~~Pembaca Yang Setia~~

Monday, December 17, 2012

Moodless Monday : Layan Drama Korea tiba-tiba.

Assalammulaikum semua!

 Gila lama tak update blog. haha. ingatkan nak buat azam tahun depan je, aktif di blog semula. tapi memandangkan ada perkara yang AK nak share hari ni, maka AK update.

Semalam tidur lambat, ok bukan sebab siapkan kerja haha. salah tekaan tu. tapi sebab AK nonton citer ni. hehe.


Best sgt citer ni. kelakar! tapi towards the end, sgt sedih sampai tanpa sedar kita akn menangis mcm bayi. sobsss.

Kisah dia pasal lelaki ni yang cuba bunuh diri sbb dia tak tahan hidup seorang diri lagi, tapi setiap cubaan bunuh diri dia tak berjaya.
lepas dia masuk hospital sbb cubaan bunuh diri tu, dia boleh nampak empat roh yang mengganggu hidup dia. dia terpaksa tunaikan setiap permintaan roh2 tu demi memastikan dorg ni boleh pergi dari hidup dia.

tapi kehadiran roh2 tu sebenarnya buatkan hidup dia rasa lebih bermakna. dan roh2 tu jugak buatkan dia bertemu dgn orang yg dia suka, seorang nurse kt hospital yg dia selalu pergi tu.

nak tau kesudahan, layan la video bawah ni ye. AK jamin korang akan nangis. waaa T__T
p/s : mood tiada kerana mengantuk, stay up kih3
p/s lagi : tak sure bila pula nak update, tp sedang mencuba. keh3

Monday, November 26, 2012

Moodless Monday : Terfikir-fikir...

Assalammualaikum semua!

gila lama tak updateee! kemalasan tahap kritikal. lgpun banyak perkara lain kena diuruskan selain berblogging. sobs. tapi sumpah rindu... dengan blog, dgn kawan2. oho.

pagi tadi bangun, tak ada mood gila-gila punya! nak bangun dari katil pun ambil masa sepuluh minit. T_T dalam hati dok rasa, malasnya nak pergi kerja...

ikut hati nak berenti je, tapi... banyak perkara kena difikir. bukan boleh fikir tentang diri sendiri saja, tapi kena fikir pasal family, psl masa depan. T__T

apapun, tertarik sangat depan moto hidup Afdlin Shauki...

"Hidup hanya sekali. Jangan buang peluang ini dgn melakukan kerja yang tidak anda sukai tapi terpaksa. Ikut kata hati anda, jika anda bahagia... anda boleh membahagiakan lebih ramai orang."

Serius memberi inspirasi. benar, hidup ni singkat je kalau kita fikir-fikirkan. dan AK rasa macam tak nak jadi seperti org lain, yg bekerja sampai ke tua kerana sekadar memenuhi tuntutan hidup; duit. AK mahu kerjaya yang juga bagi kepuasan pada AK. yang mana AK takkan jemu untuk kerja.

ambik contoh gmbr di bawah dan kata-kata confucius tu. bila kita cintakan kerja kita, kita tak akan rasa macam bekerja pun. ^_^


p/s : ikutkan hati dan minat ni, rasa macam nak jadi penulis sepenuh masa. kih3. tapi itulah, tak boleh ikut hati lagi sekarang. T___T

Monday, November 5, 2012

Moodless Monday : Sebelum Basi...

Assalammualaikum semua!

gila tuan tanah macam biskut. sekejap ada sekejap tak ada. jangan salah saya! salahkan mood yg asyik upside down haha!

ok apa yg basi? bukan makanan. bukan! tapi entri ini. entri tentang AidilAdha. ya betul. ok dah basi dah tu marilah layan gambo sajaa.

ini adalah masa keluarga MakSu buat jamuan untuk family. memang sodap aih! mantoppp! makan sampai kenyang. heehe.


auni cuba buat simbol peace!

copy-paste
auni-emak-liya-maktok-ayah
maklang-paklang-maktok-ayah-paknjang
menu- mee udang!
menu-pizza air tgn maksu. mmg mantop!! mcm pizza hut!
bukti kemantopan hidangan. abang ipar dan ayah sedang pulun sakan
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
saya malu...
-
-
-
-
-
-
tapi ini satu-satunya gambo mak ngah dengan auni..
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
-
-
-
maka terima lah...

pipi tu tak boleh tembam lagi ke? T______T
 

Thursday, October 18, 2012

Setahun sudah Berlalu.. Al-Fatihah...

