Assalammualaikum semua!
kat umah AK, ade bela ikan keli tau. bukan besar pun, dalam panjang pensel je. dulu tangkap ikan keli tu kat sungai. masa tu lagi kecik, besar klip kertas jek. kecik amat! erk mentang-mentang kat ofis, abis semua perbandingan dengan stationery!
skrg bela dia, dkt 6 bulan dh. jadik la besar pensel dan gemok! haha. keli ni bukan jenis itam tu, die jenis ada bintik2. mak AK ckp, keli limbat. entah la. encik Keli tahu la kot. huhuhhu.
contoh.
ikan keli ni kami letak dgn ikan emas sekali. tapi baru-baru ni ikan keli ni kian ganas, ditokaknye ikan emas AK smpai luka, nmpk isi merah dia.. waa! seb bek xmati, ikan emas AK. ikan keli ni suka kejar2 ikan emas tu. sbb dh luka, ayah AK pun asingkan la dorang.
mak AK pulak mengkreatifkan diri, tebuk la balang, buat tempat utk ikan keli tu.
nak dijadikan cerita, pagi2 tadi, AK bangun, AK jengoklaaa ikan2 AK. pastu.. tengok2 dlm balang ikan keli. KOSONG!!
pastu kn, kt tepi kaki AK, rase geli-geli geleman. AK tgk bawah! aiyarkk! keli AK atas lantai dok menggelupur. waaa!
AK dh la geli nak pegang beliau!! AK cari la mangkuk n kain nk pegang dia. dalam geli geleman tu angkat jugaklah dia. tp kan.. tgh masukkan dia dlm balang atas peti ais tu. dia jatuh lagik!!! (-_-") kali ni belakang peti ais! (-_-")
waaa! habis satu umah AK menjerit, adik AK yg tgh tunggu SPM dgn adik AK yg demam xpegi sekolah tu pun bangun dr tdo. km cari la blkg peti ais bawah kabinet semua.
AK dah cm xmengharap dh. AK kata "matilah.. matilahhh..."
tgk2 ade mende menggelupur bwh kabinet. AK soh adik2 AK amik. sorang pun tak berani. last2 AK jugak kena. aaa gelii!!
dpt2 terus AK masukkan dlm balang, tutup blng bg skit je ruang udara. letak batu besar jugak atas.
fuhhhhhhhh! mencemaskan betul laa..
entah laa apa jd kt keli tu. dh le lama dia atas darat, pastu brsalut debu bawah kabinet. aiyoo.. tawakal ajelah. keli oh keli. sila bertabah. (-_-")
3 comments:
semakin aggresif ikan keli tu yer... :)
moga2 selamat la hendaknya... :)
jom ke APA KATA HATI pulak,
KENAPA SOROKKAN SHOUTBOX
assalamualaikum
salam ziarah dan folo blog ini..
wah!!!jarang org bela ikan keli..tapi mmg ikan keli bila dah besar agak agresif kan
setahu prince ikan keli boleh hidup beberapa jam lama wpon tanpa air..so,jgn AK risau klu baru beberapa minit die xduk dlm air..hehe
Post a Comment