~~Pembaca Yang Setia~~

Friday, February 24, 2012

Mencari Seorang Imam! ^_^

 Assalammualaikum semua!

"Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?

Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka."
 artikel asal : Carilah Untukmu Seorang Imam

Sangatlah terkesan dengan artikel ini. ya AK akui, sejak dah lanjut usia, eh sejak matang ni, asyik memikirkan hal yang satu ini.

bukanlah AK bimbang sgt soal jodoh sebab setiap kita sudah ditentukan jodoh masing-masing. AK yakin pada janji Allah. kalau tak ada di dunia, pasti akan ada di akhirat sana.

cuma bila memikirkan pemilihan jodoh, banyak sekali dugaan dan cabaran dalam kita mencari jodoh yang terbaik. eh eh jangan salah faham, AK belum cari jodoh lagi. ^_^

cuma AK nak tanya, macam mana nak ciri-ciri suami pilihan kita?

ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.

Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.

Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.

Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?

Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.

Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.

Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.

Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.

 bagi AK, nak mencari seorang lelaki yg baik pun susah zaman sekarang ni, apatah lagi nak cari lelaki yang benar-benar punya ciri seorang imam.

ambil contoh, hari ini. brapa ramai lelaki yang setiap Jumaat tidak pernah tinggalkan solat Jumaat? sedangkan solat Jumaat yg seminggu sekali pun ramai yg tinggalkan tanpa rasa bersalah, apatah lagi solat fardu lima kali sehari semalam? lagilah dipandang enteng.

tapi AK yakin, kalau perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan begitu sebaliknya. jadi untuk cari seorang imam, AK kena jadi seorang makmum yang baik. perbaiki diri sendiri, dan sentiaasa doa pada Allah.

p/ s: sedang berusaha menjadi baik. ^_____^

6 comments:

Kakzakie Purvit said...

AK... memang kena cari sekarang tak boleh macam kakak dulu. Satu pada kakak pegangan agama mesti nak ada. Org beragama yg tahu hukum-hakam insya-Allah akan lebih bertanggung-jawab dan sentiasa berusaha mencari kebaikan. SO.... kalaupun mungkin tak kaya tapi dia akan berusaha menjadi kaya, walaupun rumah tak ada dia akan berusaha mencari rumah utk keluarga... begitulah seterusnya..

Kena cari AK tak boleh tak cari OK...

Qib said...

Thnaks sangat3 AK. walopon umur pinqib masih lg jauh nak piki3 cr hb.. tp benda ni mmeng penting dan dinoted pun dah. TQ sesangat. very deeply meaning

ainz said...

alhamdulillah...sy dah bertemu dengan imam sy..semoga si dia dapat membimbing sy ke jalan yang diredhai Allah swt..insyaAllah.. :) doakan kami.. ^_^

ps: tiba2 buat pengakuan kat sini.. :D

Salina@IbuAqil said...

Bersama2 berusaha untuk menjadi terbaik & lebih baik..
Insya'allah!!
TC & Happy Weekend!! ;)

Unknown said...

akak..nk tya sikit pasal iklan churp churp..
mcm mna nak letak iklan churp churp dlm blog.penat dh cuba tapi tak betul-betul juga..

Ardini Humaira said...

InsyaAllah Ak tak lama lagi akan ditemui, amin :)

Related Posts with Thumbnails