~~Pembaca Yang Setia~~

Thursday, July 29, 2010

Epilog Syurga Cinta- Slot Akasia TV3- meh tonton!

Salam..
erk ralit wat keje dah lupa update blog.. hhuhuhu..sori blogku yang xbrape comel..heheheeh... smlm AK tido awal, then bangun ingat nak sambung wat novel, baru taip 2-3 baris dah ngantuk xtahan.. hehe... ok xyah citer sal tu lg.. meh AK nak share sesuatu.. akhirnya penantian kita dah berakhir.. penantian tentang ape? hehehe.. hari ni episod last Ilusi kan? hehe.. AK xlayan sgt citer ni.. kadang2 je tengo, tp last2 ni tgk jugak sbb nk tau ending.. haha buruk perangai kn...
ok, macam yg di tunggu-tunggu akhirnya cerita ni bakal ditayangkan jugak.. hehe...

EPILOG SYURGA CINTA!

hehe.. sabar2, citer ni xlama dah nak tayang... nantikan siarannya pada 2 Ogos 2010 ni ek.. hehe.. ala minggu depan la der...
hehe.. sinopsis cerita ni masih AK tak nampak batang idung hohohohho... tp meh la kite flashback sinopsis filem Syurga Cinta, dari situ kita dapat bayangan tentang cerita epilog syurga cinta walaupun dikhabarkan ada kelainan dan lebih konflik dalam drama ini...

Sinopsis Syurga Cinta (baca btol2, bukan Epilog Syurga Cinta tau...)

Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya.

Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh.

Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil.


Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal. Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya.

Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa.

Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.
         kredit to: qimie [dot] com

amacam? hehe.. ingat tak lagi... AK rase plot dia hampir sama cuma lebih dramatik sbb nak pnjangkan dari filem ke drama... dan adik lelaki tu dah jadi perempuan.. of coz our lovely adik Mia Sara.. hehe.. laku btol adik Mia Sara sejak akhir2 ni kan...


jgn xtau, adik Mia Sara pn bakal berlakon dalam Nur Kasih The Movie sbgai anak Aidil dan Aliya... tp sedih lak citer sal tu.. lain kali la AK citer..heheehe...

Sama-sama kita saksikan cerita ni nanti yer.. enjoy!

No comments:

Related Posts with Thumbnails