~~Pembaca Yang Setia~~

Friday, May 27, 2011

Meh nak review Nur Kasih The Movie!

Assalammualaikum semua!

Cuba tengok ni...

Hah! Nampak tak ape tu? ye ye tiket wayang la.. haha. Tapi citer apa... hah! Xpe2 AK tangkap dekat skit. Hehehehe.

Nampak dah? Ye.. AK dah tengok Nur Kasih The Movie! Actually hari Ahad lepas lagi dah tengok. Nak buat review asyik tak ada masa. Last-last dah nak sampai Ahad minggu ni baru AK sempat buat review. =_=”


Ok! Back to the review! Chewah... hmmm spoiler alert eh.. kang rasa AK bocor lebih2 kang, tak syok pulak nanti korang nak nonton.. hehe. ^______^


Menyelusuri kisah hidup Nur Amina, Adam dan Aidil selepas 6 tahun berlalu. Permulaan cerita terus kita dikhabarkan dengan pemergian Aliya, isteri Aidil yang tidak dinyatakan sebab kematiannya di awal babak- tapi lepas tu baru ada bayangan yang Aliya meninggal disebabkan kemalangan di hadapan rumah mereka sendiri. Nur Amina dan Adam pula hidup bahagia namun masih menanti kehadiran cahaya mata buat melengkapkan keluarga bahagia mereka.


Aidil hidup dalam kenangan arwah isterinya, masih cuba menyesuaikan diri dengan ketiadaan seorang suri, dan tabah demi anak-anaknya, Mariam dan Ilyas. Masa ni air mata dah meleleh bila tengok babak Aidil terkenangkan Aliya sedang menolong dia meletakkan baju ke dalam almari. 


Lepas tu Nur Amina disahkan mengandung, Adam hepi sgt2 tapi rupanya kegembiraan tu tak lama bila Nur Amina keguguran. Untuk hilangkan kesedihan, dorang membuat keputusan untuk melancong ke Jordan. Masa ni tiba-tiba keretapi yang mereka naiki berlanggar dan kemalangan menyebabkan mereka tercedera, namun keduanya selamat.


Bila balik dari tempat kejadian, Adam baru sedar yang cincin Nur Amina tertanggal masa berlaku kemalangan tu, tanpa menghiraukan bahaya yang mungkin melanda, Adam keluar ke tempat kejadian kemalangan untuk mencari cincin Nur Amina semula.

Nur Amina yang menyedari Adam telah hilang segera melaporkan pada pihak berkuasa dan bertungkus-lumus mencari Adam sampailah Aidil turut sama ke Jordan untuk menjejak adiknya. Mereka berjumpa Adam dalam keadaan cedera akibat kemalangan yang memungkinkan doktor menyedari bahawa peristiwa di Mumbai dulu telah menyebabkan efek yang boleh merosakkan jantung Adam.
Adam redha dan pasrah andai Allah ingin menarik nyawanya, namun Nur Amina memintanya supaya tabah dan kuat demi anak mereka - kerana Nur Amina telah dilaporkan mengandung utk kedua kalinya.
Lepas tu.... ok sampai situ ajelah.. hehehee..

Adam mati ke tak? Itu ramai yang persoalkan.. AK tak boleh review lebih-lebih, better tengok sendirik. Heheeh... yang pasti memang ada yang meninggal. Sobs..

Part zaman tua tu yang paling AK tak tahan tu. heheeh. Entahlah, ni cuma pendapat AK. AK rasa zaman tua tu mcm tak perlu diadakan pun tak apa. Supaya penonton masih boleh bayangkan hidup mereka sekarang. bila dah buat sampai ke zaman tua, memang dah tak ada apalah boleh dibayangkan kan? Spoil mood pun ado jugak. Hahaha. Macam cerita Gemilang tu. kan..

Pastu cerita ni lebih banyak part sedih la. Dah awal-awal pun sedih, sampai ke akhir pun sedih. Huhuh. Saja tau encik Kabir Bhatia ni nak bg kita bawak tisu kan? Hahah. Cuma AK rasa hidup dalam Nur Kasih ni tragis betul huhuh. Dah tak ada byk part suka, semuanyaaa duka. Sobs.. kalaulah part kehidupan bahagia dan romantis Nur Amina bersama Adam tu dipanjangkan, lagi best!

Overall, honestly AK lagi suka drama Nur Kasih dari filemnya. Tapi filem ini tetap terbaik antara filem-filem lain. cuma mungkin sebabkan masa yang terhad, filem ini tak boleh nak kembangkan lagi ceritanya supaya memenuhi kehendak AK yang mengada sikit nih. Hihihi.

AK bagi 4/5 bintang. Hehehe. Chewah! Pandai je haku main bagi2 bintang ni. Hehehe.

p/s : mak AK ajak tengok KARAK pulak. Erkk. Ada brani? Ishhh.. risau le pulak... hahahah.

10 comments:

JijahJambu@Jj said...

nak nengok la nanti ....

Taufan Bin Ribut said...

belum sempat nak tengok lagi..bz..=(

datin kelly ketak said...

whoaa.. review cam best je cite ni. sempat lg klu sy nak g wayang kan.. hehe.. nak tengoklah, lepas pakar dah kata cita nur kasih best.. thanks! :)

Aida Azryn said...

segak la remy ishak. hihi

ILA HonEyBuNNy said...

bestkan nur kasih...

sayu ja tengok...T_T feeling habis..hehe

Rollo De Pedicula said...

saya pun ada buat review filem ni di blog saya
filem nih memang menarik
dah 3.5 juta dah :-)

Review Filem Karak Disini

Dilla Ady said...

AK nih saje jek tau...kan da tau camne citer tu sket2..

tp takpe, ujung2 tu sib baik AK saspenkan..huhu..nk kena tunggu cd kuar baru dpt tgk..

nabilah_2908 said...

sampai ke sudah la tk dpt tgk AK...

minggu ni last...tp minggu ni...ada program lain lak...hrumm....

jom ke APA KATA HATI pulak ;
KUALA LINGGI - PART 1

ct zawiyah said...

see ive told ya..drama is much better then the movie la..sobs

Amni said...

betul2.. drama lebih best.. tapi filem kalau dah dapat buat macam tu bagi amni dah boleh tahan dah kan... masa pun sangat terhad... hee.. amni suka filem ni... paling best filem melayu cinta yang amni pernah tengok.. hehehe

Related Posts with Thumbnails