~~Pembaca Yang Setia~~

Saturday, April 30, 2011

Video Jozan Maharaja Lawak episod 5!

Assalammualaikum semua!

hari Sabtu dah datang! Kita enjoy!

keje AK pun tak byk sgt, so AK dok melayan Maharaja Lawak.

jom2 tgk dengan AK.. heeheh..

Kumpulan Jozan..
Terbaekk!


lawak2.. tak leh tahan bila zizan buat muka seriuss tu.. haahah..

pastu bila Johan buat mata mcm hantu merenung Zizan.
adeh!

pecah perut AK..

hahaahah!

Friday, April 29, 2011

Day 28 – In this past month, what have you learned?

Assalammualaikum semua!

Hape yang AK bljr dalam bulan ni? Hmm. Tentunya perkara yang sangat penting, iaitu jangan mudah percaya pada orang. Jangan nilai orang cuma dari luaran, sebab mungkin dalamannya adalah yang sebaliknya.
Apa kena mengena dengan bulan ni? Hehehe.


apa kaitan ngn JGS? ntah. (-_-")

Sebenarnya bulan ni baru terbongkar perangai seseorang terhadap AK. Nampak mcm baik je tapi kt belakang AK, Nauzubillah. Moga2 AK dijauhi dari dengki orang ni. AK pun tak mahu simpan dalam hati sangat, AK maafkan segala kutukan dia pada AK dan berharap dia berubah dari perangainya itu.

^_^ ok peace! 

Errr ape lagi eh.. yang AK bljr. Hahaahha!

Hmmm AK bljr menerima kenyataan yang bila dia tidak ditakdir utk kita, sekuat mana kita berusaha pun dia tidak akan jadik milik kita. Sobss.. chewah tetibe feeling jiwa2 hahah. Padahal xpenah usaha pun nak dapatkan Ashraf Muslim. Wakakaka. Kantoi!


Tapi usaha itu tetap perlu, usaha paling senang ialah berdoa! Moga2 kita dijodohkan dengan orang yang baik-baik, yang beriman dan taat pada perintah Allah. Yang boleh bimbing kita menuju akhirat yang cemerlang. Wah! Tetibe pasal rumahtangga pulak ni. Buang tebiatkah AK? Hahaah. Layan ajelah kan.

Okieslah. Byk lagi yang AK bljr sebenarnya, tp blur pulak AK nih. Hehehe. Itu jelah point AK skrg ni. Tata!

p/s : selagi hidup, selagi tu kita takkan habis belajar.

Thursday, April 28, 2011

Anak Siapa ni? teka cepat!

Assalammualaikum semua!



comel tak? comel gila kan... heheeh..



geram AK nengok baby boy ni.. hehehe..

aci mengkome tekeeee anok sapeee awook tunjuk ni. hehehee..

teng teng teng..

jawapannyaa..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


anak Usop Wilcha!


ish kome ni tak dapat neke pulok anak awokk.. kite bakorrr je!
hehehe.. comel kan!


p/s : bini die pun lawoo oo..muda lagik..heeheh..

Wednesday, April 27, 2011

Gambar Majlis Pertunangan Ashraf Muslim...

Assalammualaikum semua!

malas nak berceloteh hari ni.. hati tgh syahdu.. sobs..






T_T  nanges patblas minit..
-
-
-
-
-
-
-
-
ok dah!

Selamat Bertunang wahai insan yg pernah bertakhta dalam hatiku..
chewah!

ok mari carik jejaka pujaan malaya yg lain pulak..
hehe.

Tuesday, April 26, 2011

I Am A Family-Oriented Person!

Assalammualaikum semua!

Family-Oriented Person? Hape tu? heehhe. Maksudnya seorang yang sgt mementingkan smgt kekeluargaan. Chewah!

Tau x, AK sejak umur 16 tahun duduk asrama sampailah umur AK 21 tahun. Walaupun begitu, AK still rapat dengan family, nak nanges ble nak balik asrama padahal tiap2 minggu family AK dtg jenguk AK kt asrama. Heheheh. Tp bila AK bljr kat Terengganu, family AK dh xpenah lawat AK kt sana. First masa hantar AK masuk bljr n second masa tgk AK grad. Tu jer.

