Assalammualaikum semua!
ini entry muhasabah diri sikit, cmpur entry pembangun jiwa pembasuh minda. chewah! ayat berilmu sungguh. hihi. sekadar nak berkongsi sesuatu yang sering kita lupa.
Jangan sesekali ikut nafsu amarah!
ok, syaitan memang dok gelak sakan bila kita marah kan? heehee. eh AK bukan setan, tergelak sekali pulak. (-_-") bukan setakat tu aje, hubungan persahabatan pun boleh retak dek kerana amarah.
hidup ni takkan lari dari kesilapan tapi bila dalam amarah, memang kita akn buat silap.. kan?
ok AK kongsi satu cerita.
AK (bukan nama sebenar haahah!) penah diselubungi rasa marah sampai AK rasa AK yg betul, kawan AK yg salah. smpai AK n dia tak bertegur sapa. gara-gara satu insiden yg membuatkan AK bengang. AK marah sgt masa tu. kenapa die sanggup buat mcm tu kat AK. lepas dh lama xbercakap, barulah kami adakan luahan hati ke hati, AK ckp la AK xpuas hati kenapa dia buat mcm tu.
lepas tu baru AK tau, AK yg salah sebenarnya, sebab AK yg mcm tak bersungguh nak tolong dia mcm tu. mcm xsupport dia. dia nampak AK mcm xikhlas tlg die. but honestly AK mmg ikhlas, cuma mungkin cara AK masa tu, yg memang suka mengusik orang, tapi gurauan AK tu disalaherti.
AK pulak dikaburi nafsu amarah smpai rasa AK betul, dia salah. oh kejam kan AK? (-__-")
but now AK realise, semua manusia xkan lari dari perasaan marah. tapi bila kita marah, semua kebenaran akan nampak kabur di mata kita.
AK dah sedar kesilapan AK. hope orang lain pun jgn ikut sgt nafsu amarah, nanti menyesal. cara mudah utk tak ikut nafsu amarah ialah, lari dulu dr org yg kita marah tu. biar kita sejuk, then dengar penjelasan dia. if penjelasan dia masih menunjukkan dia salah. choose to forgive her/ him. but honestly memaafkan tak bererti melupakan kan?
memang senang nak maafkan tapi nak padamkan ingtan tentang perkara tu memang susah. tapi jika kita ikhlas berkawan dengannya, tolong maafkan kekhilafan dia dan terima dia dengan tangan terbuka. tolong jgn ikut ego masing-masing ya. AK dh saksi sendiri kehancuran sebuah persahabatan dek kerana ego masing2. dushhh!
buang nafsu amarah tu dengan selalu berada dalam keadaan berwuduk ok! wuduk bukan takat sejukkan badan, tapi juga boleh sejukkan hati kita. dengar tak ni adik2. hahaha. eh tapi jgn takat amik wuduk je. solat jgn tinggal, sebab solat tu penghapus nafsu amarah jugak. hehe.
hah! kan dh terbagi ceramah motivasi dh ni. hihihih...
p/s : AK selalu kalu tgh bengang dengan apa2, AK tdo. pastu bangun AK dh lupa masalah tu. haha. sebab tu la AK bulat kot. (-__-")
3 comments:
klu kite marah jgn terlalu ikut perasaan, emosi atau nafsu sbb syaitan sentiasa suke untuk mempedayakan kite..malah menggeruhkan lagi keadaan kdg2 sbb kite asyik fikir yg buruk saje ketika marah..
Jadi, jgn marah2 nanti kene jual..hahaha:p
dni pon gtu, Ak hehe
betul tu..kalau marah2, tido adalah terapi yg bagus...hehe
Post a Comment