~~Pembaca Yang Setia~~

Friday, December 24, 2010

Contest Cerpen Sesedap Rasa~

Salam semua!

AK nak menjoinkan diri dalam kontest ini kejap.. huhuuh... dah lama nampak kontest ni, tapi asik tak sempat je nak buat.. almaklumlah..nak menulis kene tunggu mood..hahaha~




Jom la join ramai2 k.. KLIK JE GAMBAR ATAS NI...

Hadiahnye pun menarek..hehehe~

meh kite tgk cara penyertaan  dl ek..
okeh.. skrg baru AK boleh menulis... tehee...

---------------------------------------------------------------------------------------------------


Ain Zulaikha merenung gambar Jang Geun Suk, pelakon Korea kegilaannya yang dijadikan penghias skrin laptopnya.
“Owh, Tae Kyung Oppa, mengapakah dirimu begitu kachak?” Ain Zulaikha meraban sendiri macam orang gila. Dirinya dah terbayang tengah bermain kejar-kejar dengan mamat korea itu di dalam sebuah taman yang indah. Oh lupa pula nak beritahu, Tae Kyung Oppa itu watak Jang Geun Suk dalam You’re Beautiful. Hehe.
“Miao, miao….” Tiba-tiba Bool, kucing jantan kesayangan Ain Zulaikha muncul entah dari mana. Semakin lama semakin nyaring hingga hilang konsentrasi Ain Zulaikha nak berangan bercinta dengan pelakon Korea itu. Kalaulah boleh dialih bahasa, pastilah kucing itu sedang memberitahu Ain Zulaikha betapa laparnya beliau.

Ain Zulaikha  renung wajah Bool dengan wajah masam mencuka, geram sebab Bool mengganggu angannya. Bool pandang wajah Ain Zulaikha , Ain Zulaikha pandang balik, kali ini dengan renungan lebih tajam dan garang, tapi Bool tak henti mengiau dengan penuh kemanjaan dan pengharapan. Sudah seharian dia menunggu makanannya namun sampai sekarang tak kunjung tiba. Dia dah fedup!
Ain Zulaikha yang pada mulanya marah pada Bool sebab ganggu mimpi di siang harinya akhirnya berubah menjadi lembut bila wajah Bool dah macam watak Pussy In The Boots dalam Shrek. Comel yang amat.


“Yelah, yelah. Jom cepat,” Ain Zulaikha bingkas bangun dan menuruni anak tangga sambil diekori Bool yang sudah girang.
Ain Zulaikha  segera menyelongkar dapur mencari kotak Friskies, makanan kegemaran Bool, tapi entahlah lazat ke tidak sebab Ain Zulaikha tak pernah cuba rasa. Gila ke hape nak merasa makanan kucing. Cari punya cari, yang tinggal cuma kotak kosong. Ain Zulaikha pandang Bool, muka Bool dah macam wajah kebuluran tak makan setahun, bunyi ngiau pun dah makin perlahan, risau Ain Zulaikha tengok. Nak bagi makan ikan goreng je, tak lalu pulak si Bool ni, mengada mengalahkan kucing import, padahal kucing kampung je. Haha.
Ain Zulaikha ambil keputusan untuk pergi membeli Friskies dengan berjalan kaki ke kedai serbaneka berdekatan rumahnya, Bool pun tak mahu ketinggalan, mengada je nak ikut sama, jadi menononglah kucing dan tuan punya kucing itu ke kedai.

-----------------------------------------------------------

Sampai je tepi jalan, laju saja Bool melintas tanpa lihat kiri dan kanan, almaklumlah, kucing bukannya tahu langkah keselamatan jalan raya. Ain Zulaikha tak sempat halang Bool sampaikan nyaris Bool dilanggar sebuah teksi.
“Srettttt!” brek ditekan pemandu teksi itu sebelum dia menjenguk keluar tingkap.


“Wei kucing, tada nampak ka ini teksi? Buta ka hapa? Aiyooo…” seorang lelaki lewat empat puluhan berbangsa Cina marah-marah.
Merah ang-ang warna teksi tersebut, naik silau mata Ain Zulaikha. ‘Sapu minyak ke teksi ni? sampai berpinar bijik mata aku ni, patutlah Bool main lintas je, tak nampak dah teksi ni…’ Ain Zulaikha mengomel sendirian.
“Sorry uncle, kucing ni mana tau you cakap apa ma!” Ain Zulaikha membalas bagi pihak Bool.
“Oh, dia tadak tau bahasa, tapi you tau ma, lain kali jaga baik-baik la ini kucing, apa la… kucing sama tuan sama bodo…”
“Apa ni uncle, main cakap bodoh-bodoh ni, sekali gua cepuk lu, baru lu tau!” Ain Zulaikha geram, segera dilampiaskan amarahnya sampai keluar habis bahasa gangsternya walaupun tak pernah berguru dengan mana-mana gangster.
“Adik sabar adik, kita ada budi bahasa,” suara mamat macho mana entah, tiba-tba je bersuara, buatkan Ain Zulaikha terdiam terkesima, terpana. Cepat-cepat dia berpaling.
“Relaks uncle, benda kecik pun mau gaduh ke? Sudahlah, tak yah kecoh-kecoh,” Ain Zulaikha terkaku saat melihat lelaki itu bercakap bagi pihaknya, menenangkan pemandu teksi yang gila meroyan itu.
“Lain kali mau lintas tengok dulu la, chi sing!” pemandu teksi itu terus memecut laju teksinya setelah mengomel seketika dalam bahasa yang sukar difahami walaupun Ain Zulaikha tahu memanglah itu bahasa cina, cuma Ain Zulaikha keliru sama ada itu bahasa Mandarin atau Kantonis. ‘Ahh lantak la, janji mamat sebelah ni encem!’


