~~Pembaca Yang Setia~~

Monday, January 3, 2011

Permulaan 2011 Yang Menyedihkan.. AL FATIHAH!

Assalammualaikum semua!

dah lama menyepi heeheh.. smpai tak sempat nak ucap...

Selamat Tahun Baru 2011!!!

tak rasa sangat pun mcm dh tahun baru kan? rasa mcm sama jek.. hehehe... tapi dalam kegembiraan kita menyambut tahun baru, rupanya tanpa sedar, ada insan telah pergi meninggalkan kita.

baru je AK dok asyik melayan cerita Tiramisu n menyampah dengan wataknya yg suka main nombor ekor tu. tup-tup dgr khabar yg dia telah pergi untuk selamanya...


KUALA LUMPUR: Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira jam 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Jalan Tun Razak, di sini akibat serangan jantung.

Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira jam 9 pagi, akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.

Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan.

Abang pelakon itu Shaiful Yusof, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit Rawatan Rapi (ICU) PUSRAWI, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves jam 10 pagi esok.

Antara artis yang dilihat menziarah jenazah Allahyarham di hospital ialah pelakon Abby Abadi, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Amyza Adnan dan Pierre Andre.
Sementara itu Abby Abadi yang ditemui, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Faizal adalah bulan lepas ketika mereka bermain futsal di Bukit Jalil.

"Dia seorang yang amat kelakar dan terkenal dengan sikap gila-gila dia. Ramai-ramai kawan yang pergi, dialah yang paling saya terasa kehilangannya," katanya yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam drama Manjalara di TV3. - BERNAMA

sumber : Berita Harian Online

Al-Fatihah buat Faizal Yusof.

p/s : paling suka watak Allahyarham dalam citer Manjalara, sbb sweet je, baik n sepadan dgn Ayu Raudhah.

3 comments:

nabilah_2908 said...

tul tu..terkejut bila dengar berita kematian arwah...mcm tak percaya jer kan..?

al-fatihah.....

jom ke APA KATA HATI pulak,
ENTRI MAKAN-MAKAN

Prince Halilintar said...

arwah pun ade belakon sekarang kat tv3 cite tiramisu..best gak citer tue.

Al-fatihah buat arwah..

g@Ry DaNi@L said...

al-fatihah..

Related Posts with Thumbnails