Tapi walaupun bertahun duduk asrama, AK ni boleh dikatakan manjalah dengan family. Sgt-sgt manja sampai kdg2 AK rasa mcm AK ni anak bongsu. Hahaha. Bila dah tamat belajar, kebanyakan kawan2 AK dh berhijrah ke KL untuk mencari rezeki. Tapi AK? Masih kt bumi Pulau Pinang ni. Sebab apa? Sebab AK tak sanggup tinggalkan family AK utk kesekian kalinya.


Bagi AK cukuplah AK berjauhan dari mereka selama ni. So buat kali ini, biarlah AK survive di sini bersama mereka walaupun AK rasa AK masih tak mampu balas budi mak ayah bila AK cuma kerja di sini. Kadang2 AK terpikir jugak nak berhijrah, tp ble tgk wajah mereka, wajah adik2 terus rasa sebak. Terus rasa mcm tak sanggup tinggalkan.

Pernah AK tnya adik AK.

“Kak nak p KL la. Kerja kat sana...”

Wajah dia mula mencuka, pastu perlahan dia menangis.

“Janganlah kaakkk...” dengan esakan tangis.


Ok skrg siapa boleh tahan? Sebak jugaklah dada dibuatnya. Huhu. AK tahu dengan dok kt penang ni AK masih tak mampu ubah nasib keluarga, tapi AK tahu rezeki Allah ada di mana2... yang penting AK usaha walau kat mana AK berpijak.

Mak AK xkisah pun kalau AK nak berhijrah, cuma AK lah.. tak sampai hati.. sgt2 xsanggup. Sobss.. dl AK berjauhan dari mereka sebab terpksa, skrg ni AK boleh pilih sendiri, jadi AK pilih untuk di sini, bersama mereka dalam susah senang.


AK rasa dah tak sanggup nak tinggalkan family AK. Kalaupun AK nak tinggalkan family AK, biarlah cuma saat AK sudah berumahtangga. Tapi buat masa sekarang, TIDAK! ^_______^

p/s : masa pergi KL utk hadiri kenduri kahwin hari tu pun AK dh sebak. Sebab dok atas bas sorang2, dok pk.. kalaulah AK btol2 berhijrah ke KL masa tu. cmne eh.. terus air mata berlinang.. hehehehe... ^.^

Monday, April 25, 2011

Rindu Zaman Matrik.. Y.Y

Assalammualaikum semua!
Sekarang ni masa AK di hadapan internet agak terhad. Jadi AK berblog pun bila AK mampu je lah eh.. sobss.. sedey, tapi nak buat macam mana. AK sentiasa diperhatikan. T_T


Ble tensen2 kerja mcm ni, mulalah terbayang semula waktu belajar. Huhu. Bila terbayang waktu belajar, mulalah terkenang zaman matrik AK. Sebab apa zaman matrik? Sebab AK rasa, zaman matrik ialah zaman belajar AK yg paling best. Oppss.. bknlah zaman2 belajar lain tak best, tapi zaman matrik ni lain macam sikit. Pengajian dia singkat, cuma setahun, jadi tak sempat nak ada sebarang konflik, dah habis. Jadi semua kita akan keluar dengan kenangan yang manisss jer. Sape setuju? Buat tangan macam saya... hahahaha.

Tak ada stress lansung belajar masa tu walaupun patutnya stress. Hahaha. Yelah, pergi kelas sebab nak bersembang-sembang dengan kwn2 nak bergelak tawa, sebab tu la result cm hape jer. Haahahaa.. Tapi entahlah, masa tu, result kureng pun rasa cm hepi jer. Hahaha. Macam tak ada problem sebab ada kawan2 yang best.

Dalam kelas dengan kwn2 dlm kelas, siap ade geng lagi. tercipta geng ni pun mcm dah ditakdir Allah. AK geng dengan Cik Farah, Puan Cda dan Cik Shuhada. Lovely Farah ialah my ex schoolmate so bile kitorang tau kitorang satu kelas, so kite dh jadik geng skli la. Senang sbb dh kenal. Then shuhada pulak satu dorm dengan cik farah so otomatik menjadi geng kami dlm kelas tu. Then puan cda pulak, masa nak masuk kelas, terserempak dengan kami, jadik telah ditakdir kami menjadi geng empat orang dlm kelas M Kolej Mara Kulim tersebut. Heheeh. Nostalgik betul. Kami punya kamceng sampai semua harus berkumpul sekali. Pegi mana2 yang melibatkan aktiviti kelas, kami akan bersama. 

