~~Pembaca Yang Setia~~

Thursday, June 10, 2010

Apa Erti Sahabat?


Sahabat itu seorang yg akan berkongsi suka duka dengan kita...
tetapi mengapa dirimu xpernah mahu bertanya soal diriku? soal sukaku? soal dukaku?
yg kau tahu, semuanya tentang dirimu, dirimu dan dirimu...

Sahabat itu seorang pendengar yg setia...
tetapi mengapa kamu tidak pernah mahu mendengar?
aku saja yg perlu mendengar dan terus mendengar..
cukup saja aku berkata hmm...
kamu tidak mahu ku berkata apa2 lagi...

Sahabat itu akan sentiasa menyokong sahabatnya susah dan senang...
tetapi mengapa kamu selalu menolak aku lebih dlm ke dlm kesusahan?
mengapa kamu tak pernah menyokong dan memberiku kata semangat?
yg kamu tahu hanyalah mengejek dan mengherdikku...

Sahabat selalu menjaga hati sahabatnya...
tetapi mengapa aku yg sllu mahu menjaga hatimu, menginginkanmu tidak disakitiku,
sedangkan dirimu tidak pernah kisah andai aku terasa hati...
kamu xpernah menyedari yg hatiku kau sakiti...

aku sentiasa mencuba utk menjadi sahabat yg baik bagimu.. tp mengapa dirimu xpernah peduli perasaanku?

p/s: maaf, sedang beremosi... huhu.. haish~~

No comments:

Related Posts with Thumbnails