~~Pembaca Yang Setia~~

Tuesday, January 31, 2012

Mari Jawab Soalan Pasal Auni...

Assalammualaikum semua!

hari ni saya nak cerita pasal Auni.

ada soalan pasal Auni yg diajukan sahabat2 blogger AK dekat entry pasal Auni sebelum ni laa. hehe. meh AK jawab soalan ni. hehe.


klik utk tumbesaran

ok, soalan pertama dari PinQib : Auni ade lesung pipit ke? jawapannya ADA. heeh. dua2 belah pipi dia, ikut mama dia. hehe.

nampak x lesung pipit auni? hehe
ok soalan kedua dari Nabilah : Auni anak buah pertama AK ke? jawapannya.. YA dan TIDAK. heheeheh. 
apa ertinya? hahaa. rasanya AK pernah cerita kot. hubby akak AK duda kematian isteri, so die dah ada 3 anak. tp Auni kire anak sulung akak AK ler, anak buah pertama AK yg rasmi. heeh. eh tapi anak2 hubby akak AK pun AK still anggap anak2 buah AK. heehehe.

auni dan abangnyerr
Kalau nak tahu, Auni sgt rapat dengan ayahnya. heheeh. kire anak ayah laa. kalau die menangis mintak pujuk, die mesti tuju dekat abah dia. hehe. anak abah sungguh..

ni Auni tgh ganggu abah die bawak kreta. hehe
dok mengadu apa laa kt abah die tu..
tido pun nk tdo dgn abah...
p/s : blom ada anak dh byk citer psl anak buah, esok ade anak sendiri, makin byk le citer pasal anak. kah3

Monday, January 30, 2012

AJL26, Kritik Jom!

Assalammualaikum semua!

kerana mood AJL masih ada, AK terus nak jalankan kerja yang AK suka. memberi kritikan. kah3. suka benau aku kan.

AJL26 kali ni mengetengahkan elemen air sebgai tema. tapi.. tapi... malangnya, tak brapa naik la tema ni. kurang menyerlah. ingatkan ada byk air, banjir atas pentas ke, takpun menyanyi sambil berenang ke. eh ok over pulak. tapi overall mmg kurang menyerlah elemen tu. nampak elemen air pun masa iklan utk AJL dl je. hehe.




ok, ini semua pemenang AJL26, semua org tahu. kan kan. hehe. jadi tak payah nak senaraikan pemenang dah. hehe. cuma mari mengomen saja..

keserasian pengacara, FBI dan Sheryl mmg xleh disangkal sbb dorg mmg dah lama bergandingan kan. so overall, dorg berjaya laksanakan tugas malam tu dengan terbaik! suka part last sblm persembahan tiga suara, masa dorg gabung2 nama setiap lagu tu. hehe. best!


tahun ni, perasan tak? semua peserta kurang fokus pada gimik persembahan, semua kira nak nyanyi je tanpa gimik yg mantopkan persembahan. xmacam tahun lepas, mcm2 drama kita boleh tgk atas pentas tu, sampaikan brapa kali org kene tembak atas pentas tu. ehhe. siap kene tampar lagik. tahun ni, nan ado gimik yg best2. cuma Alyah sorg je AK rasa paling best, sbb tu mmg layak dia menang persembahan terbaik. Remy Ishak sgt membantu dengan auranya. oh. jatuh ati. tetibe.

Jac hebat! suara dia power!

persembahan Projek Pistol ok, suara pun ok. hehe. tapi mak AK xske lagu ni. bodek kuat sgt. kah2.
sgt comel kot persembahan ni. hehe. tapi arrangement muzik yg dilainkan buat persembahan sedikit janggal.
rasa mcm persembahan ni cpt sgt. tup2 dah habis. kan lg best kalau Altimet pakai mcm setan. haha.
yuna dengan kelasnya tersendiri. santai je dia nyanyi
gimik piano terbakar tu ok, cuma kureng lagi. xmacam impak masa dia lemas tahun lepas. kan kan..
comel! tapi biasa2 jelah. gimik pun mcm kurang difahami. haha
Sungai Lui sgt nostalgik ok. tp fokus pada nyanyian dh lari, sebab rasa nk tgk lukisan je. kah3.
ok. cuma tak suka lagu ni. haha.
haaaaaaaa.. suwittt!
Terbaekkk! nyanyi penuh prasaan. mcm nak nangis pun ade. sobss
mantop abis! kalau xmenang mmg xtau ah. haha.

