~~Pembaca Yang Setia~~

Friday, August 19, 2011

Mari Banyakkan Bersedekah!

Assalammualaikum semua!

AK terbaca satu ruangan lawak di akhbar tempatan baru-baru ni. AK pun xingat sgt dh sebetulnya macam mana tp lebih kurang camnilah kisahnya..

sekadar gmbr hiasan

ada seorang lelaki yg kedekut, Mat namanya. satu hari die pergi ke masjid utk dgr ceramah agama.

sambil mendengar ceramah, tabung derma diedarkan. dia pun bukak dompet, masukkan rm1.
tiba-tiba,seorang pakcik yang duduk di belakang menepuk bahunya dan memberikan duit sebanyak RM200 kepada si mat ni. mat tersenyum sambil mengambil duit itu dan memasukkan ke dalam tabung derma tu. 
dalam hati, dia kagum dengan kemurahan hati pakcik itu. tidak lama kemudian, pakcik di belakang mat kembali menepuk bahunya dan berbisik kepada nya :
" encik,duit RM200 tu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi, pakcik nak pulangkan."
mat tepuk dahi. nasi dah jadi bubur....
 heeheh.. lawak x? masa AK mula2 baca dl, AK gelak guling2. tp byk pengajarannya kan? cuba kita jenguk ke tabung masjid @ mana2 tabung yg boleh nampak isi di dalamnya tu. duit apa yg berlambak? mestilah not berwarna biru. hehe.


bila kita ke bazar ramadhan, laju je tgan hulur duit pada peniaga2 tu kan. byr je xkisah brape. bila org minta sedekah, teragak-agak nk bagi. mcm ustaz Akhil Hayy penah ckp dlm ceramahnya dl ok tetibe bila nak beli barang kt bazar ramadhan, tgn jadi gear automatik. main hulur je. bila nk derma terus jd gear manual, teragak-agak. hihih..

AK pn selalu jugak teragak-agak sebenarnya, tmbh2 ble peminta sedekah ni, sebab takut dorg ni dtg dr sindiket je. n duit tu semua dpt kt tokey besar. mcm kejam kan AK? huhuhhu.

tapi ada sorang nenek kt pasar malam umah AK. Adik AK sllu mntk nak derma kt dia. AK bg la walaupun AK teragak-agak jugak, takut nenek ni pun dr sindiket jugak. tp xlama lepas tu baru AK tau yang nenek ni diabaikan anak2. ada org tlg bawa die ke situ utk minta sedekah supaya die dpt sara hidup die. kesian nenek kan?

jadi sempena bln ramadhan yg mulia ini marilah kita berubah dan sama2 menderma, bersedekah dan beramal jariah. boleh kawan2? ehehehe..

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
 
Riwayat at- Tirmidzi


satu hadis Nabi bermaksud, dari Ibnu Abbas, berkata:
“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawannya pada bulan Ramadan ketika Jibril menemuinya. Jibril biasanya menemuinya setiap malam Ramadan, lalu tadarus al-Quran (dengan Nabi SAW). Sungguh Rasulullah ketika ditemui Jibril menjadi orang yang lebih bermurah hati dalam memberikan kebaikan, sehingga lebih banyak daripada tiupan angin.’ (Hadis Bukhari dan Muslim)
p/s : buat dengan ikhlas, pasti akan dibalas! ^__^

4 comments:

Prince Halilintar said...

betul tu Ak..buatlah amal jariah seikhlas mungkin ketika kite mampu..insyaAllah rezeki kite akan dicurah2 oleh Allah dan berkat..

ade entri spesel kat blog prince utk AK..=)

nabilah_2908 said...

setuju la...kalau time nk derma...mesti note biru singgit tu yg kita hulurkan...huhu...


AK....time kasih eh tuk kad raya tu...kad pertama tuk tahun ni..excited bila dapat...hehe...thnks dear... ;)

ainz said...

ni nanti jadi cam cite jozan..korek tabung surau sebab nak amik baki..huhuhu

kucokelat said...

derma...sehinggit pon dah banyak pahala kan

Related Posts with Thumbnails