Assalammualaikum..

Setahun sudah berlalu, namun detik pemergianmu takkan pernah aku lupa dari kotak ingatan. 
Setahun sudah berlalu, namun segala kenangan masih terimbau dalam layar fikiran..

Sungguhlah aku takkan pernah lupakanmu, Wan...

Dua hari lepas, bermimpi arwah Wan minta buatkan air kopi untuk dia. mungkin itu tanda dia mahu aku ingati dia dan sedar sudah setahun dia pergi. aku rindu. T_T

Maafkan aku Wan...
kerana sepanjang hidup Wan, aku tidak sempat berbakti dan membalas segala jasa Wan. aku tidak mampu, tapi InsyaAllah dalam melalui detik-detik tanpa Wan, akan selalu kutitip bacaan Al-Fatihah dan surah Yasin buat bekalan Wan di sana. moga segala amalanku yang kusedekahkan pada Wan, bisa diterima Allah. amin...

Maafkan aku Wan...
kerana saat-saat akhir nafas Wan, aku tidak ada di sana. dan saat Wan terlantar sakit juga, aku jarang menjelma, duduk di sebelah Wan. bukan aku lupakan Wan, tidak sama sekali. namun aku bimbang juraian air mataku tak bisa kubendung saat aku melihat Wan terlantar tak bermaya begitu. aku berdosa Wan. maafkan aku...

Terima kasih Wan…
Kerna menjadi datuk yang terbaik yang pernah aku ada, dan aku pasti, Wan juga datuk terbaik di atas muka bumi ini…

Moga kita kan bertemu semula di Jannah. Ilalliqa’ Wan. T_T

Sayang Wan selamanya…
Al-Fatihah!

Thursday, October 11, 2012

World Hunger Relief Charity Walk, Putrajaya

Assalammualaikum!

tangan malas nak menaip, tapi nak update kisah ini. jadi maafkan AK sebab hari ni biarkan saja gambar berbicara. gituuwww heheeh.

sebelum semuanya bermula

lepas tukar baju. masih relaks
ok hanya rambut Zain Saidin kelihatan (the blonde one)
2.5 KM done. 2.5 KM to go!
AKHIRNYAAAA! lepas satu jam berjalan tanpa henti. 5KM diharungi!
goodies beg yg best!
the cert

p/s : mood malas update blog ni tak sembuh-sembuh laaa. T_T

Thursday, October 4, 2012

Syamiel VS Alisya...



Walaupun yes, aku tak suka sangat cerita Kau Yang Terindah tu sebab terlalu melalut, tapi aku sgt suka gandingan Neelofa dan Nazim. magical chemistry! dan aku terjumpa vid ni di utube, just wanna share this lovely vid. enjoy!

Monday, October 1, 2012

Jalan-Jalan Cari Makan : Dorayaki?

Assalammualaikum semua.

mood hari Isnin seperti biasa adalah lemau cap limau. hehe. rasa macam tak nak blogging je tapi sebab dah rasa macam nak aktif balik, gagahkan diri jugak. ok sila lempang laju-laju. dah kata tak nak paksa diri kan? hahaha.

sebenarnya nak cerita pasal 1 makanan ni. dulu-dulu tengok cerita Doraemon, dok teringin nak rasa, apa yang sedapnya makanan favourite Doraemon ni?

sampailah satu saat, AK terjumpa booth Dorayaki dekat Jusco Aeon Bandar Perda. maka dengan smgt ingin tahu, AK belilah satu. rm1.50 je.
ini rupa dorayaki dlm dunia sebenar. haha (gambar sumber carian google, maaf tuan punya gambo!)

Mak aih, sodapnya! macam pancake tp sos coklatnya melimpah. hawhawhaw!

ini juga hasil carian google sbb tuan blog skrg malas nak angkat kamera haha
Maka sejak hari itu, setiap kali ke Jusco itu, pasti aku tuju mencari Dorayaki. haha. skrg tak main dah ambik 1, mesti kena beli 2 seorang. tapi campur adik-adik lagi, berapa byk daaa.. muahaha.

tinta tuan tanah : addict dekat Dorayaki.

Friday, September 28, 2012

Jika Kau Pilih Aku...


Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Pimpinlah aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Tutuplah matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah2 terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku,

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita kan boleh menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.

Jika kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang boleh mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.

Jika kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahuilah,
Aku akan memilihmu keranaNya.
Saat itu ialah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,

Jawapannya ialah ♥ Kau memilih aku kerana DIA ♥
 
Sumber : Facebook
 
p/s : suka nukilan ni. heeee.

