~~Pembaca Yang Setia~~

Thursday, June 3, 2010

Terharu dengan Jihad Ini~

Sukarelawan Turki minta doktor kita beri bantuan perubatan kepada askar Zionis cedera



KUALA LUMPUR: Seorang sukarelawan Malaysia, Dr Syed Mohd Haleem Syed Hassan yang berada atas kapal Mavi Marmara ketika diserang, sempat merawat dua anggota komando Israel yang cedera terkena tembakan rakan mereka sendiri. Beliau berkata ketika serangan dilancarkan, keadaan menjadi tidak terkawal sehingga dua tentera Israel tertembak sesama mereka, seorang pada tangan dan seorang lagi agak parah dengan dua kesan tembakan pada dada. “Saya terharu apabila ada beberapa orang Turki membawa tentera yang cedera dan meminta saya merawatnya. Ketika itu beberapa orang Turki lain cuba menghampiri untuk mengasari komando Israel, tetapi dihalang petugas lain.

“Malah, pemerintah kapal menghalang kami bertindak kasar terhadap mereka. Rawatan yang diberikan juga sangat teliti dan selepas itu mereka diletak di tepi kapal. Tiba-tiba dua tentera itu sendiri terjun ke laut untuk menyelamatkan diri sedangkan kami langsung tidak mengancam mereka.
“Tangan mereka juga tidak diikat. Rawatan yang diberikan kepada tentera Israel menunjukkan betapa semua sukarelawan bukan pengganas. Kami langsung tidak mengasari mereka meskipun ada peluang untuk berbuat demikian.” katanya.

Dr Syed Mohd Haleem berkata, ketika serangan bermula selepas solat Subuh, keadaan atas kapal menjadi huru hara dan ketika itu beliau menerima panggilan petugas Turki yang memintanya segera ke bahagian atas kapal.

“Di situ, kelihatan tiga sukarelawan cedera parah. Seorang ditembak tepat antara dua kening dengan otaknya terburai di belakang kepala tetapi gagal diselamatkan. Tiga lagi yang cedera parah perlu menerima rawatan lanjut segera, namun gagal mendapat kerjasama tentera Israel.
“Saya meminta tentera Israel membawa tiga yang cedera untuk dirawat, tetapi jawapan yang diberikan membuka pekung mereka sendiri. Kata mereka, ini adalah kawasan perairan antarabangsa dan sukar membawa pesakit keluar.
“Mereka sendiri yang akui perkara itu.

“Selepas dirunding beberapa kali, barulah pesakit dibawa keluar. Seorang daripada mereka adalah wartawan Indonesia yang cedera parah yang tertembak pada tangan.

“Boleh dikatakan, dalam masa tak sampai lima minit, kapal berubah menjadi hospital,” katanya.

Beliau berkata, dalam kapal yang disertai sukarelawan dari hampir 50 negara itu termasuk seorang bayi berusia dua bulan setengah dan warga emas berusia lebih 80 tahun.

Dr Syed Mohd Haleem berkata, ketika tiba di Ashdod, rakannya, Dr Arbaie Syawal yang sempat mencium dahi tiga mayat sukarelawan Turki mendapati mereka berbau sangat wangi seperti wangian kasturi di Uhud.

-ihsan Berita Harian Online-

terbaca berita ni di BHarian Online td. perasaan bercampur baur.
~rase terharu sgt dgn semangat perjuangan saudara muslim kita yg masih lg bersimpati pada komando israel yg cedera walopun diserang bertubi-tubi oleh tentera israel.
~sedih pun ada mendengar syahidnya beberapa org sukarelawan yg mneyertai misi bantuan ini. moga mereka bersama para syuhada di syurga..amin.
~gembira sebab semua tahanan dh dilepaskn oleh tentera israel.
~geram sgt sbb israel xberperikemanusiaan... kapal yg bwk bantuan kemanusiaan pn boleh diserang dgn peluru berpandu. semoga Allah melindungi mereka sekelian yg berjihad demi saudara kita di Palestin.amin...

kesan kerakusan Israel merampas bumi Palestin..

2 comments:

shaffique said...

memang terharu baca cerita ni.. musuh sendiri pun kita rawat..


My latest entry : Design Kasut Nike Yang Awesome !

Aliesha Kirana said...

btol2...sedih pn ade..dorg mmg kejam...sob..sob... alfatihah buat para syuhada di atas kapal.

Related Posts with Thumbnails