir, tgh sibuk siapkan tesis, dah nak print, tiba2 dia rosak. pffft! AK rase sebab komputer kt CC yg AK masuk tu, ade prob. huhu. mmg meraung laaa. org dh nak print je tesis, tunggu hntr je. last2 kene buat balik, sbb AK xsimpan yg final draft tesis tu kt tmpt lain. sobss! skrg pendrive ni ade dlm simpanan AK lg. buat kenangan aje. hoho.

2.Laptop


ini laptop pertama AK. sekarang dia dah arwah dah. sobss. time ni laptop masih belum canggih mcm skrg. kamera pun xde. memori cuma 20gb. hahaah. cian cian. tp harga? boleh dpt laptop paling canggih zaman skrg. sadis kan? cian kami. heehe. laptop ni byk berjasa, tp sygnya, cepat rosak. masa zaman kt U pun AK xleh bawak laptop ni ke mana2, kalau bawak jalan, dia xmo ON. gila mengada. haahah. byk hardware dia dh rosak. tak lama lepas AK habis study, dia pun arwah. sobss. 

3. MP4


ini gedik beli. eh abaikan mende2 lain. tgk mp4 saja. haahha. ini beli saja suka2. sbb AK suka dgr lagu. tp Alhamdulillah, syukur jgk AK beli ni, sebab dia jadi penyelamat, ble pendrive AK rosak. dialah jd ganti pendrivenya. tp skrg, dia pun dh rosak. haha.


5. External HDD


ini AK beli sebab memori lappy AK kecik. so AK tmbh la HDD ni hehe. time tu, semua mende AK simpan dlm tu. kire kalau hilang HDD ni, meraung lah AK. haha. dlm laptop kosong, dlm HDD ni yg penuh sampai kalu kawan2 pinjam HDD AK ni nak download apa2, AK xleh guna lappy sbb xde pe dlm lappy hahaha. sekarang dia masih berfungsi. cuma AK jrg guna, sebab dia dah full. nak buang mende dlm tu, sayang. keh3. so kdg2 je guna.

OK, itu je gajet AK time study dl. hahaa. eh skrg pun xde gajet lain. sobss. walaupun xsecanggih gajet zaman skrg, AK bersyukur sbb gajet2 ni yg byk bantu AK zaman study dl. love them much! muah3!


heheehehe.

Thursday, January 19, 2012

Terkenang, Misteri di Rumah Sewa...

Assalammualaikum semua.

kisah ni berlaku masa AK duduk rumah sewa dulu. hehe. kisah misteri la jugak.

dulu, masa tahun kedua di uni, AK sewa rumah je sebab hostel khas utk budak2 baru n aktif je. so AK n kawan AK srmai 7 org kesemuanya kalau xsalah, sewa la satu umah ni. kt umah ni xde pape jadi. tp sebab jauh dr kampus, masuk sem 4 kami pindah lagi. kali ni ke umah sewa yg lebih dekat dengan kampus.

kat umah ni la. ada perkara pelik jadi.

selalunya kes hilang barang la. contoh.
ini contoh kotak tu.

kawan AK, AK gelar sbgai A la, letak 1 cd kt dalam kotak file. lepas tu sorg kawan AK, si B nak pinjam cd tu, so A soh la amik kt kotak tu. cari punya cari. xde.

si A pelik la, sbb dia yakin dia letak  tp dia anggap dia salah letak. xpelah.

lepas tu bberapa hari kemudian, AK belek kotak tu. nah! terletak elok je cd tu kt dalam tu. si A pelik. dia cakap dia mmg dia cari habis dlm kotak tu. xde!

