~~Pembaca Yang Setia~~

Friday, June 10, 2011

Mari Bersangka Baik..

Assalammualaikum semua!

ok2 hari ni pun lambat. haha. ok2 pasni AK cuba awalkan entry AK eh. susah la skrg, semua org busy, bos pun selalu ada di ofis. hehe. hujung2 ni baru AK ade masa terluang. heheeh..


hari ni AK nak share tips ni aje. sempena hari Jumaat yg mulia ini, eloklah kita cerita pasal hal islamik skit kan..

Tips dari Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan:

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.

Ucapkan dalam hatimu :
......
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :

“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.

Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :

“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
moga dengan mengingati tips ini, semoga kita semua mampu bersangka baik pada semua kan? ^__^

AK nak cerita satu kisah yang tak adalah menarik sgt, cuma kena dgn bersangka baik ini. hehe..

baru2 ni adalah seorang lelaki hadir ke pejabat AK, nak minta kerja. sedang asyik dia isi borang, tup-tup telefon dia berbunyi, AK pun curik2 dengar la. bunyi mcm kawan dia call nak jumpa.

dlm keadaan tergesa-gesa lelaki ni pun cepat2 beredar tanpa sempat mengisi borang itu selengkapnya tp dia berjanji akan hadir semula nanti.

tunggu punya tunggu, dia tak muncul2 smpai kami semua beranggapan, dia tak serius nak apply kerja tu. then tiba2 dia call ofis keesokkan harinya dan barulah kami tahu yang ibu dia masuk hospital.

memang tak sangka, sebab lelaki tu jenis murah senyuman, tgh ckp kt telefon pun die senyum je so tak jangka lah dia terima perkhabaran kurang baik tu.

jadi kesimpulannya di sini, janganlah buruk sangka. kalau kita rasa kita lagi bagus dari seseorang tu, mana tahu sebenarnya dalaman dia lagi baik dr kita.


kalau kita berpakaian mcm orang yang warak tapi suka perlekeh org lain pun tak guna jugak. mana tahu, org yg kita perlekehkan itu ibadah dia sentiasa diterima Allah sedangkan kita belum tentu sudah sempurna ibadahnya.

sentiasa bersangka baik ya! ok AK pun nak sentiasa bersangka baik.. InsyaAllah. jom2 semua, mari bersangka baik.

3 comments:

Muni Izzah said...

jom2.. saya akan cuba jd seorg yg b'sangka baik.. ngee ~ :D

nabilah_2908 said...

ha'ah kan....kena selalu berssangka baik...

tp...adakalanya..kita susah nak kawal perasaan ni...bila tgk seseorang tu..pasti nk sngka buruk dulu...

Ardini Humaira said...

semoga kita semua dijauhkan dari bersangka buruk, amin


:)

Related Posts with Thumbnails