Dalam dorm pulak, dengan kisah dormnya. Dorm AK namanya dorm Suci. Hehehe. Mmg suci2 belaka, chewah! Masa ni, walaupun ada lebih kurang 28 orang, tp semuanya kamceng, mcm adik beradik. Bila nak pergi aktiviti mana2 mesti semua berderet keluar sekali. Hehehe. Kdg2 ble makan pun berderet turun skli. Mcm bawak rombongan pulak.hehehe.

Ak tak pernah nangis bila dah tamat belajar dari mana2 tempat, tapi bila habis matrik AK nanges. Sebab AK syggg sgt nak tinggal tempat ni. Sayang sangt nak tinggal kawan2 yang best. Sobss..

Walaupun dah bertahun tamat matrik, hubungan yang terjalin antara AK dengan dorang masih erat. Rasa macam masih dekat di hati. Skrg ni nak kumpul2 sekli dah susah. Semua dah ada kehidupan masing2. Ramai yang dah kawen. Tapi kenangan yang tersemat dalam hati AK ni akan tetappp AK simpan sampai mati. 

Rindu sgt dengan kwan2...

Love you all...^___________^

p/s : buat adik2 yg bakal masuk matrik nnti, enjoy okeh! tp jgn terlebih enjoy smpai result merudum..hheheeheh..

Saturday, April 23, 2011

Selamat Bertunang Kekasihku... Y.Y

Assalammualaikum semua!

maaf smlm AK xupdate blog. xmampu la syg2 sekelian. line xclear. hahaha.. tak menyempat dah nak tengok blog.

hari ini, di saat ini, kekasih hatiku yang ke 10 sudah dimiliki org lain. sobbss.. terpaksalah AK keluarkan dari senarai dah. huhuhuh..

xbaik kacau tunang orang kan? keekekekee..



Selamat Bertunang Ashraf Muslim

smoga dirimu kan peroleh bahagia dunia akhirat.. sobs...

mungkin aku tidak ditakdir untuk


sobss...

T_T

Thursday, April 21, 2011

Day 27 – What kind of person attracts you?

Assalammualaikum semua!

ehem2.. soalan yang best.. hahaah. jenis manusia macam mana yang menarik perhatian AK? chewah!

1. Beriman / Jaga Ibadah


ok ini memang toplist. cmne kite nak kesan org tu beriman ke x? hahaah. susah kn. tp dari raut wajah yg bersih, basahnya dengan wuduk, kejernihan wajah itu mmg kita akan dapat rasa. wah gitu. paling senang, AK tertarik ble AK pegi singgah solat kt mana2, orang2 yg turut sama bersolat tak kire laki @ perempuan, akan menarik perhatian AK.. sbb tak ramai manusia di zaman skrg yg akan pk psl solat ble dorg in hurry @ tgh bershopping. so i salute this kind of person which makes me attract. chewah speaking haaku..

2. Murah Senyuman

alahaiiii.. cairr..

ohhhooo hoii senyumlah senyumlah ahai cek mek molek.. AK mmg mudah tersenyum haha. opsss. dan AK sgt suka org yg murah senyuman, sllu yg AK jumpe, AK yg senyum dl n kdg2 ade yg xbls pn senyuman AK..ces kedekut senyum, mcm la die senyum skli jatuh abis gigi die..menci. hahaha. so AK ske pada org yg murah senyuman, especially ble die senyum tu wajahnya maniss skli...auww.. semut pun suka.

3. Berpakaian Kemas

kemas kan? malangnya kau bukan lg milikku..sobss..T_T

ok, kau cantik @ tidak. yg penting kena kemas. AK ni kdg2 serabut jugak. wahaha. tp AK ske tgk jejaka yg berpenampilan kemas. wajah tak ada jambang2 semua tu..just janggut sejemput ke, pemanis wajah..auww. haahah.

4. Bertudung Labuh

alahaii manisss kan..

oh ok. bkn diskriminasi, tp mmg AK tertarik tgk dorg2 yg bertudung labuh. nak wat cmne kn..hehehe... nampak ayuuu jer. heheeh.. baik sopan, walaupun prangai sbnr kite xtaulah kn.. heheeh.. sape sokong AK, sejuk je hati ble tgk gadis2 ayu bertudung labuh? heehehe. AK mmg la bertudung labuh gak, tapi AK otai, xayu..hahaahah!