AK pun cakap, mungkin ada jin tumpang pinjam kot. keh3.

ok sempat buat lawak lak.

lepas tu kan.. jeng jeng jeng..

pada satu hari, AK ada presentation hari tu. so dr malam lg AK dah sedia apa nak bawak. dah susun elok2 semua buku.

ini cth buku latihan AK

pastu pagi tu pun, check lagi buku-buku tu semua. mmg ade.

lepas dah siap, AK nak bawak buku tu, tup2 satu buku, jenis buku latihan yg AK catit nota dalam tu, HILANG! AK cari2 mmg xde. padahal AK ingt sgt, buku tu, AK letak no 2 dari atas. AK ingat!!

AK tnye la kawan2. ada siapa ambik tak. mmg xde!

aaa! dah lee apa yg AK nak bentang ada dalam tu.

terpaksalah AK tawakal, pergi jugak. dan bentang apa yang termampu.

selang beberapa hari kemudian..

masa AK nak capai Yasin kt atas almari, tiba-tiba AK jumpa buku latihan tu, celah2 yasin dan Al-Quran. 

berderau darah masa tu.... pelik sangat.

AK tanya lagi budak2 umah, siapa yg buat naya kat AK tu. mmg xde sape ngaku. dan AK yakin yang mmg dorg tak tipu.
so, AK buat kesimpulan. mgkin ada jin dalam rumah tu. wallahu alam.

misteri tak? misteri tak?? hehehe.

kalau ade kawan2 seumah AK bace entry ni, mgkin dia ingat gak kot. hehe.

Saturday, July 23, 2011

Selamat Pengantin Baru Abang...

Assalammualaikum semua!

hari Sabtu yg penuh ceria! tapi AK taklah ceria sangat, sebab sedih, tak dapat nak hadiri majlis perkahwinan salah seorang sahabat AK..


ya inilah dia. die telah menjadi bestfriend AK sejak AK mengenalinya di zaman U dulu. cewah nostalgia kemain. hehee..

esok majlis kenduri di sebelah pihak lelaki nun di negeri Johor tapi sah-sah la AK xdpt pergi, sebab dah taip entry ni awal2 haahaha.

oppsss serius.

di kesempatan ini AK nak minta maaf pada Abang Lotfi (dipanggil abang kerana dia lebih tua dari aku hehe) kerana AK xdpt menghadirkan diri ke majlis abang esok atas beberapa sebab yg tak dapat AK elakkan.. wah mcm tulis surat rasmi.. =_="



AK harap abang faham. maafkan AK untuk segalanya. AK doakan perkahwinan abang akan berkekalan sampai syurga dan dikurniakan anak2 yang soleh. amin...

wah syahdu lak rasanya.. hehe.

p/s : bila giliran kita? hanya Allah yang tahu. hehe.

Friday, March 18, 2011

Kisah aku dan Name Tag!

Assalammualaikum semua!

hehe. entry emo lak pagi2 tadi kan. ahahahah! ok sekarang nak cerita kisah Tag Nama masa zaman AK belajar dulu pulak. hehehehe~

 Tag Nama zaman universiti

ok! muka sgt pucat dlm ni sebab perjalanan jauh dr Penang ke Ganu. tup-tup kena tangkap gambar. nampak gila keletihan diwajahku. hahaahah! ni ade 2 tag sebab mula2 nama uni AK, Kustem pastu jadik UMT pulak. heheeh.


er ni tag masa minggu orientasi universiti. heheehe.

Tag Nama zaman Matrik

ok! sgt chubby! bulaat muka saya! wuwu!

Zaman Sekolah Form 4-5

Name tag asal dah ilang. yg ade name tag jawatan jek, wuwuwuw! name tag dah jatuh kat mana entah. waa! sayang gila. yg belakang tu masa jadi urusetia utk program kerjaya. hehehe. yg bulat tu pulak button yg wajib dipakai semua student. eheh.

Zaman Sekolah form 3

ok! AK ngaku ini yg paling lawak. haha. masa zaman nak amik PMR la ni. sekolah nak naikkan smgt student form 3 utk berjaya dlm PMR, so sume student form 3 dipaksa pakai name tag ini. eheheheh.. ingat lagi, sume mcm malu2 nak pakai. kalau pakai pun, semua sengaja terbalikkan name tag ni. heheeheh.

p/s : owh rinduuu nak pakai name tag @ student card balik. heeheheh~

Friday, January 21, 2011

Stress dan FYP!