Alyah memang layak sgt utk menang Persembahan Terbaik, sbb mcm AK cakap tadi la. nampak dia sorg je bersungguh skit dlm buat gimik persembahan. hehe. kehadiran Remy Ishak tu.. perghhh! terbaik.


overall mmg puas hati bila Awan Nano menang. sangatlah best suara Hafiz, dan mmg layak dia menang vokal terbaik! hehe. sempoi gila kot, nyanyi pakai t-shirt dgn tracksuit je, siap sinting kaki.. kah3. ikut mcm dlm video klip je. xyah pk sponsor. sesuai je pak Herman Tino jadi bapak dia. hehee.



akhir kata, moga AJL akan dtg, akan lagi best. hehe.

p/s : oh, bila tgk tahun AJL, teringat umur sendiri. chooii!

Friday, January 27, 2012

Rindu Tok Sangat2... Al-Fatihah!

Assalammualaikum semua!


semalam saat ingin tidur, asyik terbayangkan wajah arwah Tok. dan wajahnya cukup manis, tersenyum memandang aku. ah betapa hati ini rindukan senyuman itu. senyuman yang baru kerap terukir lewat usia tuanya.

masa zaman aku kecil dulu, tok adalah insan yang paling garang bagiku, sebab tu aku lebih rapat dengan wan. wajah tok susah untuk senyum. setiap kata-katanya menggentarkan jiwaku. teringat dulu, cerita mak, tok lagi garang zaman dia kecil dulu. sampaikan mak balik dari bermain kala senja, tok mengejar mak dengan parang sampaikan mak menyorok di sebalik susunan kayu api.

zaman aku kecil, tok memang garang, tapi tidaklah sampai tangannya naik. cuma mulutnya saja berbisa, lagi pedas dari cili terpedas di dunia barangkali. saat aku sudah menginjak dewasa, 2-3 tahun kebelakangan ini barulah tok jadi tidak garang. mungkin kerana usianya yg sudah lanjut membuatkan dia sudah malas hendak menjadi garang.

2-3 tahun kebelakangan ini, barulah aku nampak senyuman tok. sgt manis! tok sllu gelak bila aku buat lawak. bila aku bersalam dengan tok, tok akan gosok tgn aku smbil mengomel betapa montelnya tgn itu.

pernah sekali, tok berkata padaku.

"Bila nak kurus ni. kurus besok, barulah ada org nak."

pertanyaan itu buat aku ketawa. 

tapi kini, rasa sedih mencengkam jiwa kerana tok tidak sempat lihat aku kurus. walaupun entah bila aku mampu jadikan perkara itu satu kenyataan.

aku masih ingat wajah tok saat tok sedang mengucup jenazah wan. wajah yg kehilangan. dan tanpa disangka, tok menyusul 10 hari kemudian. ah indah benar cinta itu. cinta tok pada wan, benar-benar sejati hinggakan sehidup semati.

saat kali terakhir mengucup tok, tok berbau harum sekali, pipi tok sangat lembut. wajah tok tenang. alhamdulillah tok pergi pada hari Jumaat. InsyaAllah tok selamat dari seksa kubur kerana aku yakin tok adalah insan yang beriman, kerana tok rajin beribadah. moga tok ditempatkan bersama para solihin dan kuburnya terang berderang serta luas saujana mata memandang. amin!

esok genap 3 bulan tok pergi. cucumu ini akan sentiasa merindui tok. rindu teramat sgt. terima kasih kerana di hujung usia, tok sudi tersenyum buatku. ^_^

rindu tok...

Al-fatihah!


p/s : dulu kurang terasa bila tengok scene dlm drama, babak org meninggal berbalut kapan. lepas tok dan wan pergi, barulah terasa benar scene tu. teringat tubuh tok dan wan yg kaku siap berkapan. ah rindu benar pada mereka. 
sejujurnya, ramai yg kdg2 bila sampaikan takziah, cuma tulis Al-Fatihah, tp tidak dibaca pun pada arwah. AK mengharapkan kali ini, biarlah Al-fatihah itu dilafaz dan sampai pada mereka2 yg kita sayangi dan mereka yg telah pergi. sama2 beramal ya! biasakan yg betul, betulkan yg biasa.. ^_^

Al-Fatihah!