5. Sopan tutur kata

haishh jumpa org2 ckp sopan, cair terus derr. haahahah.. kat Penang ni kan, semua cakap kasar, nk jumpe yg lemah lembut susah jugak. tp xsuka sopan2 dan lembut plastik! not my taste okeh!

6. Comel!

ok, comel itu subjektif kan.. heheeh.. yg montel2 itu mmg comel, AK xnafikan.. teheeee... tpi comel di mata AK ialah kanak2 yg comel! baby2 yg sgt keletah mcm Auni! haahaha..

ok, dah la.. entah menjawab soalan ke x.. AK hentam saja.. wahahaa..

Wednesday, April 20, 2011

Speechless.. (-_-")

Assalammualaikum semua!



dah berangan ada kt tempat salji ni..

brrrr sejuk..heheehe..

ok, inilah jadinya bila dok dpn kamera sorang2.. huhu..

ok abaikan.. (-_-")

Day 26 – A photo of somewhere you want to go.

Assalammualaikum semua!

ok.. sebab byk tmpt yg AK teringin nak pegi, maka bukan photo lg, tp dh jadi photos haahah.. nak tempek gmbo byk2 ni.. hehehe.. bersedialah!

1. Jepun


ahhh teringin nak rasa 4 musim di jepun.. nak ke pntai pada musim panas, nak men salji masa musim sejuk, nak duduk bawah pokok sakura masa musim bunga, nak goyang2 pokok masa musim luruh.. hehehe.. sonoknyaa..

2. India
teringin nak lawat Taj Mahal, melihat warna warni di India. merasai budaya mereka yg penuh warna..chewah! dpt jumpa Shah Rukh Khan pun best gak..hehehe.

3. Switzerland


ok, ini semua gara-gara byk tgk citer hindustan yg byk tunjuk adegan nyanyi2 kt negara ni. terus mcm terlopong tgk tmpt ni lawa gila..terus rasa nak pergi.

4. Mekah dan Madinah


semua umat Islam wajib punya impian ni. kan? heeheh.. teringin sgt2.. smoga impian ini terlaksana..amin...

p/s :nampaknya ramai xleh view video smlm. huhu.. maafkan AK.. AK embed video tu dari Facebook, mungkin sebab tu ramai xleh tgk kot.. teeheee..

Tuesday, April 19, 2011

Auni Tengah Memandu..vrommmm!

Assalammualaikum semua!


Inilah gaya Auni bila tengah bawak kereta dia.. hehehe..comel!!

Day 25 – Who are you?

Assalammualaikum semua!

Soalan yang agak mencabar chewah! Siapa saya?


Saya ialah Aliesha Kirana (bukan nama sebenar) yang dilahirkan pada 11 Mei 1986, di sebuah kampung kecil di Batu Kurau, Perak. Anak kedua dari lima beradik, tapi nampak macam anak bongsu sebab manja dengan family. Hehe. Sudah berusia 25 tahun pada tahun ni tapi perangai masih macam budak-budak sekolah.


Saya juga merupakan.......

Seorang hamba kepada Allah Yang Esa

Seorang pengikut kepada Rasulullah

Seorang anak kepada mak ayah

Seorang cucu kepada tok dan wan

Seorang adik kepada kakak

Seorang kakak kepada adik-adik

Seorang mak saudara buat anak2 saudara

Seorang kawan pada teman-teman

Seorang pekerja pada majikan

Seorang penduduk bumi dalam Bima Sakti

Seorang isteri pada bakal suami.. auwwww hahahah!


Ok, dah laaa AK merepek..haisshh! hahahaha... yang penting, AK masih mencari identiti sendiri namun mahu sentiasa berpaksi pada AlQuran dan AsSunnah. Ingin berubah hanya untuk kebaikan, InsyaAllah.

Monday, April 18, 2011

Day 24 – A photo of something that means a lot to you.

