~~Pembaca Yang Setia~~

Tuesday, July 26, 2011

Jangan Dikutuk, tapi Doakanlah dia..

Assalammualaikum semua!

tetibe AK tergerak hati nak bercakap pasal Aleesha Farhana auwww mcm nama mak.. macam semua org tahu, Aleesha Farhana (bukan Aliesha Kirana) atau nama sebenarnya Mohd Ashraf Hafiz telah memohon pada mahkamah utk menukar jantina.


AK kdg2 kesian dan simpati dengan golongan sebegini. mereka tidak minta untuk dilahirkan dengan naluri wanita dalam tubuh lelaki. tapi apa yg AK boleh cakap cuma.. inilah ujian dari Allah untuk menguji tahap mana kesabaran mereka dalam mengharungi hidup dengan naluri keperempuanan sebegini.


malangnya ramai yg tersungkur dan lebih rela digelar mak nyah @ pondan (maaf andai gelaran ini sedikit kasar) dari digelar lelaki lembut. dan ada juga yg lebih nekad, melakukan pembedahan menukar jantina seperti yang telah terjadi pada saudara Hafiz. ya itulah gelaran yg sebaiknya kita panggil kerana dia memanglah fitrahnya lelaki walau ditukar mcm mana sekalipun.

AK pun ada juga beberapa orang rakan yg digelar nyah ini, dan AK lihat sendiri bagaimana seorang lelaki lembut itu dilayan mcm seorang wanita oleh golongan lelaki sendiri walhal golongan ini sepatutnya cuba membentuk rakan lelaki mereka ini untuk menjadi lebih kelakian.

AK pernah mendengar luahan seorang lelaki lembut yg menceritakan bagaimana hidup dia terseksa setiap hari untuk menghalang naluri keperempuanannya dari menguasai diri. macam mana dia lebih tertarik pada golongan lelaki. 

jenis lelaki lembut ni, xboleh dibiarkan bergaul dengan golongan sejenis mcm dia sebab mereka akan makin jauh dr landasan sebenar. kaum lelaki haruslah melayan mereka mcm mereka ini seorang lelaki biasa. bila masyarakat kita dah terbiasa melayan lelaki lembut mcm perempuan, maka akhirnya mereka akan makin terjebak dalam dunia nyah itu..

AK doakan semoga saudara Ashraf Hafiz akan kembali bertaubat. dan pada masyarakat, jgnlah dihina perbuatannya sebaliknya doakan lah dia semoga dia kembali ke landasan yg betul.

satu je yang AK risaukan.. takut nanti jadi macam cerita dot dot dot dalam botol (AK xpernah tonton lg). bila dah buat pembedahan, lepas tu menyesal, lepas tu taubat dan nak kahwin malangnyaaa sudah terlambat.

p/s : baru terjumpa seorang nyah dalam tandas wanita. =_="

8 comments:

cik hani said...

kita tak merasa kan.. jadi kite tak tahu naluri dia..

|| A r a W a n i || said...

ya, supposely doakan derang ni.. bukan kutuk..

Rinna said...

Doakan moga dia mendapat hidayah dan kembali ke pangkal jalan. Tgk dari segi fizikalnya memang nampak cam pompuan..cantik plak..tuh..

nabilah_2908 said...

tak boleh berpatah balik la kan..? sbb dia dah tukar semuanya..tul tak..?

hmmm..hanya Allah yg tahu gelodak hati dia...

Dilla Ady said...

dilla zip la mulut..sensitip la nk komen kt sini..huhuh

ainz said...

fizikal, mungkin tak boleh diubah kembali ke asal..tapi, pintu taubat masih terbuka..Allah sentiasa menerima taubat hamba2Nya..

Aida Azryn said...

aida de kawan dgn nyah. :B

Amni said...

serius dia pakai tudung? amni ingat dia popuan betul.. cantik lak tu.. aiyoo.. pandai make up... memang kalah habis kalu lawan ngan amni ni...

Related Posts with Thumbnails