~~Pembaca Yang Setia~~

Wednesday, December 1, 2010

Maksud "Akum" dan "As Salam" dan kisah lucu di sebalik kisah ini....


Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

السلام = keamanan..... baik gunakan ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”.

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah “WAALAI KUMUS SALAM” dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu “WAALAI KUM SALAM”.

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr… Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer”. Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana “A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana “Semekom” bermaksud “Celaka Kamu”. Gunakan perkataan “Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum.”

Tolong forward kepada umat Islam yang lain, untuk elakkan diri daripada membuat dosa.. Sekian, semoga ada manfaatnya.


Salam semua!

oppss..dh bawah ni baru nak bg salam.. just nk bg semua baca dl yang atas ni.. ya, ini utk pengetahuan semua... harap dpt jadi panduan..

AK mmg dh lama pun praktikkan perkara di atas, sebab agak lama jugak AK dgr psl hal ni.. perkataan akum mmg AK dh xguna n ganti dgn salam..

tapi yg bye tu baru2 ni baru AK tau.. n AK mula praktik ayat lain.. selalunya AK akan guna perkataan babaiii...
nak dijadikan cerita, satu hari sedang asyik masyuk berchatting dengan kekasih sahabat terchenta..... pastu konon2 nak tamatkan la persidangan kemuncak itu.. mulalah kluar ayat2 nak keluar dari chat...

pastu AK pn  taip laaa babaiiiii dengan penuh yakinnya... siapa ada tanda seruan... n terus tekan enter..

tahu tak keluar apa?

jadik BA*I !!!!! aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! malu gilerrr!!!

typooo la.. dh la yakin terus tekan enter.. terkejutttt kawan AK... hahaha.. die ckp... boleh praktis balik "dont judge AK with her tudung..." lalaalala..
eh psl quote tu nnti la AK imbau balik kisahnye ok! hahaah...

tapi mmg malu ya amat.. hahaah.. mcm maki pun ade jugak siap ade tanda seruan bagai.. haahah.. pas pas ni, setiap kali nak taip perkataan babai, AK akan check dl.. xmo pisang berbuah 2x..hahaah!

eh pe pe hal pn sila jadikan panduan ya perkara di atas..

Babaaii!!!!!

6 comments:

Hizami Li said...

waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
wah.
termencarut secara tak sengaja.
XD

Qib said...

hehe.. nice info AK. tengs for shring here with all of us,.,.cheh.. cakap omputeh..

Aliesha Kirana said...

zami : xsengaja xpe kn..hahahaah

qib : sama2 ahahah~

nabilah_2908 said...

sy pun dh lama tahu tntg ni...tu yg "bye" jd buybye...

"akum" tu pun sama gak...pernh juga sy baca tntg perkataan "Salam" ni pun tk berapa baik..

sebaik-baiknya sebut penuh...

Assalammualaikum.... (^_^)

faizalnizam said...

terimakasih kerana berkongsi. good info :)

ardinihumaira said...

:) tu la kan.. kalo nak selamat, dalam sms janga dok singkatkan perkataan yang baik maksudnya dalam Islam...

Related Posts with Thumbnails