Tuesday, September 25, 2012

Review/Ulasan Novel Suami Aku Ustaz!



Sepanjang menyusuri kisah cinta Ustaz Hafiz dan Alisa, ada sedikit rasa janggal yang menebal dalam jiwa. Agak sukar untuk membayangkan Alisa yang baru belasan tahun, berkahwin dengan ustaznya sendiri. Mungkin sebab aku sendiri dah remaja purba, haha mungkin watak sebegini tidak serasi dengan jiwa aku.
Awalan cerita, kita akan dibawa mengikuti kisah Alisa yang terpaksa dinikahkan dengan ustaznya, merangkap sepupunya sendiri dek kerana desakan ibu dan ayahnya yang mahu dia ada peneman di saat ibu dan ayahnya mengerjakan haji di Mekah, apatah lagi mereka memang tidak percayakan Alisa yang sudah liar di mata mereka, biarpun Alisa di dalam cerita ini hanya digambarkan suka melepak dengan kawan2nya di kedai makan. Itu sahaja.
Banyak perkara comel berlaku tatkala mereka menjalani kehidupan sebagai suami isteri, apatah lagi Alisa tidak pernah memberitahu sesiapa perihal perkahwinannya itu. Tersenyum sendiri apabila melihat Ustaz Hafiz mengusik dan menyindir isterinya di dalam kelas, dan pelbagai lagi perkara yang terjadi sepanjang alam persekolahan Alisa.
Apapun, apabila Alisa masuk ke UTP, perjalanan cerita sudah jadi agak mendatar, tiada konflik yang diketengahkan sangat, yang ada pun, cuma Alisa seakan jatuh hati pada Naim, namun tidak ada tindakan yang membuatkan sebarang konflik bisa berlaku biarpun Ustaz Hafiz digambarkan sangat cemburu.
Secara keseluruhan, banyak ilmu yang boleh diambil dari cerita ini, kerana ustaz itu memang gemar bercerita. Hehe. Tapi alangkah bestnya juga, andai dari asyik bercerita saja, jadikan penceritaan itu dari segi tingkah laku dan perbuatan Ustaz, kalau sesiapa faham la maksud saya. Hehe. Tapi saya sebenarnya kurang gemar, bila Ustaz asyik menyoal dalam Bahasa Inggeris, bukannya salah, cuma saya saja yang rasa janggal. Haha.
Apapun, buat penulis, teruskan usaha anda! Moga-moga segala ilmu yang bermanfaat dapat dijadikan saham di akhirat kelak, cuma lepas ni kalau boleh tambahkan sedikit rencah dengan konflik agar cerita ini akan jadi lebih umpph!

p/s : lama gila peram draft ni, cuma tak publish je. haha.

Monday, September 24, 2012

Moodless Monday : Sawang! Uhuk!

Assalammualaikum semua!

tengok, kan betul dh bersawang!

uhuk uhuk. debu menyerang! blog bersawang! dah la header tak tukar, dah seminggu habis bulan Syawal pun tak ubah lagi. hehe. kalau peminat ai datang, mati kena bambu. muahahaha, bajet artis ke AK oi? keh3. ^_^

ok buat sementara, tepek header macam atas ni dulu. kalau tiba-tiba senyap sunyi blog ni semula, tak bertukar la header tu. aha!

setelah beberapa minggu berehat, eceh berehat la sgt. ok selak kalendar semula, OMO! tolak post khas utk Bday blogger kesayangan saya tu, dah hampir 3 bulan tak blogging? betulkah matematik saya ni? (kira-kira jari semula). ok malas nak kira. haha!

maka dengan ini, cik AK berazam utk kembali aktif di pentas hiburan blogging. tapi dengan 1 syarat yg saya sendiri tetapkan, yakni, bila tak ada kerja dan bila ada idea, baru tulis blog. macam tu, barulah tak ada entri yang sia-sia.

sepanjang dekat 3 bulan senyap sunyi, mcm2 AK fikir. macam2 jugak perancangan utk blog. cuma tak boleh nak realisasikan je lagi, sebab dok tunggu masa yang sesuai nk masuk semula dunia blogging. rasa rugi tak leh share kehidupan dgn semua org dlm masa 3 bulan ni. hooo. tp apa boleh buat, tuan tanah bz ya amat!

ingat nak menulis ni tak susah ke? haha. byk kena fikir jugak, kalau tak, main tulis je xde manfaat. chewah, baru 3 bulan dah jadi ahli falsafah? auwww.

lepas2 ni AK akan cuba aktif, tapi macam yang AK ckp la. bukan setiap hari blogging, bila AK rasa ada entri yang bermanfaat dan AK rasa nak share, AK blogging la eh.

rindu semua ketat-ketat! rasa nak pelok sorang-sorang. heeheh.

muah3! salam sayang semua!

p/s : habislah kalau Mekwa masuk blog aku, mesti larik tgk labah-labah. haha!