Assalammualaikum semua!


jawapan yg orang semua boleh agak kan. heheeheh. 
kehadiran Auni telah menceriakan kehidupan kami semua.. chewah! heheehehe..

tau x, skrg feveret Auni naik mende alah kt atas ni la. heheeh.. setiap kali pergi shopping mall, mende ni yg dicari dl. siap tarik mama die nak pergi situ.. hahaha.. ble dok atas tu.. pandai je die.. teror pusing2 stereng tu mcm btol2 memandu.. hhahah.. somel!

Friday, April 15, 2011

BF dari negara mana yang AK paling sayang???

Assalammualaikum semua!

ehemm.. tadi kat ENTRY ni, ada la sorang ni bertanya kan..

soalan die mcm kat bawah ni. hahaha.


ehem.. boleh tak, nak jawab soalan niii. hahaahah! gediks!

sudah terang lagi bersuluh dengan spotlight gitu.. Prince boleh pulak buat2 xtau eh. eehehe..

ranking 1st skrg ni mestilahhhh...


so skrg ni BF AK dr korea la kn. hahah!


si comel ini. hahahaaha... buat masa skrg, die ranking 1st.. Yamapi jadik no 2. ahahahaha.



hahaahahah! gediksss! teheee...

eh tapi ramai lagi la dlm senarai AK.. cmne? ekekeeke..


yang ni pun nak masukkan dlm senarai.. aci x? ekekekeee..


yang ni pun mcm dh suke.. uhukk..

ramai giler.. ok dah rambang mata dah ni..

ok stop.. haahahah!

tata!

Day 23 – 15 facts about you.

Assalammualaikum semua!

Semalam AK bz la. Sori yer.. skrg dah xbyk masa depan tenet, walaupun AK naaakkk sgt menulis blog, tapi AK xmampu curi masa... huhuhu. Ni pun AK dah karang siap-siap kat rumah mende alah bawah ni dan autopublish. Hehehe. Ada masa nanti AK lawat blog kawan2 yee.. syg semua.. muah3!

AK nak buat 30 Days Challenge ni.. dah lama xsambung. Hehehe. 

Ok! 15 fakta pasal AK!

1-Ak dah berumur 25 tahun. Erk tua dah kan.. tapi calon belum ada hahahahaah! Anak ke2 dari 5 beradik. Adik bradik 4 pompuan sorang lelaki. AK lahir kat Perak, menetap kat Penang, pernah bljr kat Penang, Kedah, dan Terengganu. Echewah! Mcm interview pulak gayanya.

Moomoo saya yg PINK

2-Gila warna pink. Ok itu semua tahu kan. Tengok blog ni pun dah tahu. Hahahaha. Dl mcm xprasan lagi, tapi makin lama makin gila warna ni. Hahaha. Tapi AK bukan jenis dah suka satu warna tu, semua benda harus warna tu, terutamanya baju. Baju AK xbyk warna pink pun. AK lagi ske berwarna-warni, hahaha. Dan jenis AK pulak, bila dah pakai baju warna tu, stokin pun mesti warna sama. Hahaahah! Mungkin org tgk pelik, tapi i likeee! Teheee..

3-Jarang bermekap. Ok, AK sgt mls bermekap ye... hahaha. Jadi jgn terkejut kalau tgk muka AK pucat lesi. Hahaahah. Dl zaman U, AK rajin skit laaa bermekap, terpengaruh kawan2. Hahaha.. bedak kompak harus ditempek, secalit gincu, dan eyeliner, kdg2 letak eyeshadow..hehehe.. Skrg ni? Sarung tudung, pakai spek mata, terus keluar. Hahahaha! Malasss ya amat. Terutamanya bila pergi kerja, xrasa lansung nak mekap. Bedak pun tak letak.. ekekekeke... buruk perangai.

suka SRK n Juhi

4-seorang yang gila Hindustan sampai sekarang, tapi malu nak ngaku sangat sebab org suka perlekeh org yang minat hindustan. Sobs.. pernah masa form 1, beli majalah Bollywood sampai bertimbun majalah Bollywood kat rumah. Sanggup simpan duit semata-mata nak beli majalah tu. hehehe. AK minat gila cerita Hindi sampai AK dah paham bahasa tu dan boleh cakap sikit-sikit. Dulu duduk depan tv, salin setiap perkataan Hindi dan maksudnya sekali. Hehehe. Sebab tu dah boleh faham. Hehhe. Kalau lagu Hindi tu takyah cakap laaaa. Habis semua lagu AK hafal, siap boleh translate lagi. ahahaha. 

