~~Pembaca Yang Setia~~

Friday, July 22, 2011

PadaMu...

Assalammualaikum semua!

super duper bz smpai rasa xde mood nak menaip..

makanya terimalah nukilan AK, yg pernah AK karangkan beberapa tahun lepas..


PadaMu…

Semilir bayu berdesir lembut
Bagai mengalunkan puisi indah
Biar tak seindah dodoian ibu

Ketenangan yang menggamit
Bagai menyucuk urat nadi
Aku alpa di hujung sujudku
Terasa dekat pada diriMu

Rembesan airmata yang mengalir
kering di hujung pipi
Terasa kerdil diri ini mengharap keredhaan

Aku hamba yang khilaf
Meneguk madu dunia yang sementara
Sedangkan syurgaMu tak henti menyapa
nikmatMu padaku
buat aku malu mendongak ke langit

PadaMu
Kutitip secuil asa
Kau berikan selaksa bahagia
PadaMu
Kuharap setitis embun cinta
Kau limpahkan samudera cinta

Pantas apalagi yang layak kuminta
Namun aku hanya hambaMu
Takkan kering dari meminta

Ampunkan aku Tuhan
Mintaku tak terkira banyaknya
Ibadahku sedikit cuma

PadaMu
Aku panjatkan sekalung doa
Hanya satu ku takkan henti meminta
Biarlah hidup
Biarlah mati
dijalanMu cuma...

Ya Allah Yang Maha Mengasihani
Lagi Maha Penyayang...
amin...
p/s: bahagian yg AK merahkan tu bukan karya asal AK, tapi AK lupa dari mana AK ambil hehe. semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah. amin..

6 comments:

ainz said...

boleh buat lagu nasyid,AK.. ;)

AK memang berbakat...same2 kita hayatinya...

Kakzakie said...

Cantik...indah... berbuai rasa menghayatinya. Kakak suka:)

nabilah_2908 said...

sungguh puitis... :)

busy2 pun gagah2kan diri jenguk cerita AK kt sini... ;)

Dilla Ady said...

bez..tak pandai lagi cipta ayat seindah ini..

asfira aminuddin said...

babe i suka sgt! like like =))

Ardini Humaira said...

sedapnye baca nukilan Ak :)

Related Posts with Thumbnails