Assalammualaikum semua!

tengah hangin satu badan.. adus. stress pasal keje. dun worry, AK ok. cuma rasa serabut sikit hari ni. mujur esok dah hujung minggu. hari ni AK rase macam hari Isnin pulak.kui3. sebab semalam dah cuti.

hangin betul bila dimarahi, betul x? tapi lagi hangin bila salah tu bukan salah kita. memang hangin la satu badan. tp what to do. dia ada kuasa, so dia xkisah la nak marah kita sesuka hati kn? mesti ramai tahu siapa AK maksudkan kan? hehe.

bila stress2 ni teringat kembali kenangan masa siapkan Final Year Project(FYP) AK heeheh.. masa tu amatlah stress... AK bljr IT, so FYP AK kenelah buat sistem, tapi AK xbuat sistem, AK buat research psl Semantic. oh abaikan aje mende2 yg korang tak paham.hehe..

buku library yg dipnjam tuk siapkan FYP

AK cuma nak cerita, masa ni sgt amat stress bagi setiap student. semua nak siapkan FYP supaya boleh grad. AK pun tak terkecuali lah. tapi dalam dok siapkan FYP, sempat lagi donlod citer Jepun, Korea, Hindi dan seangkatan dengannya kat lab khas utk student buat FYP. jahat tak AK..haahah!

tempat AK dlm lab

hari2 terakhir seblm hari pembentangan adalah hari yg begitu stress, sebab AK blm jumpa coding yg seswai dgn research AK... dlm stress tu smpat lg melencong ke lain.. haha..

pastu kan, hari pembentangan sah2 la sgt stress.. dengan disoal bertalu-talu oleh lecturer, sumpah mati idup balik pun tak mo alami dah mende tu.

then dah lulus pembentangan, nak kene siapkan tesis.. pulun la buat tesis beratus muka surat tu. dh siap, AK nak print, pendrive corrupt. bayangkan AK mase tu, memang nanges tak berlagu ah. dah la xde backup kt mana2, yang ada pun tak siap mcm dlm pendrive. last2 terpaksa buat semula. tambah balik yg tak lengkap.

okeh, stress amat! semata-mata nk siapkan FYP, bermacam stress yg AK hadapi. dugaan sungguh masa tu. Alhamdulillah, lepas semua dugaan, AK berjaya grad walopun FYP cukup makan je.. hehehe.. 
cari AK..laalalaa~

akhirnya AK berjaya jugak mengradkan diri AK.. tamat.

begitulah kisahnya, hahaha.. ingat stress ingat FYP, cm nak gila masa tu.. hahahahah! okeh, AK xmo stress dah, kang gila betul2.. so mari kita ceria.. xmo pk masalah.. lalalalaa~


Friday, November 26, 2010

Al Fatihah buat Insan Pilihan Allah~

Salam semua...


entah mengapa, sedih pulak rasanya... fuhh... haaa.. teman-teman, sahabat AK telah kehilangan bapanya saat bapanya pergi menunaikan haji di Mekah baru-baru ni.. Alhamdulillah, bapanya dipanggil saat berada di tanah suci. bagi kita semua, itulah kenikmatan yang ingin dirasai semua kan?

tapi bagi seorang anak, kehilangan bapa tercinta pasti sangat dirasai kan, apatah lagi bila kita menghantar dia pergi dengan mengharapkan kita kan bertemunya kembali, namun itu takkan terjadi lagi. 

pusaranya juga tak mampu kita kunjungi selalu kerana jauh, hanya doa yang mampu dikirim dari kejauhan..

buat sahabatku Nurul Ainn Borhan, 

sesungguhnya abah Ainn telah dipilih Allah utk berada di darjat yang tinggi itu, ramai yang berharap akan meninggal di Mekah namun tak semua orang layak mendapat ganjaran itu. sebagai anak, doakan yang terbaik buat arwah. 
be strong utk family Ainn, ok dear?