Ain Zulaikha  terus rasa macam di awangan bila tengok wajah laki tu, sekali sebijik sebijan macam Jang Geun Suk! Mau tak ke awan Ain Zulaikha dibuatnya…
“Adik nak pergi mana ni, kenapa jalan sorang-sorang?”
Alamak cair! Camne ni?
“Err, tak sorang la abang, ni ada ni,” Ain Zulaikha menunjuk ke arah Bool. Lelaki itu ketawa kecil, lucu barangkali.
“Comel la, jalan-jalan dengan kucing, berapa umur adik ni? Tujuh belas tahun ek? Tengah tunggu SPM kan? Betul tak abang teka?”
Ain Zulaikha  terkedu. ‘Hampeh! Mentang-mentang badan aku kecik, semua ingat aku baru lepas SPM, padahal….’
“Saya dah kerja la, umur dah dua puluh empat!”
“Aaa…” mulut mamat tu terlopong, tak percaya. Ain Zulaikha sengih je, dah biasa dengan perkara tu sebab ramai yang selalu ingat dia masih budak sekolah.
“Sori, sori, saya ingat awak sekolah lagi. Jadi samalah kita ek. Saya pun dua puluh empat tahun.”
tak tanya pun…
“Err, alang-alang dah jumpa kat sini, jomlah saya belanja makan. Saya pun lapang je ni.”
Ain Zulaikha  terdiam. Berkira-kira nak ikut ke tak nak.
Ain  jangan ikut… kan mak pesan jangan ikut orang yang tak dikenali…
Tapi tu pesan mak masa aku kecik-kecik dulu. Sekarang aku dah besar.
Sama je Ain, nanti jadi apa-apa, kau yang menyesal tak sudah.
Tapi kalau dia ni jodoh aku tapi aku tak rebut peluang ni macam mana…
Err, baik, ikut jelah.
Erk! 
Ain Zulaikha nekad. Kepalanya diangguk seraya mengekori langkah mamat itu.
“By the way, saya Arill Zarief.”
“Err, Ain, Ain Zulaikha.”
Saat Arill Zarief ke tandas sebentar saat di restoren, Ain Zulaikha cuba menelefon Anis, teman serumahnya untuk memberitahu di mana dia berada, sebagai langkah keselamatan, bimbang jika apa-apa berlaku padanya nanti, boleh jugak Anis mencarinya di situ. Dua tiga kali Ain Zulaikha mencuba, talian masih tak bersambung. Ain segera menyemak baki kredit di dalam telefonnya.
“Patutlah!” Ain menepuk dahi. Baki kreditnya cuma tinggal beberapa sen. Pantas dia menghantar mesej, meminta Anis berkongsi topup dengannya. Selalu dah Ain buat macam tu, tapi mujurlah Anis bukan jenis berkira, dapatlah jugak Ain Zulaikha tumpang harta. Hehe.

‘Mintak-mintak Anis baca mesej ni.’ Ain Zulaikha menunggu balasan dari Anis tapi, tak juga kunjung tiba. Gelisah Ain Zulaikha dibuatnya.
“Awak nak guna telefon ke? Nah, gunalah telefon saya ni.”
Selamba badak aje Arill yang entah bila tercongok di depan Ain Zulaikha,  menghulurkan Blackberry mahalnya pada Ain Zulaikha tanpa sebarang ragu.
“Err, tak apalah.”
“Awak nak telefon siapa? Polis ke? Entah-entah awak nak report yang awak konon-kononnya kena culik dengan saya kan?” Arill menebak.
Ain Zulaikha terkesima, memang dia ada rasa takut, tapi tak adalah sampai nak report polis, kecualilah dah sampai tahap genting macam Arill bawak dia ke tempat sunyi ke. Oh tidak!
“Hmm, makanan dah sampai ni, jomlah makan.”


Ain Zulaikha angguk, sambil merenung nasi ayam dan segelas air kola di hadapannya. Erk makan?
“Bool!!!!” tiba-tiba Ain Zulaikha menjerit nyaring.
“Kenapa awak ni? Nampak hantu ke?”
“Bool! Saya lupa… Bool belum makan!” Ain Zulaikha berteriak sambil mencari Bool yang rupa-rupanya tengah menunggu Ain di luar restoren. Kesian…
------------------------------------------------------
Itulah bagaimana kisahnya Ain Zulaikha bertemu Arill Zarief, jodohnya dalam situasi yag tidak dijangka, hehe. Genap setahun perkenalan, mereka pun selamat diijabkabulkan. Bak kata orag tua-tua, jodoh itu ditangan Tuhan, cuma lambat dan cepat je. Yang penting bila dah jumpa orang yang disukai, kejar saja dia, tak salah mencuba kan? Tapi janganlah sampai lupakan kucing kesayangan pulak! Haha.
 TAMAT!
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

sekarang AK nak tag...



SELESAI!

kawan2 pun meh la join.. ada masa lagi..esok last...cepat2..chaiyok!

p/s : cerpen ni mmg cerpen sesedap rasa je AK bantai.. hahaha... semoga memenuhi syarat kontest.. heheeh~

5 comments:

Ain Zulaikha said...

thanks join, apa2 update akan diberitahu :) gudluck.

Hizami Li said...

wow.
zami tak reti pulak nak bercerpen ni.
merepek tu tahu la.
XD

ardinihumaira said...

alamak..
dni tak sempat nak mengarang la Ak. hehe :D

Prince Halilintar said...

prince xpandai sgt nak bercerpen ni..hehe..tolong bace je la eh..=)

Qib said...

sah. da tau sangat mesti AK wat cerita jiwanggg
novelis katakan

Related Posts with Thumbnails