~~Pembaca Yang Setia~~

Thursday, July 8, 2010

Adakah Tanda ini ada pada Anda?

Terjumpa ini di facebook.. ade la yg kena dgn ak..hahaha...

1. Anda bencikan bos anda.

2. Anda rasa bos anda bencikan anda. Bukan itu saja, anda juga dapat rasakan office dan seluruh isinya membenci anda.

3. Sewaktu sedang duduk di meja kerja, anda lebih rela berada di dalam kereta di atas jalan yang sesak dengan traffic jam.

4. Pelanggan anda menghubungi anda dan meminta anda berbuat sesuatu. Anda jawab, “Tak ada masalah encik, boleh. Biar saya tengah catit permintaan encik sekarang dalam buku nota saya.” Bila habis bercakap, baru anda sedar, anda menulis, “Pegi mampus lah kau! Anak haram jadah… xrwqrsfdsfsfsd…. ” bersama beberapa karikatur yang hodoh disebelah tulisan tersebut.

5. Anda menjadikan beberapa kejadian kecil, seperti tertumpah kopi, terlanggar kerusi atau terperangkap dalam lif sebagai petanda anda perlu menulis surat meletak jawatan cepat cepat.

6. Ketika syarikat anda diumumkan dalam senarai anugerah “Best Employer”, anda menulis emel layang menjelaskan sebab musabab kenapa orang lain harus mengelakkan daripada berkerja dengan syarikat anda.

7. Pada setiap pagi Isnin, degupan jantung anda bergerak lebih pantas daripada apabila anda buat aktiviti bungee jumping.

8. Anda meyakinkan seorang sahabat bahawa seorang pakar Feng Shui menyatakan bahawa anda akan terbunuh jika anda terus menerus berkerja di situ.

9. Sewaktu anda diserang sakit perut, anda berdoa semoga anda diserang masalah apendik yang memerlukan pembedahan.

10. Anda memasukkan laman web Jobstreet, JobsDB, JenJobs dan sebagainya dalam senarai Bookmark/Add to Favourite.

11. Anda mengeluh “Kalaulah aku mengandung sekarang” sedangkan anda seorang jantan.

12. Apabila syarikat anda mengumumkan VSS, anda melompat setinggi langit. Anda memastikan anda orang pertama dalam barisan untuk mengisi borang.

13. Anda menelefon pejabat KWSP menanyakan adakah anda layak untuk mula mengeluarkan simpanan KWSP.

14. Anda asyik melihat jam untuk menunggu waktu pulang sedangkan waktu kerja baru sahaja bermula.

15. Anda melayari laman web yang tiada kaitan dengan kerja dan tugas anda, dan membaca email seperti ini.

16. Anda membaca artikel ini sehingga habis.

.... MAKNANYA ANDA BENCI TEMPAT KERJA/ KERJA ANDA SEKARANG, CARI2 LA KEJE BARU YER

2 comments:

nabilah_2908 said...

oh..minta di jauhkan dari tanda2 itu...sy sygkn tmpt kerja sy...hehehe.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
READ MORE

rammyd said...

demn! i hate sisters. but i lov doc! hahaha :D


nurse medical vs nurse dental

Related Posts with Thumbnails