~~Pembaca Yang Setia~~

Thursday, May 31, 2012

Indahnya Majlis Perkahwinan Sebegini.

Assalammualaikum semua!
hehe. just nak share video ni. mgkin dh terlmbat sebab Imam Muda Hassan dah selamat melangsungkan perkahwinannya awal tahun ni.

cuma apa yg AK rasa menarik, dan nak share dgn semua, adalah suasana Islamik dlm majlis perkahwinan ni.

rasa sejuk hati sgt, tgk pengantin lelaki dan perempuan.

pengantin perempuan tak perlu mekap tebal-tebal, letak bulu mata palsu bagai, tapi seri dia tetap nampak.. cantek sgt!

kalau tgk gambar kahwin dia pun, xdelah over mcm wedding photoshoot zmn skrg, yg dh kurang rasa malu tu dan lebih pada rasa geli geleman. haha.

sukaa amat!

AK berharap, andai ada jodoh nnti, AK mengharapkan suasana majlis perkahwinan macam ni. yg meriah tapi masih berlandas syariat, agar majlis akan diberkati Allah sllu.

p/s : teringat ustaz don ckp, pengantin perempuan tak tutup aurat, tak tutup dada, Allah laknat. mcm mana nk dpt zuriat2 yg soleh dan solehah? renung-renungkan. ^_^

Monday, May 28, 2012

Moodless Monday : Dugaan Betul!

Assalammualaikum semua!

mmg xde mood. mmg sgt Monday Blues hari ni. pagi-pagi bangun, rasa macam tak nak bangun jerr! haih!

lepas tu..

+smpai sekarang dok mengantok je ni. tapi keja banyak. hehe.

+pagi-pagi tadi lak, kena berlari sbb hampir ketinggalan bas. 

+lepas tu, tgh jalan kaki ke ofis, beg putus tali. T_T

+dah rasa simptom2 nak sakit kepala + demam.

dugaan kan. huhu. tapi memang tiada mood hari ni. sekian.


sebelum ni, dpt dugaan dah. hehe. ok abaikan jari yg montok tu. tgk pada jari atas sekali. itu souvenir yg AK dpt masa siapkan puding karamel utk jamuan hari guru, adik AK. eehehe. suka2 ati pegi rasa air gula hangus tu dgn jari, rasakan. kah kah kah. kene sikit ni pun dh sakit gila. kalau melecur 1 badan, cmne gamaknya. aaa!

dugaan dugaan...

Tuesday, May 22, 2012

Ulasan Novel Aku Kan Novelis!

Assalammualaikum semua!

 Hari ini nak review novel. sebab dah tak tahu nak update pasal apa. kah3.



novel Aku Kan Novelis! AK dah habiskan pembacaan tahun lepas, tapi baru kali ni AK sempat nak buatkan review ni. hoho.

ok, jgn harap nak jumpa review novel yg terbaru di pasaran ya! sebab AK bukan menulis review buku terbaru, AK menulis review novel yg AK baca. hahaah.


Sinopsis
Aku tersenyum bangga melihat mereka. Hasil kehebatanku. Hasil kekuatanku menghasilkan perasaan cinta dan mewujudkan perhubungan. Hasil seorg novelis terulung.

Apa salah aku pada kedua makhluk ini sampai mereka sanggup memperlakukan aku begini? Adakah kerana aku berlagak dgn mereka bahawa aku dpt menyelesaikan masalah mereka? Memang logik pun kan? Sudah berapa lama Iza terbelenggu dgn masalah cintanya dgn Hisham yg tak berkesudahan. Akhirnya aku mempertemukan dia dgn Helmi. Kini mereka memperkenalkan aku dgn lelaki yg serupa ini. Dengan niat apa? Supaya aku tidak mengganggu percintaan mereka dgn membelenggukan aku dgn masalah lain pula?

Aku benci dgn keresahan ini dan aku tahu mengapa. Membenci Roul menjadi sesuatu yg amat sukar. Membenci warna rambutnya sudah kurasa kurang relevan kerana ia tidak lagi mengganggu tumpuanku, malah kini aku boleh berbicara dgnnya tanpa memikirkan betapa hodohnya warna itu. Membenci bicaranya yg penuh dgn carutan juga sudah kurang penting kerana ia sudah sebati dgn telingaku. Rasa benci pada mata kanannya juga makin berkurangan kerana kini aku hanya perlu merenung pandangan mata kirinya yg hitam dan mendalam itu dan hatiku akan terasa berdebar.