AK doakan Ainn tenang dan arwah abah Ainn berada di kalangan para solihin..amin.. Al-Fatihah.

p/s :  tersentuh dengan status FB shbt AK td..

"InsyaAllah, emak sampai malam esok. Ya Allah, kuatkan hati aku. Macam mana nak jumpa emak..dan tengok emak balik sorang tanpa abah..macam mana nak sambut emak balik, dan tengok beg-beg arwah abah..tanpa abah bersama.. Kekuatan apa yang aku ada untuk peluk emak, dan bagi semangat padanya..bila aku sendiri rapuh dan broken.. T_T Kuatkan aku ya Allah.."

Tuesday, November 16, 2010

Tahniah Buat Ummi Iza~~

Salam semua!!

ini entry khas untuk menggambarkan kegembiraan yang tak terucap.. hehehe.. alhamdulillah, salah seorang classmate AK dulu telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel!

tahniah buat Kak Iza dan suami.. heheeh..


baby @ si tecit<--- panggilan umminya heheeh... selamat dilahirkan pada 13 November 2010, 8.10 am.. hehehe..

Muhammad Haziq Iman bin Muhammad Elmi Fa'iz..
comey kan?? hehehhe.. tahniah kak Iza!!!!

p/s: tumpang gembira sambil terfikir, ble giliran sendiri nak pegang anak? hahaha.. dua tahun? tiga tahun? patblas tahun lg? hanya Allah yang tahu..hehehehe

Thursday, November 4, 2010

Terkenang Berbalas Pantun~

Salam semua!

ini entry terkenang-kenang namanya..hehehe... AK teringat cerita ni lepas baca satu novel ni, asyik berpantun dalam surat.. hahaah..

ok, mase zaman u dl, AK penah kene paksa masuk pertandingan pantun anjuran kelab course AK... mase tu AK masih dlm tahun satu... mase tu mmg cuak giler laaa.... sgt takut.. AK cepat gelabah ble berucap @ apa2 depan org.. smpai skrg kalu kene pergi interview pn AK takut.. haha..

nak dijadikan cerita AK join jugakla pertandingan berbalas pantun tu..hehe..

team AK
ok! mase ni cuak giler... tp berjaya gak ke pertandingan akhir.. tapi yg akhir tu kami tewas kot..AK pn xbrape ingt..hahaha.. tgk gmbr ni.. AK pakai baju gelap sbb AK sgt cuak takut dan tak hepi..hahaha...kalau nak tahu mood AK mmg kene tgk dr baju..tp xde la hari2 baju ikut mood..hehehe..

tahun kedua, AK kene masuk lg sbb dah ada pengalaman.. tapi tahun ni.. nak jadi cerita, AK dah xmcm tahun sebelum ni.. AK xsempat nak cuak... sbb ade team mate AK ni ramah giler ske bersembang.. masa sela masa tgh berlawan pun die leh sembang2, mintak tlg buat pantun.. so AK xsempat rase nebes.. ahaha..tahun ni agak best join pantun sbb ceria je ade dia.. siapa dia? xde gmbr la teammate AK..haahah...


tadaaaa!! haahah..gmbo atas ni bkn team mate AK la.. tp ni masa hari penyampaian hadiah.. tahun ni AK dpt tempat pertama..hooray!!! heeheh..

bukti kemenangan..
dalam banyak2 pantun, ada satu pantun yang AK xleh lupa..heheeh.. masa ni tema CINTA huhhuhuh... AK mmg la ske bab2 cinta ni.. hahahah... mase AK berpantun tu, sume bunyi cam huuuuuuuuuuuuuu!!! waaaaaaaaaaaa!!! semua macam seronok..hahaha..lawak gila... mcm bunyik2 nakal kedengaran..

