sejak mengenal mekap, AK paling suka pakai celak.. suka sangat. tapi kan, sllu timbul kemusykilan, sah ke kalau AK amik wuduk dengan mata bercelak?
sampailah satu saat, AK dah jarang bercelak sbb risau kang nak solat, susah pulak nak tanggalkan. cek ni dah le malas nak belek lama2 buang celak semua. haha.
tapi kdg2 pakai jugak, lagipun celak kan sunnah Rasulullah. hee.
nampak tak? celaknye? haha.
so utk selesaikan kemusykilan AK, AK cari kt tenet, psl hal ni. dan inilah jawapan yang AK jumpaa..
Telah datang kepada saya satu pertanyaan daripada seorang kenalan(wanita) berkenaan kemusykilan mengenai perihal bercelak dan wudhu. Soalannya adalah.
Soalan: Bagaimanakah hukumnya mengambil wudhu, sah atau tidakkah wudhu tersebut sedang saya memakai celak. Dan celak tersebut adalah dari jenis yang kalis air(water resist).
HUKUM BERCELAK MATA
Pendapat yang pertama1) Sunat Bercelak MataIbnu Majah meriwayatkan hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Hendaklah kamu memakai celak mata, kerana dapat menerangkan (menyihatkan) mata dan menyuburkan bulu mata” – (At Tibbun Nabawi)Dalam hadis lain dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya; “Rasulullah SAW mempunyai bekas celak mata khas. Apabila mencelak matanya, Baginda SAW menyapu sebanyak tiga kali” – (Ibnu Majah – At Tibbun Nabawi)2) Faedah Lain Bercelak MataSeperti mana yang disebut di dalam At Tibbun Nabawi, bahawa perbuatan mencelak mata boleh mendatangkan beberapa faedah :i. Menyihatkan mataii. Menguat dan membersihkan (menerangkan) pandanganiii. Menghilangkan penyakit mataiv. Mencantikkan warna atau menyinar cahaya mataBercelak mata sunat bagi wanita, dengan syarat bercelak pada bulu mata dan kening sahaja tanpa berlebih-lebihan sehingga menyerupai solekan wanita jahiliah. Seperti mewarnakan kelopak mata dengan pelbagai warna, menambah alis mata palsu dan sebagainya, termasuk memerahkan pipi dan mengincukan bibir dengan warna merah berlebihan adalah dilarang, kerana semuanya adalah tabarruj jahiliah yang dilarang.Namun, jika wanita bersolek untuk suaminya, walaupun menyerupai tabarruj jahiliah adalah digalakkan dan sunat pula (berpahala). Tapi jika untuk keluar rumah dan untuk diperlihatkan kepada umum sahaja adalah dilarang.Pendapat yang kedua dibawah ini pula adalah jawapan daripada Ustaz Izhar Idrus:
Soalan:Assalamu'alaikum wbt ustaz..Saya tak perasan pula kalau soalan ni pernah diajukan..tapi saya masih keliru, apa hukum pemakaian celak? bagi perempuan terutamanya..boleh atau tak boleh sebab takut menimbulkan fitnah bila bertemu dengan lelaki? harap ustaz dapat jelaskan.. terima kasih..
Jawapan:Waalaikum salam wbt. Hukum memakai celak mata adalah harus samada bagi lelaki atau perempuan dan merupakan perhiasan yang pernah di pakai oleh Nabi saw sebagaimana hadith Tirmizi dan Ibn Majh dari Ibn Abbas ra yang bermaksud :"Adalah pada Nabi saw suatu celak yang digunakan oleh baginda 3 kali waktu tiap kali memakainya"Dalam hadith yang lain pula Nabi saw bersabda yang maksudnya :"Siapa yang pakai celak maka hendaklah dipakainya 3 kali"Berkata ulama "siapa" dalam hadith tersebut termasuk juga kaum wanita.Jadi ulama telah menetapkan harus memakai celak bagi lelaki atau perempuan dan tiada larangannya melainkan pada ketika mengerjakan haji yaitu makruh hukumnya.Perlu di ingatkan bahawa perhiasan yang di larang ke atas kaum wanita itu bukannya celak tetapi alat-alat solek seperti gincu, pemerah pipi dan seumpamanya yang banyak kita lihat hari ini. inilah perhiasan yang menimbulkan fitnah kepada kaum lelaki.
