~~Pembaca Yang Setia~~

Tuesday, December 20, 2011

Tentang Dhia sinopsis ep 23-26!

Assalammualaikum semua!



drama Tentang Dhia dah nak habis laaaa. weee xsabar rasanya. heeheh. sebelum-sebelum ni AK malas fokus sgt cerita ni, sebab geram dengan Ku Salmi, mak mertua Dhia tu. macam2 dibuatnya utk aniaya Dhia. geram cek!

tapi semalam tengok, Dhia dah mula sedar yg mak mertuanya tu jahat. hah! barulah best nak tengok! tengok Dhia tentang balik mak mertua dia tu, bukannya terima, pasrah je dengan segala kejahatan Ku Salmi tu. heheeh.


AK jenguk ke fb Tentang Dhia tadi dan terjumpalah sinopsis utk ep 23-26 ni. nak share ngan korang semua.

meh3
Dhia mengamal membaca zikir dan Quran supaya dirinya dilindungi seperti yang diminta oleh Esah dan Ustaz Naim. Amalan Dhia ini menyebabkan hantu raya belaan Pak Boon kepanasan dan membunuh Pak Boon.

Ku Mariam yang sudah termakan hasutan Ku Salmi terus-terusan bertanya tentang anak pada Dhia. Zikir tidak selesa dengan cara keluarganya melayani Dhia. Melly mulai mengingati kisah silamnya manakala Rose membuat keputusan untuk memakai tudung supaya dapat memikat Zikir.

Dhia serba salah apabila mengetahui Zetty akan tinggal bersama mereka. Dhia tidak tahan dengan perangai Zetty yang sama seperti emaknya, Ku Salmi. Melly mula kembali ke pangkal jalan, dia merasa berdosa atas segala perbuatannya selama ini terutama dosa terhadap arwah ibunya. Melly kembali ke kampung untuk menziarahi kubur ibunya…

Dhia terjatuh dan terhantuk ke meja lalu pengsan. Zetty panic dan mengadu pada Ku Salmi. Ku Salmi memutarbelitkan cerita dengan mengatakan Dhia memukul Zetty. Geram dengan perbuatan Ku Salmi, Dhia memberitahu yang Esah telah menceritakan segala niat jahat Ku Salmi pada mereka sekeluarga…

Zikir terkejut apabila mendapat tahu tentang kematian ibu mertuanya dari Suraya. Ku Salmi pura-pura tidak tahu. Azmi dan Melly menemai Dhia yang keseorangan di luar rumah sementara menanti ketibaan Zikir dan keluarga. Semasa Melly masuk rumah untuk solat, Zikir sampai. Melihat Azmi di situ, Ku Salmi terus menuduh mempertikaikan kesucian Dhia kerana tidak memberitahu tentang kematian Esah.

Dhia melawan Zikir, Ku Salmi berbohong lagi. Ku Salmi memberitahu dia terpaksa berbohong tentang Zikir kerana Zikir enggan berjumpa Dhia. Kononnya, Zikir masih marah pada Dhia kerana kes Azmi. Sedih dengan keadaan tersebut, Dhia pulang ke rumah. Azmi menelefon Dhia dan terkejut apabila mendengar Dhia menangis.
haaa. mcm menarik kaaan. tak sabar nk tgk. heeheh.

zikirrr!!
auwww romantiknyaa!

dengar cerita, minggu ni last. tp tak tahu la betul ke tak. sama2 kita nantikan ajelah. hehee.

lastly...


erkkk!

5 comments:

nabilah_2908 said...

episod ni semakin mendebarkan...

tp kenapa mak Dhia perlu mati..huhuhu...

ainz said...

sy tak dapat tengok pun cite ni,dear...biasa sampai umah pun da gelap..huu..

Aida Azryn said...

cerita faveret aida! :D lagi2 ada nora danish n ady putra berlakon. fuh! memang syiok ah tengok lakonan diorang.

Dilla Ady said...

ai tgk kt tonton jek...setakat ni baru tgk sampai episod 22...jadi tak mo bace sinopsis yg AK bagi tu..nnti wat potong mood..

semalam pun duk gelak2 bace FB pelakon tentang dhia ni..sape la yg rajin duk wat FB diorang satu2 camni kan?

Husna said...

Hahhaha yg fb tu lawak

Related Posts with Thumbnails