AK xingt pembayang dia.. tapi yg bawah AK ingt.. so AK hentam je atas tu, yg bawah yg AK ingt..hehehe...

ini pantunnya..


terbang tinggi si burung merbah
hinggap sebentar di dahan tua
Yang tak sudi dikejar tak sudah
yang sudi mengapa dipersia?


ok sape nak balas pantun AK..cepat! hahahaha~

Monday, November 1, 2010

Jom Imbau Kenangan Gila Webcam!


Salam semua!!!

belek2 gmbar tiba2 rasa nak mengimbau kenangan sambil rase seram2 sejuk.. hahaha.. meh ushar jap..

ok.. ni gmbr AK n kwn2 AK.. mase ni dorg saje menggedik tngkap gmbo guna kamera laptop..apekah tu..aa webcam tu..

AK pun saja laa menempek..tehee..


pastu AK dok jauh skit..mula dah rasa seram2..hahaaha

pastu dalam gambo ni lagi menakutkan.. hahahaha.. siapa yang menakutkan tu? hahaah.. AK laa..... wakaaka

dorg ckp seram tgk gmbr AK.. macam hantu yg tiba2 menempek kt skrin. hahaha... lawak tol... ish tiba2 rase teringat kwn2 dulu.. bestnye masa tu.. enjoyyyy je.. nak pegi kuliah pun hepi2 xpk ape.. heheh.. tak macam skrg.. dok saja pun rasa serabut kepala..

heeheh... rinduuuuuuuuuuuuuuuuuu zaman tu...

Monday, September 20, 2010

Selamat Pengantin Baru Gee!

Salam semua...

ini entry khas AK tujukan buat sahabat AK yang melansungkan perkahwinannya pada 12 September 2010, hari raya ketiga.. heeheh..

AK minta maaf tak dapat hadir sebab majlis nun jauh di pantai timur.. nak wat camne, kawan AK ramai area sana.. hhuhuhu~

Selamat Pengantin Baru Nur Rajihah @ Gee ~~ cantik bajunyer kan hehee!

macam ada iras kan? orang ckp ade iras pnjg jodoh..hehehee
ini yg AK paling suka...owh romantiknya katil itu..heeeeeee
Selamat Pengantin Baru Gee, semoga sentiasa dalam rahmat Ilahi. semoga jodoh ini berkekalan sampai syurga, dan dikurniakan anak-anak yang soleh, amin~~~~

p/s: bila buat entry khas macam ni mesti teringat diri sendiri yg belum ade calon..huhuhhu..sabar je la~~

Thursday, July 29, 2010

Selamat Menempuh Alam Perkahwinan~CheDin n Dayah~

Salam...
seperti dijanjikan, inilah entry khas AK...hak hak... dua ahri kate nak wat, tp hari ni baru leh nak wat..heheheh... sebenarnya entry ni AK tujukan khas buat teman2 seperjuangan AK di UMT dulu...

Che Hassanuddin dan Wan Nor Hidayah


SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT KALIAN BERDUA~~~~


heheeh.. che din n dayah ni sekelas dgn AK mase menuntut di UMT... mereka berdua sorang yg sgt baik, seswai sgt pasangan ini, Alhamdulillah jodoh mereka sgt pnjg.. walaupun bercinta, tp mereka sangat menjaga batasan.. kirenye dorg mcm contoh terbaik buat muda-mudi yang bercinta..hehehee... AK sgt suka pasangan ni n sangat bersyukur apabila jodoh mereka sampai ke jinjang pelamin... Alhamdulillah~


AK doakan semoga perkahwinan ini berkekalan sampai syurga dan dikurniakan anak2 yang soleh~~ amin..

p/s: susah kan nak tgk org yg bercinta zaman belajar kekal smpai ke alam perkahwinan zaman skrg ni..huhuhuhhu~

Tuesday, July 13, 2010

Pengalaman menaiki bas ekspress~

Salam...

bas ekspress kesayanganku..ahaks..

