Assalammualaikum semua!
drama Tentang Dhia dah nak habis laaaa. weee xsabar rasanya. heeheh. sebelum-sebelum ni AK malas fokus sgt cerita ni, sebab geram dengan Ku Salmi, mak mertua Dhia tu. macam2 dibuatnya utk aniaya Dhia. geram cek!
tapi semalam tengok, Dhia dah mula sedar yg mak mertuanya tu jahat. hah! barulah best nak tengok! tengok Dhia tentang balik mak mertua dia tu, bukannya terima, pasrah je dengan segala kejahatan Ku Salmi tu. heheeh.
AK jenguk ke fb Tentang Dhia tadi dan terjumpalah sinopsis utk ep 23-26 ni. nak share ngan korang semua.
meh3
Dhia mengamal membaca zikir dan Quran
supaya dirinya dilindungi seperti yang diminta oleh Esah dan Ustaz Naim.
Amalan Dhia ini menyebabkan hantu raya belaan Pak Boon kepanasan dan
membunuh Pak Boon.
Ku Mariam yang sudah termakan hasutan Ku
Salmi terus-terusan bertanya tentang anak pada Dhia. Zikir tidak selesa
dengan cara keluarganya melayani Dhia. Melly mulai mengingati kisah silamnya manakala Rose membuat keputusan untuk memakai tudung supaya dapat memikat Zikir.
Dhia serba salah apabila mengetahui Zetty akan tinggal bersama mereka.
Dhia tidak tahan dengan perangai Zetty yang sama seperti emaknya, Ku
Salmi. Melly mula kembali ke pangkal jalan, dia merasa berdosa atas
segala perbuatannya selama ini terutama dosa terhadap arwah ibunya.
Melly kembali ke kampung untuk menziarahi kubur ibunya…
Dhia
terjatuh dan terhantuk ke meja lalu pengsan. Zetty panic dan mengadu
pada Ku Salmi. Ku Salmi memutarbelitkan cerita dengan mengatakan Dhia
memukul Zetty. Geram dengan perbuatan Ku Salmi, Dhia memberitahu yang
Esah telah menceritakan segala niat jahat Ku Salmi pada mereka
sekeluarga…
Zikir terkejut apabila mendapat tahu tentang
kematian ibu mertuanya dari Suraya. Ku Salmi pura-pura tidak tahu. Azmi
dan Melly menemai Dhia yang keseorangan di luar rumah sementara menanti
ketibaan Zikir dan keluarga. Semasa Melly masuk rumah untuk solat, Zikir
sampai. Melihat Azmi di situ, Ku Salmi terus menuduh mempertikaikan
kesucian Dhia kerana tidak memberitahu tentang kematian Esah.
Dhia melawan Zikir, Ku Salmi berbohong lagi. Ku Salmi memberitahu dia
terpaksa berbohong tentang Zikir kerana Zikir enggan berjumpa Dhia.
Kononnya, Zikir masih marah pada Dhia kerana kes Azmi. Sedih dengan
keadaan tersebut, Dhia pulang ke rumah. Azmi menelefon Dhia dan terkejut
apabila mendengar Dhia menangis.
haaa. mcm menarik kaaan. tak sabar nk tgk. heeheh.
|
zikirrr!! |
|
auwww romantiknyaa! |
dengar cerita, minggu ni last. tp tak tahu la betul ke tak. sama2 kita nantikan ajelah. hehee.
lastly...
|
erkkk! |
5 comments:
episod ni semakin mendebarkan...
tp kenapa mak Dhia perlu mati..huhuhu...
sy tak dapat tengok pun cite ni,dear...biasa sampai umah pun da gelap..huu..
cerita faveret aida! :D lagi2 ada nora danish n ady putra berlakon. fuh! memang syiok ah tengok lakonan diorang.
ai tgk kt tonton jek...setakat ni baru tgk sampai episod 22...jadi tak mo bace sinopsis yg AK bagi tu..nnti wat potong mood..
semalam pun duk gelak2 bace FB pelakon tentang dhia ni..sape la yg rajin duk wat FB diorang satu2 camni kan?
Hahhaha yg fb tu lawak
Post a Comment