5-seorang yang terlalu amat cintakan cinta. Hahaha. Lebih suka cinta dari org yang bercinta kot, sebab tu AK suka buat cerita cinta. Hahahaahha. Bagi AK, cinta itu fitrah manusia, dan AK rasa kromosom cinta AK terlebih sikit kot dari manusia normal. Hahaha. Tapi tak pernah bercinta pun. Tehee..

6-Dulu cita-cita nak jadi kaunselor sebab sangat suka dengar masalah orang dan bagi nasihat, walaupun dr sendiri tak pernah pun ikut nasihat yang dr sendiri bagi. Hahaahha. Tapi mmg sgt suka menasihati org, tehee. Dl masa kat sekolah suka round-round sekolah, cari org yg bermasalah, n bagi nasihat. Ceh, mcm perkhidmatan kaunseling bergerak gitu. Hahaahah. Tp skrg xde rezki nak jadi kaunselor, mungkin suatu hari nanti, kalau Allah bagi rezeki. Sekarang ni redha ajelah menjadi graduan IT dan berkerja makan gaji di pejabat logistik. Kui3.

7-Mula menulis sejak berumur 13 tahun kalau tak salah, masa tu menulis main-main jer. Tak ada siapa yang baca pun. AK ingat, novel pertama yang AK hasilkan bertajuk ‘Pyaari Kahani’ @ maksudnya Cerita Yang Indah. Hahaha. Kisah seorang pelajar yang menuntut di India, jumpa lelaki India tapi percintaan mereka melalui byk halangan. Cewahh! Hahaahah. Lawak bila baca cerita tu, sebab mcm penulisan budak-budak. Heheheeh.. skrg ni dah berani nak bagi org lain baca karya2 AK sebab tu AK wujudkan blog Dari Tinta Aliesha Kirana. Heheh. Sekarang tgh cuba siapkan manuskrip, nak cuba hantar ke publisher, doakanlah AK berjaya jadi NOVELIS ya! aminnn!!

8-berbadan besar sejak kecil kot. Hehehe. Jadi, sangat teringin nak kurus. Dulu pernah tak makan nasi berbulan-bulan, turun 16kg, pastu lepas SPM naik balik, pastu tak turun-turun, asik naikkk jer. Hahaha! Stress AK. Teringin nak kurus, tapi jiwa masih belum kental. Padahal selalu sgt baca kisah2 org yg berjaya kurus dan tips2 nak kurus. Cuma nak praktiskan tu aje, blom cukup ketahanan diri. Haish! Hehehe. Doakan AK kuat semangat eh. Heheheeh.

9-Pernah melalui banyak pengalaman pahit masa mencari kerja termasuklah tertipu dengan iklan kat paper. Iklan tu tulis, Pelatih Pengurusan, sekali dah lulus temuduga, pergi kerja, rupanya jadi jurujual! Siap ikut dua org jurujual ni ke sebuah Uni, tgk dorg menipu pengurusan Uni tu utk masuk dlm Uni tu.. dan dok berniaga dalam uni tu. last2 AK telefon family AK soh ambil AK kat uni tu, cabut dari dia orang. Hee.. pengalaman ngeri betul!

10-AK seorang kidal dan AK bangga menjadi kidal. Heheeheh. Tapi kdg2 susah jugak nak guna peralatan yg terbiasa utk orang tgn kanan, cthnye mcm pisau potong buah. AK selalunya akan halakan pisau tu dipotong ke arah AK. Hahaha. Paham x? Tak paham xpelah... 

11-Seorang yang mesra, tapi kalau orang yang AK xkenal akan ingat AK ni pemaloo hehehe.. sebab AK xkan tegur orang kalau orang tak tegur AK, sebab AK maloo. Hahahaa. AK cuma mesra dengan org yang AK kenal. Hehehe. Jadi memang btol la AK ni pemalu kan. Hehe. Tak nak ngaku pulak!

12-AK sangat teringin masuk sekolah agama, masa form 1 dapat sekolah agama asrama penuh, memang AK hepi sgt. Tapi malangnyaaa.. AK xdpt biasakan diri lagi dengan hidup berasrama so AK larik.. wahahah! Pastu tak masuk sekolah agama sebab family AK masukkan AK kt sekolah biasa. Sobss.. pastu form 4 masuk sekolah asrama balik, masa tu memang tensen. Kdg2 rasa nak cabut, tapi AK bertabah sebab dah pernah larik sekali. Xmo susahkan family dah. Heheehehe.

my BF dr Korea!