ceh, tajuk mcm soklan karangan drjah 6 lak.. hehe... td mase ak cuba utk tido dlm ofis yg berecon ni keseorangan (sbb ak xkuar rehat..pose..), ak teringat kembali pngalamn ak naik bas ekspress dulu2.. hehe... rase mcm dlm bas je tadi.. hehe..
ni bkn pglmn yg biase2 je ok... hehe.. ni pnglman dlm bas ekspress slme 9 jam.. hehe.. perjalanan dari Kuala Terengganu ke Butterworth, Pulau Pinang. hehe.. mase tu ak masih menuntut di Universiti Malaysia Terengganu...
pengalaman pertama ak yg daif sal bas ekspress ni lucu gak ble diingat balik... mmg xtau pe... ak penah nek bas ekspress pn sllu dekat2 je... bworth-taiping kalu balik kg, tu pun dh jrg sgt nek bas... sllu balik nek keta jer... hehe... ble 1st time kene lalui pnglmn 9 jam dlm bas ekspress, baru ak tau cmne rasenye.. haha...
mase 1st time, ak nek bas, tau x, ak xbwk sweater ok.. haha.. hambik ko... mmg sgt jakun.. slme ni penah nek bas ekspress dlm 2 jam je, sejuk pn leh tahan.. tp cuba la korg byg pnglmn nek bas ekspress slme 9 jam di waktu malam.. pergh, mmg beku dh ak mase tu.. haha.. giler x? dh le ak dpt seat last skli.. haha.. dh mcm tunggang kuda dh ak rase, nak boleh tido jauh skli, menggigil tahan sejuk...
kendian pnglmn pas2 tu, ak dh pndai bwk sweater, haha.. tp ade satu mslh lain timbul.. korang tau x, ak travel dr kt ke penang sorg2.. xde geng (baca : teman) sbb kbykn kwn2 ak sume dr pantai timur, kalu yg utara pn kt kedah, xde yg penang.. so ak sllu sorg2 jer... ble dh sejuk2 mesti rase nk buang air kn.. hehe..
 tp masalahnye kt cni.. cube korg bygkn, dr ganu ke penang, bkn lalu highway ok, so xde lah r&r yg toiletnye cantik cam rumah rasenktidodlmtu tu~~ yg ade cuma toilet kt kedai2 mkn, so bas ekpress akn behenti kt mana2 kedai mkn dlm stgh jam... so watle ape yg kalian mau buat.. haha.. tp sbbkn ak ni xde geng, prasaan takut tu ttp ade, utk pegi toilet sorg2.... tmbh2 lak toilet tu cm melepas batuk di tangga..haha... phm x? yg buat asal siap je... dinding takat bersimen, gayung tu kadang2 cuma sebesar cawan.. mcm2 la jenis... huhu..
ak ni lak, jenis ble skli dh buang air, mesti rase nk buang air lagi.. jd sbb bas dh xberenti dh pastu.. mmg merana la ak.. haha.. so akhirnya ak wat keputusan.. sblm nek bas ekspress stiap kali balik kampung, ak pegi toilet siap2, n xminum walau setitik air mase dlm bas... haha... cara ak berjaya tp ak  kehausan sepanjang mlm.. haha...
satu lg masalah ak ni.. hehe.. ak xreti sgt2 utk tido dlm bas, jenis ak cuma leh tdo atas katil n baring.. haha.. ble try nk tdo duduk ni, mmg xjadi.. xleh tido lnsung... huhu.. lelap pn 5 minit terjaga pastu tido jap jaga.. xfeeling lnsung tdo..haha... cuma kalu siangnye tu ak letih sgt, baru ak leh tido dlm bas.. huhu...
ak tau mesti yg ramai yg pkai cantik2 ble nk balik lg, ak seyesly, sgt serabai.. haha.. ak pkai sluar tracksuit, baju tshirt n tudung.. dh siap.. smpai akak ak yg dtg jemput ak 1st time ak balik kg dr ganu ckp, "otainye nek bas pakai cmtu".. cm hampeh je kn.. haha.. tp sbb dok dlm bas nk tdo je, watpe pkai lawa2 kn.. smpai pn pagi2 buta...hahaahah.. xde mase ak nk bersolek lama2, buang karan.. hahaahah~
errr... cm pnjg je entry kali ni.. hehe.. ok c u later.. hehe~

Thursday, June 10, 2010

Kerna Patin Ku Korbankan....