Berbalik kepada Soalan: Bagaimanakah hukumnya mengambil wudhu, sah atau tidakkah wudhu tersebut sedang saya memakai celak. Dan celak tersebut adalah dari jenis yang kalis air(water resist).
sumber : SINIMengenai sah atau tidak wudhu' itu, hendaklah dilihat kepada jenis celak yang dipakai. Sekiranya celak itu jenis 'water resistant' maka pasti wudhu' tidak sah kerana syarat sah wudhu' adalah meratakan air ke seluruh kulit(anggota wajib untuk sah wudhu’ dan wajah itu salah satunya) ,yang didalamnya termasuk kelopak mata. Apabila wudhu' tidak sah, maka solat pun ikut sama tidak sah. Jika dilihat dalam masalah ini , (terpaksa mengunakan remover liquid baru hilang, maka jelas wudhu’ itu tidak sah selagi tidak menanggalkannya dengan jelas). Dan tidak meninggalkan sebarang was-was.Oleh sebab itulah, dinasihati. Elakkanlah dari produk-produk yang bakal mendatangkan was-was. Dan pilihlah celak yang tidak mengandungi bahan-bahan subahah. Seperti ismit mekah (contoh yang terbaik untuk digunakan).Ingin saya menyentuh sedikit berkenaan dengan hukum mengunakan produk-produk kosmetik yang berasaskan haiwan, tidak kira ianya kulit atau tulang, atau lemak-lemaknya. Atau apa saja dari binatang berkenaan. Ada beberapa hal atau keadaan yang perlu diperhatikan.Yang pertama adalah asasnya haiwan itu adalah haram atau najis hidup atau matinya. Seperti anjing dan babi. Maka haramlah hukum mengunakan produk-produk tersebut(mutlak keharamannya). Kecuali dalam keadaan darurat seperti perubatan, tetapi hukumnya tetap tidak menjadi harus. Tetap juga haram. Dan perbuatan tersebut dibolehkan oleh sesetengah pendapat, tetapi tetap perlu bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah atas perbuatan tersebut.Yang keduanya adalah asasnya haiwan itu tidak najis sewaktu hidupnya tetapi menjadi najis apabila ia telah menjadi bangkai seperti, harimau, kucing, dan sebagainya. Maka hukumnya juga tetap haram. Untuk tujuan kosmetik (berbeza dalam tujuan perubatan, kerana ianya berkaitan dengan keadaan darurat, maka itu diharuskan)Yang ketiga adalah asasnya haiwan itu adalah halal seperti lembu, ayam, kijang, rusa dan sebagainya. (haiwan yang perlu disembelih) Tetapi dalam keadaan ini ianya tidak disembelih. Maka situasi ini saya letakkan ditahap makhruh tahrimi (hampir kepada haram). Kecuali dalam hal perubatan ianya adalah harus.Yang lebih menyakinkan adalah yang keempat ini. Yaitu produk yang berasaskan haiwan yang halal dan disembelih mengikut syariat sah sembelihan. Maka inilah yang lebih baik dari yang lain. Dan tidak mendatangkan was-was dan curiga.Sedang dalam hal ini (mengunakan celak kalis air atau water resist yang berasaskan bahan-bahan kimia) adalah harus. Tidak salah. Tetapi jika hendak mengambil wudhu’ dipastikan sepenuhnya yang celak tersebut telah ditanggalkan dan tidak tertinggal walau pun sedikit sehingga menghalang wudhu’ kepada kulit.Dan pendapat yang ketiga ini adalah pendapat saya. Dan seperti yang para pembaca sekelian maklum, saya bukanlah orang yang arif dalam bidang fiqh. Maka rujuklah pendapat ini kepada orang yang lebih tokoh sebelum berpegang dengannya.Hadits-hadits berkenaan dengan celak ini terdapat juga didalam Sunan Abu Daud. bab. Bercelak. Hadits no.3898, Ibnu Majah, Hadits no. 3497 dan 3498. dan Tirmidzi,pada bab. Perhiasan. Hadits no. 1757.
Maaf panjang skit artikel ni.
tapi apa yang nak diberitahu ialah celak tu mmg harus, tapi kalau dia bersifat water resistant, mmg la tak sah wuduk kita. so kalau nak pakai celak, ble berwuduk, make sure tanggalkan dl celak tu ye.
zaman Rasulullah dulu, Baginda guna celak ithmid iaitu celak dr sejenis batu celak. yg ni tak kalis air. so mudah.
p/s : kat mana nak cari celak ithmid eh? kalau kt kampung, ade la dlm botol tu kan. heheeh. kalau versi moden nye ade x? hehe.
4 comments:
thanks. mcm tau2 je. apa yg sy tgh pkir.hehe
sy tak reti pakai celak...hehe..
hmm...try tanya pakcik google...kot ada yang menjual on9... :)
saya pakai celak bila rajin je, kalau nk g jalanjalan malas, nnt nak solt sush plak..:)
el pon ajen skrg pkai celak , tp y bukan water resistant , sb pkir solat kan , so kalo non resistant mcm mna pula ? stil kne bsihkan celak habis ye ktika ambil wduk ?
he tengs for the info yaa
Post a Comment