13-AK ade BF di setiap negara. Hahaaha! Kat Malaysia, AK ade Fahrin Ahmad Shaheizy Sam. Auww.. kat Korea, ade Jang Geun Suk, kat Jepun ada Yamapi, kat India ada Shahid Kapoor, kat Filipina ada Jericho Rosales, kat Taiwan ada Mike He. Hahahaahah. Somel!

14-seorang yang sensitif kot. Hehehe. Nampak je mcm kental kat luar, tapi dalam rapuh jer. Kalau tengok cerita sedih, AK dulu yang sebak, tapi suka tahan nangis sampai sakit dada. Huhuuhhu. Suka tunjuk diri AK kuat padahal lemah.

15-Mula berblog seingat AK sejak 2006. Hehehe. Masa tu blogging kt blog friendster sajer. Heheehe. Pastu guna blogdrive, lepas tu baru guna blogspot. Lepas ni kalau ade rezki, nak guna domain sendiri lah! Heheeheh. AK ade 6 blog kesemuanya. Heheeh. Nak tahu blog apa, cariklah sendiri heheeh. Tapi 2 private. Laalalalaa...

fuhhh.. letih menaip heheeheh.. ok semua.. tataaaa!

Wednesday, April 13, 2011

Durian Batu Kurau!! Maveless!

Assalammualaikum semua!
Maaflah, mcm lama pulak menyepi kan.. tapi bila sehari tak update entry, rasa mcm xsenang duduk la. Hahaha... so InsyaAllah AK akan cuba kembali aktif ya.. hehehehee. AK ok je skrg ni, cuma AK hadkan sikit masa AK depan internet dan lebih fokus pada kerja.



Durian Batu Kurau? Apa tiba2 topik ni? Hahaha. Sebab kan skrg musim durian. Hahhaha.. dan durian yang terbaeekkk mestilah Durian batu Kurau! Sebab apa? Sebab AK lahir kat Batu Kurau. Hahahaha! Ada kaitan ke? Tehee...

Kampung AK memang kt Batu Kurau dan AK memang lahir di sana, so Batu Kurau memang dekaaat di hati AK. Sebabkan kampung AK tu terkenal dengan durian, maka AK membesar sebagai seorang yang hantu durian. Hahaha. Satu family AK memang gila durian. Bila sekali beli durian, semua menyerbu sakan.

Kelmarin pakcik AK balik kampung, so kami dapatlah dalam tiga biji durian Batu Kurau. Perghh! Memang mavelesss! Dah lama AK xrasa durian yg sebegini sedap, semua duriannya elok, xde lansung yg buruk @ berulat, mmg lain dr durian yg kita beli kt tepi2 jalan tu..

Ingat lagi masa zaman AK masih bersekolah, masa tu seingat AK musim durian tu jatuh musim cuti sekolah, tak pasti musim hari raya ke apa. Tapi musim tu memang jatuh musim durian... so semua ahli keluarga AK berkumpul. Memang meriahlah jadinya..


Pagi2 kaum lelaki semua naik motor sorang satu, naik ke dusun kami yang ada kt atas bukit nun. Hahah. Smpai skrg AK xpenah jejak dusun tu. hahahaah. Pastu bila kaum2 lelaki ni balik, bawak la sorang seguni durian. Apa lagi, kenduri sakan laaaa keluarga besar AK tu. heheheeh. Memang best gilalah! Nikmat gila sampai xmo berenti selagi xhabiskan semua durian. Hahaha.. tapi balik dari cuti, semua cirit birit. Hahaahah.. pulun sgt..

Memang pengalaman yang best, tapi skrg, pokok durian kt dusun tu dah tak byk buahnya... pokok durian tua, mak AK ckp masa dia kecik lagi memang dah ada pokok tu, mak AK skrg dah umur 47 tahun, jadi byglah umur pokok tu. hehehe. 

Aaahhh! Nak makan durian lagi.... 

P/s : Hari Sabtu aritu, dalam majalah tiga kot, ada tunjuk durian batu kurau, memang dorg tunjuk kampung AK. Hehehe. Bangga sekejap disitu. Lalalalaa..

