Assalammualaikum semua!
semalam saat ingin tidur, asyik terbayangkan wajah arwah Tok. dan wajahnya cukup manis, tersenyum memandang aku. ah betapa hati ini rindukan senyuman itu. senyuman yang baru kerap terukir lewat usia tuanya.
masa zaman aku kecil dulu, tok adalah insan yang paling garang bagiku, sebab tu aku lebih rapat dengan wan. wajah tok susah untuk senyum. setiap kata-katanya menggentarkan jiwaku. teringat dulu, cerita mak, tok lagi garang zaman dia kecil dulu. sampaikan mak balik dari bermain kala senja, tok mengejar mak dengan parang sampaikan mak menyorok di sebalik susunan kayu api.
zaman aku kecil, tok memang garang, tapi tidaklah sampai tangannya naik. cuma mulutnya saja berbisa, lagi pedas dari cili terpedas di dunia barangkali. saat aku sudah menginjak dewasa, 2-3 tahun kebelakangan ini barulah tok jadi tidak garang. mungkin kerana usianya yg sudah lanjut membuatkan dia sudah malas hendak menjadi garang.
2-3 tahun kebelakangan ini, barulah aku nampak senyuman tok. sgt manis! tok sllu gelak bila aku buat lawak. bila aku bersalam dengan tok, tok akan gosok tgn aku smbil mengomel betapa montelnya tgn itu.
pernah sekali, tok berkata padaku.
"Bila nak kurus ni. kurus besok, barulah ada org nak."
pertanyaan itu buat aku ketawa.
tapi kini, rasa sedih mencengkam jiwa kerana tok tidak sempat lihat aku kurus. walaupun entah bila aku mampu jadikan perkara itu satu kenyataan.
aku masih ingat wajah tok saat tok sedang mengucup jenazah wan. wajah yg kehilangan. dan tanpa disangka, tok menyusul 10 hari kemudian. ah indah benar cinta itu. cinta tok pada wan, benar-benar sejati hinggakan sehidup semati.
saat kali terakhir mengucup tok, tok berbau harum sekali, pipi tok sangat lembut. wajah tok tenang. alhamdulillah tok pergi pada hari Jumaat. InsyaAllah tok selamat dari seksa kubur kerana aku yakin tok adalah insan yang beriman, kerana tok rajin beribadah. moga tok ditempatkan bersama para solihin dan kuburnya terang berderang serta luas saujana mata memandang. amin!
esok genap 3 bulan tok pergi. cucumu ini akan sentiasa merindui tok. rindu teramat sgt. terima kasih kerana di hujung usia, tok sudi tersenyum buatku. ^_^
rindu tok...
Al-fatihah!
p/s : dulu kurang terasa bila tengok scene dlm drama, babak org meninggal berbalut kapan. lepas tok dan wan pergi, barulah terasa benar scene tu. teringat tubuh tok dan wan yg kaku siap berkapan. ah rindu benar pada mereka.
sejujurnya, ramai yg kdg2 bila sampaikan takziah, cuma tulis Al-Fatihah, tp tidak dibaca pun pada arwah. AK mengharapkan kali ini, biarlah Al-fatihah itu dilafaz dan sampai pada mereka2 yg kita sayangi dan mereka yg telah pergi. sama2 beramal ya! biasakan yg betul, betulkan yg biasa.. ^_^
Al-Fatihah!
7 comments:
Insya'Allah....tok & wan AK baik2 sahaja di sana... :)
Al-fatihah buat Tok & Wan AK... :)
Al-Fatihah buat arwah...
Hanya doa & bacaan ayat2 suci saja hadiah trbaik buatnya disana..
AK: TQ dear 4 all the wishes & doa.. ;)
alfatihah...
sama kes dengan pak long dan maklong amni.. cumanya yang sedih tu, maklong yang sakit teruk, tapi paklong yang pergi dulu.. tak samapai sebulan, maklong pulak menyusul.. sedih sangatt... =(
moga mereka dicucuri rahmat.. amin..
semoga mereka ditempat kan dalam kalangan org2 Islam yg beriman.. insyaAllah.. aamin :)
Al-Fatihah.,..
semoga Allahyarham aman di sana, amin
alfatihah buat arwah..:(
Al fatihah ...
qib pun teringat arwat datok.. 12/2 ni tahun ke 3 dia p tinggalkan kami... =(
sabar AK
Post a Comment