Excerpt dari Aku Kan Novelis!
“Gua nak lu”

“ aku kata nak crazy design, bukan crazy people”

“see, that’s where we’re difference. Gua rasa lu nak crazy people”

“Kalau aku nak orang gila, aku pergi rumah sakit jiwa.”

“Dunia ini adalah rumah sakit jiwa. Gua dan lu juga adalah pesakit gila.”

“No. dunia ini adalah pentas. Aku penulis skrip dan kau adalah watak yang aku matikan pada bab yang pertama.”

“Tapi lu tak matikan pun. Lu Cuma harap lu boleh matikan. Sebab sampai sekarang pun gua masih lagi ada di sini. Dan lu masih boleh layan gua bercakap.”

“Mungkin kau bukan watak dalam novel aku, sebab tu kau tak mati-mati sampai sekarang.”
----------------------------------------------
“Lulu sayang jugak kat gua eh?”

“Jangan mengarut. Nak minum? Aku buatkan kopi”

“Lulu memang sayang gua kan, sebab tu lu buatkan gua kopi?”

------------------------------------------------

“Aku tak nak tahu semua tu.”

“Oh.”

“Habis lulu nak apa?”

“Aku menuding jariku ke dadanya. Dia mengerut dahi.”

“T-shirt gua?”

“Hati kaulah!”

“Yang tu gua dah bagi. Minta benda lain pula.”

Komen AK :

AK suka gila novel ni, sebab novel ni lain dari lain. lebih dekat dengan hati kita sebab ia adalah kisah org biasa, bukannya kisah cinta anak org kaya yg kacak dan lawa-lawa. (alamak mcm terkena batang hidung sendiri lak). kisah tentang kehidupan seorang novelis - ok mungkin ni salah satu faktor AK nak beli buku ni, sebab AK nak tahu macam mana hidup sorng novelis! hahaa.

Safiah seorang novelis sepenuh masa yg tak ada kerja lain selain menulis. selalu tumpang rumah kawan dia, Iza sebab kt rumah, dia susah nak menulis. Iza ni ada masalah cinta, dan Safiah selalu jadi tempat luah masalah.

bila masalah Iza dah selesai, Iza pulak carikan mamat untuk dijodohkan dengan Safiah sbb xmahu Safiah kacau hidup dia dengan bf baru dia, Helmi - bestfren Safiah jugak. tapi masalahnya, yg nak dijodohkan dgn dia tu, Roul, sorg yg pelik! rambut panjang merah menyala, mata sebelah diletakkan lens warna merah jugak, bertindik di telinga, mcm kutu rayau. cakap gua lu, gua lu. tapi sebab dia sayangkan Safiah, dan Safiah tak suka dia bahasakan Safiah, lu. dia panggil Safiah dengan panggilan Lulu! haahaha romantikkk.. auww!

haha! kisah ni mmg sgt unik, dan walaupun si Roul ni pelik tapi yakinlah yg anda akan jatuh hati dengan dia jugak. sbb AK pun jatuh ati sama Roul! hahaah.

tak macam kisah novel lain yg fokus pada hero dan heroin aje (ok sekali lagi kena batang hidung sendiri) kisah ni pulak banyak pasal Iza dan Helmi ni. dah nak hujung2 baru sampai part cinta si Safiah dan Roul. heehe.

bagi AK novel Aku Kan Novelis! adalah yg terbaik! mmg feveret AK!


mmg berbaloi kalau beli! pasti! tak rugi punya.

Kak Nur Syahida dah masuk dlm novelis yg wajib AK beli bukunya! hoho.

AK bagi 9.5/10 untuk novel ni! cherioo!
 

Monday, May 21, 2012

JJCM : Kuew Tiow Sup Maklom

Assalammualaikum semua!

sebenarnya takde mood nak bercerita pasal makanan sbb tgh lapar ni. hahaaha. tak keluar lunch dan tak bawak bekal ke ofis hari ni. so hari ni hari berlapar. kih3. puasa pun dpt gak pahala kan. T_T

nak citer psl JJCM kt KL aritu, tapi mcm kene menaip panjang je. so AK pilih makanan dekat area umah AK je dl. hehe.


gulp! Ak tgk kuew tiow sup ni, AK yg telan liur. kah3! fuhh mmg mantop! antara fav AK ni. kuew tiow sup campur. heheeh. sodap amat! pastu letak pulak cili jeruk. perghhh! menceceh air liur hehehe.