Salam...
td sewaktu rehat, niat di hati nak mkn bihun sup jer.. sbb i on diet..ekekeek... padahal xde la diet sgt..
tp melintas je depan meja lauk-pauk tu.. then ternampak sesuatu yg menarik perhatianku..
eh apakah itu?
mungkinkah? mungkinkah? xmungkin..xpenah pn aku tgk dorg masak mende alah tu kt restoren ni slme ni..
tnye la akak jual tu..
"Kak, ni ikan ape?"
die pun xtau.. then tnye la tukang masak yg masak lauk-pauk tu..
dr jauh tukang masak menjerit..
"Ikan Patin!!"
wah!!!! cedapnyer.. terus terliur nk mkn nasi ngan ikan patin.. musnahlah diet cik lela~~ haish...


aku mula ske mkn ikan patin mase bljr kt terengganu.. sblm ni mmg aku xpnh rase ikan patin ni.. kwn2 aku yg mmg berasal dr pantai timur, mmg ske mkn.. so aku pn try la mkn, first time aku mkn kt kafe fakulti.. nikmatnye mmg terasa.. hehe... then hari2 rase nk mkn.. kdg2 ade gak aku ckp dlm ati, sblm pegi kafe.. xmo la amik ikan patin hari ni..bosan..mkn mende lain la pulak.. then ble pegi kafe, aiyark... aroma ikan patin begitu menusuk... xsanggup aku menolak ikan patin itu.. so end up hari2 aku mkn ikan patin... hahahaaa...

kak aku yg first time rase ikan patin mase hari grad aku pn terus jatuh hati gak kt ikan patin ..hehe.. skrg dh balik ke penang, jrg dpt mkn, tp sejak 2 menjak ni dh byk ikan patin jual kt supermarket..hehe.. kak aku la yg sllu carikan ikan patin.. tp sbb die bru lepas pntg, so dh lama sbnrnye aku xmkn ikan patin... jd pluang utk mkn ikan patin td xdpt aku lepaskn..haha..

rugila sape2 yg xske ikan darat @ ikan air tawar ni..huhu.. mmg best... hak hak.. ikan keli pn aku ske.. sodap weih!!

Wednesday, May 12, 2010

10 Best Foods around UMT yg aku xleh lupa...

salam..hehe...
n3 sebelum ni aku penah citer psl perkara yg aku xleh lupa pasal UMT kn? heheeh... hr ni meh aku citerkan lak 10 makanan2 n minuman yg aku xleh lupa n aku rindu utk merasainya semula... wuwu... rindu sgt!
1. coconut shake
ok..coconut shake ni sllu byk jual kt pasar mlm area UMT tu..tp yg pling best ialah kt NR Cafe... ade lg xtau cafe tu... tp cafe tu sgt best...damai..


2. Air Buah especially air buah honeydew susu... waahhh!!! terangkat!


gmbr cm kt hotel mane ntah..haha... tp yg sllu aku beli kt depan asrama je... hehe... murah sgt.. rm1 satu..skrg xtau la cmne~~
3. keropok lekor esp.losong...

hehe... mmg la kt cni pn ade kropok lekor, tp nk yg ori kene la cari kt ganu.. aku sgt suke keropok losong..ape bezanya ngan keropok biase? keropok losong lebih byk rase ikan dan lembut bile digigit...xliat..hehe...

