Assalammualaikum semua!
pesan Rasulullah :
"Tinggalkan yang haram, maka Allah akan berikan yang halal pada kita."
hari Jumaat yg mulia tiba lagi. hari ni mari AK kongsi satu cerita yang AK dengar masa tengok Tanyalah Ustaz tempoh hari. hehe.
pada zaman Rasulullah dulu, ada seorang pemuda miskin yang sangat lapar. Dia lalu di hadapan sebuah rumah dan mendapati pintu rumah tsebut terbuka..lantas dia berjalan ke dapur dan mendapati ada makanan tersedia.
Apabila hendak makan, dia teringat Rasulullah pernah berkata 'tinggalkan yang haram, Allah akan beri yang halal," maka dia tidak jadi hendak makan.
Kemudian didapati dalam rumah tersebut ada banyak barang berharga. Lalu terdetik dihatinya hendak mengambil barang tersebut. Tetapi apabila dia teringat pesanan 'tinggalkan yang haram, Allah akan beri yang halal', dia tidak mengambil barang tersebut.
Dia kemudiannya lalu di hadapan sebuah bilik, didapati ada seorang perempuan sedang tidur di situ. Terdetik di hatinya hendak melakukan perbuatan yang tidak elok, tetapi dia teringat 'tinggalkan yang haram, Allah akan beri yang halal' lantas dia tidak jadi berbuat apa-apa, dan terus keluar dari rumah itu lalu menuju ke masjid berhampiran dan tidur di sana.
Perempuan tersebut mengadu kepada Rasulullah tentang rumahnya dimasuki orang tetapi tiada barang yang hilang. Kebetulan lelaki tersebut ada di dalam masjid nabi, dia mendengar aduan tersebut tetapi mendiamkan diri. Rasulullah bertanya kepada perempuan tersebut tentang statusnya. Perempuan itu menjawab yang dia seorang janda dan mewarisi harta kekayaan yang banyak. Rasululah bertanya, mahukah kamu berkahwin. Perempuan itu mengiyakannya. Rasulullah kemudiannya bertanya kepada lelaki tadi adakah ia masih bujang dan mahukah dia berkahwin dengan perempuan tersebut. Lelaki itu berkata bahawa dia masih bujang dan bersetuju untuk menikahi perempuan itu.
Jadi benarlah pesan Rasulullah kerana apabila lelaki tersebut meninggalkan perkara haram, akhirnya Allah memberinya yang halal, kesenangan dan isteri yang hartawan.
begitulah ceritanya. hehe. maka mari kita pakat ramai2 tinggalkan yang haram dan insyaAllah Allah akan bagi yang halal.
3 comments:
seronoknya kalau jadi seperti lelaki itu... ;)
:) InsyaAllah semoga kita semua sentiasa berusaha untuk meninggalkan yang haram. Mencari redha Allah
itu baru ganjaran dunia..blum akhirat lagi.. ;)
Post a Comment