kedai ni terletak betul-betul dekat area Pasar Malam Maklom, tapi hari pasar malam kedai ni tak bukak. heeheh. apapun mmg terbaik!

aaarrhh! dok telan air liur dr tadi ni. larikk!


ku


Friday, May 18, 2012

Doa Bertemu Jodoh dan Cara Seorang Muslimah Mengenali Bakal Suami

Assalammualaikum semua!

terjumpa doa ini di laman FB, jadi saja nak kongsi. hahaha.

erk erkk. bukan bermaksud AK dok cari doa ni eh. tiba-tiba saja ada orang post dekat FB, maka AK ambillah. mana tau boleh amal kan? heheeh.


hehe. boleh la amal pada sesiapa yang nak amalkan ok. hehe.

lagi satu, mari dengar kata-kata Ustazah Fatimah Syarha, tentang cara-cara Seorang Muslimah Mengenali Bakal Suami. ehem.



Lembut sangat bicara Ustazah Fatimah Syarha, bertuah Dr. Farhan kan? aduhh. AK pun rasa lembut ati, bila dengar tutur kata dia.

sama-sama ambil ilmu yer. hehe.

p/s : ok entry ini ditulis bukan sebab si penulis, terdesak mencari bakal suami, sekadar berkongsi ilmu dan membuat segala persediaan untuk masa hadapan. hahaah.<

Monday, May 14, 2012

Moodless Monday : Andai Bisa...

Assalammualaikum

hari ini, seyesly adalah hari yang paling tidak ada mood, berbanding hari Isnin yang lain. terlalu byk yg berselirat dalam otak sampaikan tak ada mood langsung ni.

jadi minggu ni memang tak ada JJCM. yang ada cuma Moodless Monday. T_T


Andai bisa kucorakkan dunia dengan palitan warna kegemaranku
andai bisa aku tentukan arah hidupku
andai saja kubisa melangkah ke lorong yg kuingini
andai bisa aku pinta langit yg sentiasa indah
andai bisa ku pohon cinta yang bertebaran di udara
andai bisa..
andai bisa...

tapi aku tahu
setiap dugaan
setiap cabaran
setiap halangan
adalah satu pengalaman yang perlu aku tempuhi
agar bisa kurasa nikmatnya kehidupan...

Ya Allah, tenangkan hati hambaMu ini dalam melalui liku-liku mendatang. dan moga aku segera menemui ruang dan peluang yang lebih baik di tempat lain, kerana hati ini benar-benar sudah tiada di sini. T_T

Friday, May 11, 2012

Selamat Hari Tua Buat Diri Sendiri! ^_^

Assalammualaikum semua!

Alhamdulillah, hari ini genap 26 tahun AK bernafas di atas muka bumi Allah ini. Alhamdulillah Allah masih bagi peluang pada AK.

sempena bday saya, saya tayang gmbo camwhore dlm toilet yg lawa. heehehehe!

sekejap saja masa berlalu, xsedar AK dah menginjak ke usia wajib kahwin dh. kah3. ok gatal. xdelah. heehe. mungkin Allah tidak memberikan AK jodoh lagi, sebab belum sampai masanya. kan? heehe. eh apahal pk psl hal ni pulak? =_=" dush dush dushhh!
xtau nak cakap pe la. kih2.

semoga Allah sentiasa memberkati hidup aku ini, 
semoga aku tidak mensia-siakan setiap detik dlm hidupku ini,
semoga hidupku di dunia kan dpt menjadi bekalan untukku di akhirat,
semoga aku berjaya dunia dan akhirat,
semoga aku bisa membahagiakan keluargaku,
semoga aku akan bertemu jodoh dengan insan yang bisa membimbingku ke jalan yang diredhai.
 amin!

p/s : xtahan btol doa yg last tu. heheeh.

Thursday, May 10, 2012

Pengalaman Naik LRT Sorang-sorang...