Thursday, January 26, 2012

Nak Cari Buku ke nak cari Makan?

Assalammualaikum semua!


erk apakah ini? haha. inilah perhiasan sempena tahun baru cina dkt shopping mall yg sllu AK pegi. hehe.
hari ahad lepas, ingat nak ke Popular sbb adik AK nak beli buku guna baucer buku 1Malaysia yg dia dapat tu. sekali sampai2 kt soping mall, TUTUP! chooi! hari Ahad Popular boleh tutup. mmg chooi btol. hahaah. mntg2 esok raya cina. mencik2. sobs. haha.

nak wat cmne lagi, dah sampai situ, ronda ajela. bile dah ronda, terhabis la jugak duit. duit siapa yang habis? duit AK la. waaaa! T_T

jom lyan gambo family AK yok! hehe.

auni dan abangnye
mereka bukan kembar.
mcm sama besar dgn belakang je. =_="
auni n mama

my mom!
the foods
serbu!





itu je. ok tata!


p/s : niat di hati, nak menulis dengan lebih serius tahun ni. tak nak meraban sangat. haha. malangnya, mampu ke? hehe.

Wednesday, January 25, 2012

Wordless Wednesday : Prince Charming Barbie Kesukaanku..

Assalammualaikum semua!

hari ni tak boleh nak wordless sgt sebab nak citer skit. haha.

hari apa ntah time cuti hari tu, ada cerita Barbie. so bangun2 terus ngadap citer tu sampaikan mak tegur AK sbb masih dok suka tgk citer barbie walaupun dh umo mak2 org. kah3.

ok, kat sini AK nak share wajah2 hero citer barbie yg sllu keluar. ada 3 org yg sllu AK nampak.

ini dlm princess n pauper ada, dlm diamond castle pun ada rasenye..
yg ni ada dlm princess n pauper, swan lake.
tapi fav AK ialah..

dalam rapunzel. nutcracker

ok pengsan. =_________=" wordlesss balik. wordless... ngeee.

p/s : nnti citer psl cuti. hehe.

Friday, January 20, 2012

Apa Itu Istidraj?

Assalammualaikum semua.

hari ni AK nak berkongsi pasal Istidraj. apa itu Istidraj?

pernah tak kawan-kawan terfikir..

si A ni tak pernah patuh suruhan Allah, tapi dia selalu dilimpahi kemewahan, hidup bahagia etc. kenapa Allah bagi pada dia? sedangkan org yg beriman dan taat pada suruhan Allah hidup susah, kadang kala ditimpa dengan pelbagai dugaan.

AK pernah jugak terfikir pasal ni. dan Alhamdulillah AK dah dapat jawapannya. jom AK share jawapannya.

Apa itu ISTIDRAJ???


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Thursday, January 19, 2012

Terkenang, Misteri di Rumah Sewa...

Assalammualaikum semua.

kisah ni berlaku masa AK duduk rumah sewa dulu. hehe. kisah misteri la jugak.

dulu, masa tahun kedua di uni, AK sewa rumah je sebab hostel khas utk budak2 baru n aktif je. so AK n kawan AK srmai 7 org kesemuanya kalau xsalah, sewa la satu umah ni. kt umah ni xde pape jadi. tp sebab jauh dr kampus, masuk sem 4 kami pindah lagi. kali ni ke umah sewa yg lebih dekat dengan kampus.

kat umah ni la. ada perkara pelik jadi.

selalunya kes hilang barang la. contoh.
ini contoh kotak tu.

kawan AK, AK gelar sbgai A la, letak 1 cd kt dalam kotak file. lepas tu sorg kawan AK, si B nak pinjam cd tu, so A soh la amik kt kotak tu. cari punya cari. xde.

si A pelik la, sbb dia yakin dia letak  tp dia anggap dia salah letak. xpelah.

lepas tu bberapa hari kemudian, AK belek kotak tu. nah! terletak elok je cd tu kt dalam tu. si A pelik. dia cakap dia mmg dia cari habis dlm kotak tu. xde!