Thursday, July 5, 2012

-----

Assalammualaikum semua!

Bukan tak nak update, tapi memang tak berkesempatan.

apapun rindu nak blogging, rindu nak luah prasaan, rindu semua! T_T

Will try to be back...

tunggu... ^________^


Monday, June 25, 2012

Moodless Monday : Entah ke mana semangat itu pergi...

Assalammualaikum semua!

dah lama tak menulis dlm blog. adeh, entah kenapa mood utk menulis itu hilang pergi. mggu ni, fikir nak aktif, tapi tak pasti mampu ke tak.

banyak kekangan dari segi kerja dan waktu, juga dari segi keadaan yg tak mengizinkan, maka niat utk up entry terpaksa AK pendamkan. huhu.


rasa macam nak baring atas padang rumput yang indah sambil mendongak langit, melepaskan segala masalah yang ada, dan biarkan ketenangan membalut jiwa.

entahlah...

banyak perkara tidak bisa kita halang utk berlaku. kita cuma bisa merancang, namun ada Pengatur yang Maha Berkuasa di atas sana, yang adakalanya kita fikir perkara itu adalah terbaik utk kita, tapi sebenarnya perkara ini adalah terbaik yang dicipta Dia untuk kita.

AK tidak pernah menyesali hidup AK ini, kerana cukup dengan kasih sayang Allah yang melimpah yang tidak mampu kita tadah semuanya, jua kasih sayang dari keluarga sudah buat AK rasa bertuah dilahirkan di dunia ini.

cuma adakalanya ada perkara yang buat hati sedikit terusik, adakalanya penat kita mencuba utk tidak melukakan hati sesiapa, namun tetap jua ada hati2 yang terluka. penat juga kita menjadi yang terbaik, namun yang terbaik bagi diri kita, tetap jua tidak mencapai kehendak orang lain.

ya bukan mudah memuaskan hati semua manusia, kerna manusia itu tidak akan pernah puas hati...

cuma apabila terlalu memikirkan hati2 manusia ini, hati sendiri jadi luka parah, sesungguhnya menjaga hati itu adalah satu perkara yang amat memenatkan hingga AK rasa serik untuk menjaga hati sesetengah manusia kerana mereka tidak pernah menghargai usaha AK utk mengutamakan hatinya dari hati AK sendiri.

AK selalu beralah, hingga mereka jadi naik kepala dan sewenang-wenangnya menyakitkan hati AK. mungkin sudah tiba masanya utk AK berkeras, mempertahankan diri yang sudah lama dianiaya. baiklah! tegaskan hati, jangan jadi lemah lagi.

p/s : sakit kepala bila fikir banyak sangat, sampaikan dah rasa malas nak fikir apa-apa. haha.

Tuesday, June 12, 2012

Zaman Dah berubah, Dunia dah Canggih!

Assalammualaikum semua!
Tiba-tiba terfikirkan pasal hal ni. Betapa dunia sekarang, teknologinya berkembang pesat gila sampai tak terkejar rasanya.

Ingat lagi, zaman AK dulu, time matrik baru start guna henpon, itupun Cuma Nokia 3310. Hehe. Tapi xde pelik pun sebab ramai yang guna.
Then masuk U, baru kenal pendrive, baru guna laptop.  Ingat lagi betapa kami tak reti guna pendrive, smpaikan tak tahu pun kene ‘savely removed’ time tu. Hahaha.

Sekarang lepas beberapa tahun tinggalkan zaman study dan mula bekerja, tiba-tiba macam2 gajet muncul mcm cendawan lepas hujan.
Mula-mula keluar netbook, laptop versi kecik. Just nice utk surfing internet. Sume pakat ade mende tu, sampaikan mula2 dl rasa pelik tgk org guna laptop kecik amat. Dok pk tak sakit ke mata, tgk skrin kecik. Skrg dah ade sebijik barulah boleh adapt dengan skrin kecik tu.