Assalammualaikum semua!

masa pergi KL aritu, hr Isnin adalah hari bekerja, termasuk kawan AK ni. so AK dan kawan bincang2, last-last dia suggest utk AK naik lrt utk ke destinasi pilihan AK.

stlh pk lama, AK pun tergerak hati utk ke pwtc semula, walupun hr ahad dh pergi pwtc. saja nak isi masa terluang sementara kwn AK pergi kerja smpai ptg. heeh. n konon2nya lepas tu nak ke KLCC nek lrt jugak, tp xsempat! sbb kt pwtc pun AK dh terisi sgt2 masa dgn menjaga booth penerbit KS, dan jalan2 dlm tu. hihi.

eh bukan nk citer psl tu, yg itu boleh baca di blog AK lg satu, psl PBAKL okeh. hehe. ni nak citer experience naik lrt sorang-sorang.

mula2 mmg takut gak la. menggelabah habis. kwn AK bg kad touch n go die, sygnya kad tu x didetect oleh system tu. so nak tak nak, AK kene jugak beli sndiri coin biru utk naik lrt tu. tersangatlah jakun! mula2 tgk dl org buat cmne, nak beli coin kt mesin tu. pastu tgk dh xde org, baru AK pergi. risau kot-kot ade org beratur blkg AK lak nnti.

AK naik dr Taman Jaya nak ke PWTC. tp disebabkan tak tahu sistem lrt ni cmne, dan dr googling yg kami buat malam sebelum tu, yg AK tau, AK kene turun Masjid Jamek dl. so AK pun belilah tiket smpai Masjid Jamek je.

tup-tup, smpai masjid jamek utk tukar stesen, AK dh xjmpe mesin coin tu!! tnye la dkt kaunter. rupanya kene beli terus coin utk ke pwtc. T_T

then AK naik lrt ke pwtc, kt sana baru pergi kaunter semula dan byr baki duitnya. lega. selesai.

time balik, dah ada keyakinan, dan rasa perjalanan akan smooth, sbb AK dh tau cara. siap boleh mengomel sndiri, tgk group ni beli tiket, tapi smbil2 tu dok sembang. lambattt jer. haha. konon2 terror la AK kan. haha.

ok bab beli coin tu dh lulus! dgn yakinnya naik la lrt smpai masjid jamek. then tukar smula tren utk ke taman jaya. naik je tren tu. dgr la suara operator tu.

"next station Dang Wangi."

ok tgk route. eh pelik ni. ah prasaan aku je kot.

pastu..

"next station, Kampung Baru."

alamak! ini sgt pelik! route tu menunjukkan, aku makin jauh dr taman jaya. sudahhh! sah AK salah naik tren. hahahaahaha.

smpai je stesen KLCC, AK turun dan naik tren bersebelahan. kah3! mujurlaah xpanik. haha. adoiiii!

dan akhirnya AK slmt tiba di destinasi.


ini kt stesen taman jaya kot kalau xsalah.

mmg pengalaman yg mendebarkan ble kene jd survivor sorg2, tp AK akui, sgt best pengalaman ni. heehe. sbb mcm mana pun AK kene bljr utk independent dan cari penyelesaian sndiri.

by da way, org KL sgt laaa pantas bergerak. dah mcm org Jepun dah AK rasa. AK jalan dgn lemah gemalai je. dorg jalan mcm nak kejar apa jek. eh tp btollah, dorg kan kejar masa. nak pergi kerja. hehe. fyi, bila naik @ turun eskelator, kene berdiri di sebelah kiri utk bg laluan pada org yg nk cpt. AK xtau. kah3. AK pergi dok belah kanan.. tersekat sume org blkg AK. kah3! adoii. sonok btol!

seronok tgk mcm2 ragam manusia kt dlm train. hehe. tp xdpt nak snap gmbo dlm train sbb maluuu. heehehe. ada yg tido smpai ternganga mulut. hehe.

kalau diberi peluang, AK xkisah travel sorg2 nek lrt lagi. sangat best! bila dah balik penang, rindu nak naik lrt semula. hahaa. sgt seronok. cubalah naik! sorang-sorang... hahaaha.

 

Tuesday, May 8, 2012

ICity Yang Tidak Seindah Khabar...

Assalammualaikum semua!

delay brapa lama. baru nak citer trip ke KL. hehe. tapi sebenarnya tak adalah apa sangat untuk diceritakan, AK tak pergi banyak tempat sangat. banyak ke tempat makan je. haha.

apapun hari ni nak share gambo AK time ke ICity. hehe. kerana pertama kali menjejak ke sini, memanglah rasa sangat teruja!

rasa nak tengok sangat, mcm mana ICITY yg digemburkan rakan2 di fb. mesti bestkan?

beratur menanti giliran

menunggu giliran untuk masuk. sekali bayaran parking, rm10 utk hujung minggu. kalau hari bekerja, rm1 utk siang, dan rm10 waktu malam. hehe.

apabila masuk je ke icity, perkara pertama yang terlintas di hati AK adalah...

