Assalammualaikum semua!
Alhamdulillah, sakit kepala AK dh lenyap lepas AK tido smlm. huhuhuh. ble sakit kepala mmg dah xde mood nak buat apa dah. heeheh. mungkin sakit kepala ni menyerang sbb AK byk nangis kot. huhu..
|
ni adik AK.. sobss |
ok la, AK nak cerita, apa yg AK buat cuti hari isnin lepas.. sbnrnya AK pergi hntr adik AK ke kolej matrikulasi, Kolej Mara Kulim <---tempat AK bljr dl jugak. hehehe.
|
ramai org! |
mmg excited nak pergi sebab nak tengok semula kolej kesayangan AK ni. hihih. tapi pada masa yang sama, sedih sgt nak lepaskan adik AK pergi. almaklumlah, die tak pernah duduk asrama sebelum ni, dan tak pernah berenggang dengan family. memang risau jugak.
masa sampai kol 8.30 tu dah ramai sgt orang yg beratur padahal pendaftaran mula kol 8.30 hihhi. malas nak menunggu adik AK, kami pun ronda2 la sementara menunggu die selesai buat pendaftaran. mcm2 ada jual, novel pun ada! AK dok cari novel M.A.I.D tp xjumpa. bila AK jumpa kt KMK tu, duit pulak tak brape nak ada. haish.. eh apsal citer psl novel lak ni. hihih..
|
die tgh beratur |
|
kakak AK sdg menjamu selera.. nyum3 |
tunggu punya tunggu sambil menjamu selera, dekat kol 12 barulah adik AK selesai segala urusannya. pastu kami pun angkutlah barang2 dia ke asrama. dia dpt asrama yg satu blok dgn asrama AK dulu. hehe. eh dok imbau kenangan lagik.. =_="
masa tgh naik ke asrama tu, tau x, ade la sorg fasi ni, die ingt AK yg masuk asrama. adeh.. haaahh. siap bahasa diri die kak. kesian die. haahah.. padahal AK dh 25 tahun, fasi tu mesti bru 19 tahun kan? heeheh.. cian dia.. xpe2, ini membuktikan AK masih muda. lalalaa..
|
blok asramanya |
|
pemandangan dlm KMK |
pastu turun balik solat n makan tengahari barulah kami hntr adik AK semula ke asramanya. masa ni dah syahdu dah, pastu bila dah salam-salam, mak AK dh nanges, AK pun mulalah rasa sebak, tp AK tahan jer. tapi mmg sedih sgt ble tgk mak AK nanges. sobss... tp adik AK tu jiwa kental skit, lansung dia tak nanges. haish. hahaa. tp entahla, mungkin die control kot, lepas kami pergi mungkin baru dia nanges kot. kan? hehehe..
|
selamat tinggal Liya! |
masa dlm kereta untuk perjalanan balik pun mak AK dok nangis lagi. haduss, mcm tersiat-siat hati AK ni ble tgk mak AK sedih. sobss... AK rasa nk nanges gak, tapi AK control sbb xmo mak AK makin sedih.. sobs..
ble balik rumah, tengok rumah mcm kosong jer, tgk barang2 adik AK, mulalah AK teringat, mulalah nangis sorang2 dlm blik, terkenangkan dia. haish... dok sorang2 je meleleh air mata. aduss jiwa rapuh btol AK ni kan. hahah.. padahal AK lg lama tinggalkan family AK dl. heeheh. start form 4 dh dok asrama, tp ble adik AK kene dok asrama, AK pulak yg terlebih sedih. huhhu.
yelah, lepas AK habis bljr, AK dh tak berenggang dah ngan family. so ble sorg xde, rasa kehilangan sangat2.. sobs.. tp xpelah, perpisahan ni utk kejayaan dia di hari esok kan? AK doakan dia berjaya kat sana.. sobss..
Liya! belajar elok2. jangan hampakan mak ayah dan keluarga tau!
p/s : kalu adik AK baca blog ni, kantoi laaa AK nanges ble dia tak de kan? hahaha. padahal dpn die buat mcm relaks jer. wakaka. oh sedihnya hati..sobss.. T_____T