AK pun cakap, mungkin ada jin tumpang pinjam kot. keh3.

ok sempat buat lawak lak.

lepas tu kan.. jeng jeng jeng..

pada satu hari, AK ada presentation hari tu. so dr malam lg AK dah sedia apa nak bawak. dah susun elok2 semua buku.

ini cth buku latihan AK

pastu pagi tu pun, check lagi buku-buku tu semua. mmg ade.

lepas dah siap, AK nak bawak buku tu, tup2 satu buku, jenis buku latihan yg AK catit nota dalam tu, HILANG! AK cari2 mmg xde. padahal AK ingt sgt, buku tu, AK letak no 2 dari atas. AK ingat!!

AK tnye la kawan2. ada siapa ambik tak. mmg xde!

aaa! dah lee apa yg AK nak bentang ada dalam tu.

terpaksalah AK tawakal, pergi jugak. dan bentang apa yang termampu.

selang beberapa hari kemudian..

masa AK nak capai Yasin kt atas almari, tiba-tiba AK jumpa buku latihan tu, celah2 yasin dan Al-Quran. 

berderau darah masa tu.... pelik sangat.

AK tanya lagi budak2 umah, siapa yg buat naya kat AK tu. mmg xde sape ngaku. dan AK yakin yang mmg dorg tak tipu.
so, AK buat kesimpulan. mgkin ada jin dalam rumah tu. wallahu alam.

misteri tak? misteri tak?? hehehe.

kalau ade kawan2 seumah AK bace entry ni, mgkin dia ingat gak kot. hehe.

Wednesday, January 18, 2012

Tuesday, January 17, 2012

Perkembangan Auni?

Assalammualaikum semua!


dah terlalu lama tak berbicara tentang Auni. tak share perkembangan dia, kan?

oh bukannya sebab dah tak sayang, ah tak mungkin! hahaha. sapa tak sayang anak sedara oi. sekejap benau masa berlalu, Auni dah nak menginjak 2 tahun. hehe.

apa perkembangan Auni?

banyak sangat aih yg berkembang. haaha. tp yg paling utama, otaknya. kah3. cerdik sungguh budak niii. sampaikan org ingat dia lagi berusia dr umur dia tu. hehe.

ini anak patung Auni. namanya Mas. hehe

Auni dah boleh mengira sampai sepuluh, dalam bahasa Inggeris. hehe. tp kene sebut la, baru dia ikut. mcm AK cakap one, dia cakap two. cmtu ah. hehee.

aktiviti pertama yg dia akan buat kalau dtg ke umah AK, ialah menuju ke laptop AK pastu jerit.

"Atun.. atunn.."

dia nak tgk kartun. heeh. tapi dia paling suka tengok citer Mr. Bean kt dalam laptop AK. hahaa.

bila bukak kartun, terus dok senyap. siap sangkut dagu dekat meja. hehehe. comel sgt.



air kegemaran Auni, ialah air Nescafe. ni sume mama dia la punya asal, kecik2 dh ajar minum nescafe. hahaa. mmg fav die la jadinya. pantang dapat air nescafe, minum tak hengat dunia.



lagi satu, Auni pandai bukak barang-barang yg baby sllunya tak reti bukak. haha. ni bukan baru-baru ni baru dia pandai. tp sebelum umur dia masuk setahun lg, cuma AK xcerita aje. hehe.

tau x, bedak talkum tu, dia sendiri pulas, sendiri teraburkan atas lantai. telefon AK yg jenis lipat tu, senang aje dia bukak. itu mmg mainan dia la. tp kadang2 tersepit tangan dia, menjerit jugak la. hehe.


tapi Auni sgt susah nangis. dia cuma nangis kalau tengah mengantuk, org Penang kata, tengah bebai. hehehe. kalau dia jatuh ke, terlanggar meja ke, dia senyap je. xnangis apa.

pernah sekali, kasut dia tercucuk paku. dia relaks je xngadu apa2. cuma dia jalan terhencot-hencot. lepas tu bunyik auch auch. hahaah

auni mmg kental.

ah byk btol AK nk citer psl Auni. tp malas benar menaip. ahaha. nnti AK smbung lg eh psl Auni. heheeh.


Related Posts with Thumbnails