"camni je ke icity?"

mmg xsama mcm AK gambarkan. AK gmbrkan sebuah bandar yg penuh lampu berwarna-warni. tp sebenarnya icity ni, skit je lampu-lampunya. T_T

jom layan gambar!

cari benda tersembunyi
cari benda tersembunyi jugak
nice shot from my bff
suke gambo ni!
ferris wheel
dalam ferris wheel. bayaran rm10. hehe. jangan naik kalau gayat. tp AK gayat pun ok je atas ni. hehe. cuma time nak masuk dlm ni, kena cpt2 sbb roda ni tak berhenti. time nak keluar pun kene cpt2, smpai luka tgn AK. T_T

ok jangan terpedaya dgn gmbr. nak tahu cmne icity ni, dtg la tgk sendiri. dan AK warning siap-siap, icity ni biasa2 je. jangan sampai kecewa bila mengharapkan yang lebih. hehe.




Monday, May 7, 2012

Jalan-Jalan Cari Makan : Moo COw!

Assalammualaikum semua!

AK ada banyak stok untuk JJCM, haha. sebab haritu pergi KL kan banyak makan-makan. xpe, jadi setiap hari isnin InsyaAllah ada cerita JJCM buat masa ni. hehe.

Hari ni nak cerita pasal Moo Cow! eh apa tu?


ini dia kedai Moo Cow! oh yang ini AK pergi kat Bangsar.


Interior dia sgt comel kan? macam tgh duduk atas padang rumput. hehe

Moo Cow ni actually yogurt shop yg macam tutti frutti tu. cuma bezanya, kt moo cow, dia yg tlg letakkan yogurt dan topping. hehe.

kalau yogurt saja without topping harganya rm 9.99 rasanya. dan utk setiap topping, akan ditambah rm1.00. so pandai2 lah bajet. hehe.


tadaaaa! ini AK punya yogurt! eh ini kami share 3 org. eheh. saje nak rasa2. amik perisa soursop kot, pastu tmbh 1 topping, oreo crumb.

sgt sedap! sgt puas hati. tp makan 3 org pun rasa kenyang gak. hehe.

kiut!
itadakimasu. bismillah

Overall, mmg sedap! direcommend sgt2 heehe. AK xpernah pergi tutti frutti, tp kawan AK ckp, yg moo cow ni sama je cm tutti frutti heeh. cumanya pergi moo cow ni reti la skit kita nak bajet kan. xdelah main hambek jer. pastu terbeliak bijik mata tgk harga. hahaaha.
 
Pasni nak try tutti frutti pulak la. tp kene ada org yg pantau AK. takut AK terlajak ambik. hahaha!

Friday, May 4, 2012

Video : Bacaan Al-Fatihah yang betul.

Assalammualaikum semua.

sejak akhir-akhir ni, macam addict nak tengok 30 minit Ustaz Don. cara penyampaian ustaz yang santai, dan loghat penang tu, buat program ni dekat di hati AK. sambil tengok, sambil timba ilmu, sambil beramal, kan? hehe.

ok hari ni, AK nak share salah satu video dr program 30 minit ustaz don. tentang surah al-fatihah yg sering kita baca dan lafazkan. tp adakah bacaan kita betul selama ni? jom saksikan.



 kalau ada yg salah, kita perbetulkan. kalau dah betul, kita amalkan. tak gitu? hehe. selamat beramal!

Thursday, May 3, 2012

Lelaki Yang Baik...


Lelaki yang baik itu tidak akan sekali mengangkat tangannya padamu,
apatah lagi mengherdikmu dengan kata-kata hina...

Lelaki yang baik takkan sesekali meminta untuk memegang tanganmu,
dia takkan sesekali menyentuh kamu sebelum kamu halal disisinya..

Lelaki yang baik hanya akan memegang tangan ayahmu,
dan meminta izin darinya untuk menyuntingmu sebagai isterinya..
kalau sayang, tak perlu menyentuhnya,
kalau cinta, tak bererti kau halal buatnya,
kalau rindu, tak perlu telefon sentiasa,
jangan sampai zina hati juga ada,
jadi elakkan bercinta-cinta,
kalau dah sayang, kahwin saja,
biar kamu halal disisinya...

#cinta itu nikmat dunia, tapi janganlah sampai kamu hanyut hingga ke neraka. cinta yang benar itu adalah cinta yang membawamu sampai ke syurga...♥

Related Posts with Thumbnails