Lepas tu muncul pulak fenomena DSLR, sana sini DSLR. Sampaikan budak2 remaja pun gila DSLR. Kalau gila DSLR lepas tu gila nk try function2 dia dan belajar teknik guna dia takpelah jugak. Ini asal ada je, guna duit PTPTN pun xpe. Janji ada DSLR, Nampak cool! Padahal sepatah haram pun xtau. Takat reti klik button utk tangkap gambar je. Hahaha! Adik-adik, nak gila gajet tu boleh, tapi sila jadi gila gajet yang berilmu. Haha!
Lepas tu muncul pulak TABLET! Ipad la, Galaxy Tab la. Macam2! Sekarang kebanyakan org ada mende alah ni,ntah guna duit dari mana la sume org skrg ni. Suddenly all people dah kaya2, mampu milik gajet2 yang bukan ratusan, tp ribuan ni. I wonder? Hmmm. Smpaikan 1 tahap, AK dah malu nak bawak netbook ke mana2 sebab semua org dah xmain dah netbook. Nak surf internet, sume guna tablet je,xpun by smartphone. Ah itu another part. Tapi rasanya, ada yang beli tablet, just to main game je kan? Mende lain xtau kan? Kih3
Ok, then smartphone dtg menjajah. BB, Iphone, dan sekarang,kegilaan semua, SAMSUNG. Padahal zaman AK dl, Samsung adalah jenama yang paling org tak pandang. Nak beli henpon, priority must be Nokia or Sony. Sekarang? Nokia dengan Sony pun sudah berjalan tunduk,malu pada Samsung yang diperlekehkan mereka dulu. Haha. Skrg henpon jenama lain dah xlaku. Sume dah turun hrga gara2 samsung berlambak di pasaran. Bayangkan, henpon Samsung paling murah,Samsung Champ yang rm199 tu, boleh pakai memory card, tgkap gmbo pun cantek. So buat hape lg nak beli henpon hrga sama jenama lain, tp memori card pun xde. Uhuk. Henpon AK lettuw. =___=” nak wat cmne, time beli dulu rm350 derr, tp memori card pun xde. Skrg ni dgn rm350 tu dh boleh beli Samsung Corby. T_T
Betapa dunia sangat pesat membangun kan? AK suka gajet2 ni. Mmg teringin nak miliki, dan mahu jadi gajet freak yg pandai, bukan just nak ikut trend semasa tp hape pun xtau nak guna kan? Hehe. But rezeki belum ada, tak apalah,senyum dan simpan azam dalam hati.
TAHUN DEPAN NAK BELI GAJET BANYAK2! 
Apapun,
Dear all Gadget Freak Out There,
Please be an educated gadget freak, not just following the trend but so dumb on using the gadget. I am envy of all of you, but its ok, InsyaAllah my turn will come soon.
^___________^

Monday, June 11, 2012

Moodless Monday : Hari-hari yang mula berubah

Assalammualaikum semua.

Lepas ni, susah sikit nak update, tapi AK akan berusaha utk update bila berkesempatan ya. T_T Sedih pulak rasanya, bila suasana dah berubah. Mood kerja, dah tak seceria dulu, semua bakal berubah sedikit demi sedikit. bestfren AK dkt tmpt kerja ni pun, bakal bertukar tmpt kerja. nanges!

tak apalah, dugaan Allah bagi. mungkin ada hikmah disebaliknya kan? hehe. apapun sentiasa berdoa agar rezki AK akan tiba dengan melimpah ruah. amin!

ok, sebab nak ceriakan hari AK ni yg mula nak suram, gloomy smcm, meh AK share satu video ni. hehe. lagu Tapi Bagaimana dari Spider ni mmg dh lama meletop sbb citer Vanilla Coklat kan? tp baru2 ni baru AK tgk vid official MV dia. sgt comel ohkay! hehehe.

jom comelkan mood anda. hehehe.

 

 apapun, selamat kerja buat semua! ^_______^

Friday, June 8, 2012

Carilah Lelaki yang Mampu Jadi Imam

Assalammualaikum semua!

Kita dah sampai ke hari Jumaat yang mulia. maaflah sejak akhir-akhir ni tak mampu nak update entry. mula-mula tak ada mood, skrg ni pulak ditambah lg dengan keadaan yg tak mengizinkan. so mungkin lepas ni, AK kena slow down skit. bila ada kesempatan baru berblog. hehe.

Apapun, nak kongsikan artikel ini yang AK petik dari FB. hehe.


“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?


MENCARI SEORANG IMAM

Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA.

p/s : sedang mencari seorang Imam. wah gitu. hehe. 
Related Posts with Thumbnails