4. Nasi Ayam makcik depan asrama..
 

hehe..mmg sume tmpt ade jual nasi ayam..tp yg bestnye nasi ayam ni ialah sgt murah..rm3 jer.. n ayam die sgt byk.. kalu mkn perut mesti full..n mulalah ngantuk~~~
 
5.Satay Ikan
 

hehe...sllu penjual sate ikan akan dtg dgn moto... sate ni sgt murah.. 1cucuk 10sen..so bygla kalu beli rm1 dh dpt 10 cucuk..haha...sedap2...
 
6. Telur Bistik..
 

ok, aku sllu mkn telur bistik kt kedai abg kustem... n kedai pe ntah xingt, dkt2 area Kasut You tu..hehe...tp mmg lain dr lain..sedap giler!!!
 
7. Kuew Teow Kungfu
 

aku sllu mkn kt taman maidam, sebelah taman desa perwira, tempat aku sewa dl..sgt sedap kalu mkn panas2..
 
8. Satar..
 

aku jatuh cinta pada satar saat kali pertama merasai nikmatnye.. ble duduk kt ganu, mmg aku telah jd penggemar ikan.. hehe...
 
9. Nasi Kerabu
 

kawasan pantai timur mmg xleh dipisahkan dengan nasi kerabu.. aku sllu beli kt pasar malam.. lagi best kalu letak solok lada, bawang jeruk, telur masin, daging bakar, ayam bakar... aish..meleleh air liur..haha
 
10. lastly, semestinya feveret aku kalu pegi cafe FST... Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin.
auw.... telan air liur...
 
ahhh...terliur.....
 


hah..indahnya kenangan saat mkn n minum mende2 di atas..hoho... ingatanku terbang ke terengganu saat ini...

p/s: UMT itu Universiti Malaysia Terengganu.. dulu Kustem..



Friday, May 7, 2010

~10 Perkara Yang Paling Kurindui Pasal UMT~

salam teman2..
bg yg blom tau, aku ialah bekas pelajar Universiti Malaysia Terengganu (dulu dikenali sbgai KUSTEM).. nnti someday aku review psl life kt cna.. tp skrg meh aku citer psl mende2 yg aku rindu kt cana...
bukan ikut urutan yg pling rindu ya..hehe..semua aku rindu der..

1. UMT itu sendiri... hehe...aku sgt merindui UMT...wuwu...

    mase grad..
    UMTku yg hijau
    welcome!!
2.  makanan yang lazat2 n eksotik...wahaha...sbb susah nk jumpa tmpt lain.. nnti aku wat entry psl mknan yg aku ske kt cni..hehe...


satar...

pssttt... upload gmbr sambil telan air liur...teringin nyaaa!!

3.  pantai yang indah dan tenang... owhhh~~~

    abaikan tarikh... ni gmbr google..hehe
    bersama kuda padi!!
4.  kelasku yang xbrape bising...hehe... skema je... tipoo...

bebudak kelas Sarjana Muda Teknologi Maklumat(Kejuruteraan Perisian).. fuh penat menaip..

5.  tempat bershopping abiskan PTPTN...haha... dan bersiar-siar..haha..
    pasar payang
    mydin mall
6.  asrama/umah sewa yang happening sbb kwn2 yg best..hehe...xde gmbr.. sori..hehe..

7.  hidup sbgai student yang tensen study tp ttp best..hehe
    rindu study di library... jrg2 sekali.. haha
    kt dlm kuliah
    tggu nk masuk kelas...
    dlm kuliah jugak...
    8.  aktiviti bersama teman2...
koir...
camping...erk...

futsal..
pertandingan..
lawatan sambil shopping belajar ke KL..
program kt umah anak yatim..

    dinner..
9.  Jalan2
    mase pegi Kuantan
    pegi Bandar KT...
10.  n of cozz... paling dirindui ialah.....Sahabat!




MISS U ALL SO MUCH!!
erk..entry ni byk tol gambar kn..heheh....

p/s: cerpen blom siap sbb byk halangan..adoyai!!
Related Posts with Thumbnails