Monday, April 11, 2011

Perhatian : Pemenang GA AK Makngah Auni!

Assalammualaikum semua!

ohooo hoii bz laaa AK skrg ni.. tmbh ble dh xde mood berblog ni makin bz la pulak..haha.. jadik cmne AK nak carik mood balik..ekekek..


dun worry.. AK ok je, cuma xde mase nk ngadap blog n tenet sgt. heehhe..

ni AK nak mintak sgt2, pada pemenang GA AK tu, tlg hntr butiran lengkap eh.. AK baru terima emel dari nabilah_2908, cik Zalina ckp dh emel tp AK xdpt pun.. tlg emel skli lg eh.. cik dilaloveawi pun belum bg sbrg feedback.. eheheh.. makin lambat bls, makin lambat la AK hantar. hahaha..

hantar butiran Nama, Alamat, No. Tel kat emel AK.. alieshakirana@yahoo.com

minta tlg eh, hntr cpt2 butiran ni semua.. kalu xde respon, AK buat cabutan baru, baru tau..kekeeke...

ok mintak tlg eh! thanks!

Friday, April 8, 2011

Pengumuman! Keputusan Giveaway Aliesha Kirana Mak Ngah Auni! ^__^

Assalammualaikum semua!

Maaflah sebab ambil masa yang agak lama untuk umumkan pemenang GiveAway Aliesha Kirana MakNgah Auni! Hehehe. Sebenarnya AK dah jalankan proses membuat cabutan untuk nombor bertuah.

Sebelum tu, peseta boleh rujuk nombor masing-masing dalam ENTRY ini. Proses cabutan ni AK dah serahkan pada si kenit Auni tu sebab GiveAway ni kan sempena birthday die. Hehehe. Jom2 kita tengok Auni cabut undi.



Tengoklah tu, habis bersepah Auni buat. Hahaha. Habis nombor tu semua jadi mainan die. Tapi jangan risau, AK dah kutip semua dan pastikan tak ada nombor yang tercicir. Lepas melakukan proses yang agak susah ni, sebab suruh Auni cabutkan.. hahaha! Ak berjaya jugak dapatkan tiga nombor bertuah dari dia.

Nombor-nombor ni AK dpt bila Auni suakan satu-satu kertas buat AK. AK tak kira kertas yg dia bagi selonggok. Heheeheh. So beginilah cara AK buat keputusan. Harap semua pihak berpuas hati.
Jadi peserta yang bertuah adalah....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
TADAAAAAAAAA!

Nombor 1 : Nabilah_2908
Nombor 20 : dilaloveawi
Nombor 90 : Zalina

Cantikkan Nombor2 yang Auni cabut? Heheheeh. Bukan AK yang cabut, Auni cabut sendiri ni. Hehehehe. TAHNIAH pada semua pemenang!
 
Sila emelkan butiran peribadi anda,

Nama:
Alamat:
No Telefon:
Ke emel AK : alieshakirana@yahoo.com

Kepada yang tak bernasib baik, jangan putus asa ya. InsyaAllah nanti ada rezeki AK anjurkan lagi. heheehe.. terima kasih sudi join GA AK! Sayang semua ketat2! ^_____^

Thursday, April 7, 2011

Jom Tengok Hadiah Misteri GA AK!

Assalammualaikum semua!


selain hadiah tajaan ardinihumaira.com, AK jugak ada sediakan hadiah misteri dr AK kn..hehehe...
so hari ni AK nk revealkan hadiah misteri dari AK tu.. so xdelah misteri lagi nnti. haha.. jom2..

apakah ini?


 ah teka cepat! hape tu? tehee...

ok laa..

jawapannyee..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Frame gambar!


heeheh.. AK beli kat Ikea! thanks to my best buddy yg tlg belikn..

sbb mase AK pegi aritu AK lupa nk beli sendiri.. -_-"

boleh letak gambar depan belakang. heheehehe..

ok x hadiah AK ni? ada 3 frame utk tiga pemenang hehehe.. harap para pemenang berpuas hatilah ye.. tehee..

p/s : dah buat cabutan, tapi esoklah AK umumkan ya. harap semua peserta bersabar! tehee.. love u all. muah!
Related Posts with Thumbnails