~~Pembaca Yang Setia~~

Monday, February 28, 2011

Video : Nama Pun Sampah!

Assalammualaikum semua!

ok, esok la AK citer psl wedding tu eh. ari ni malas nak menaip dh. byk keje ni. haha.. just nak share satu video ni..

dah ramai kot yg post psl VLOG mamat ni. heeheh. tp AK nak share jugak. haha. ramai yg share psl video drama streotaip melayu tu kn. tapi AK nak share pasal video lagi satu ni. hehe..

sbab AK mmg pencinta alam dan AK sgt benci org yg buang sampah merata-rata jadi AK mmg sgt suka video ni. hahaah!



tabik spring pada yang buat video ni. bkn takat lucu, tp member pengajaran. i loiikeee! heheheeheh.

A Moment of Cda's Wedding! Part 1 - journey to KL~

Assalammualaikum semua!

maaf la, AK sgt busy la hari ni. (-_-") ... baru cuti sehari, dah mcm2 pulak yg menunggu AK. fuhh.. sabo jela.. inilah nasib makan gaji kn. hehehe..

cuti? aah pegi jalan-jalan kenduri kat KL. my bestfren kawen. hehe.. wajiblah pegi. hahaha. hmmm.. pasal tu, nnti AK citer eh. cuma nak citer psl pengalaman sepnjg perjalanan naik bas dulu hehe.


dah hampir 3 tahun kot, tak nek bas express. hahah.. so the scary lak tetiba. mula lah terbayang mcm2. dah la baru lepas tgk video excident petang tu. hahaah.. amat lah seriau nk pegi. tapi Alhamdulillah, perjalanan berjalan dengan amat lancar.

AK balik dr kerja terus siap-siap, dlm kol 7.15 bertolak ke stesen bas... terbukak je pintu bas tu terus AK terjah. hahah.. dpt pulak seat sorang2, pergh nikmat. hahaha.

bas gerak around 8.10 mlm. smooth je. xdelah pulak terjebak dengan apa2 prob. alhamdulillah.

dok dlm bas, rasa syahdu. cewah, biaselah, dok dlm bas gelap2 mestilah layan perasaan. hahaha. tapi xdelah tertidur sgt. tidur2 ayam je org ckp. haha. bas terus bergerak sampai ke simpang pulai, baru die berhenti. itupun just kt stesen minyak utk kami semua pergi toilet n beli stok skit2 kt kedai.

then smpai kat KL around kol 12.45 gak la. hmm. kt Bukit Jalil. heheeh. dah la AK cm xbiase ngan KL, last pegi KL around 2006. cuak beb! hahaah.

pastu kawan2 AK blom smpai sebab terparking jauh, so AK tunggu la kt ctu dl. nak jadi cerita, botol air yg AK bawak terjatuh. betul-betul kat sbelah mamat yg agak ensem.

 
mujur tak sehensem geun suk ! haha!
tau x, die boleh buat bodo je kat botol tu. AK tau la AK xlawa. tp jgnlah smpai xde budi bahasa, tlg la amikkan. eeei.. terus mcm, ah reject2. malang ah org dpt ko! xde budi bahasa tol. haha. cmtu la geramnye AK.

bukannya kebulur sgt nak die angkt n hulur kt AK, tp at least try la to be gentleman n tlg. fuhhh.. cm hampeh jek kan. 

ok sampai situ je dulu. nnti AK smbung balik eh. heheeh..

p/s : muka ensem tapi no manners tak guna gak kn. tak gentleman lansung. huh!

Friday, February 25, 2011

Mahu Ke Kuala Lumpur hari ni! hihihihih~

Assalammualaikum semua!

mcm AK ckp, AK nak citer kan, kenapa AK berkemas pagi tadi sampai terlepas bas kan? hahaha. sebenarnya.. hehehe..

AK nak pergi KL malam ni.

untuk apa? hehehe.. kawan baik AK nak kawen la. sob sob.. T.T. eh bukan sedih. happy sgt. heeheh.

jap2 nak tunjuk gambar kejap.


 ok cepat teka, antara 4 orang ni siapa kawen dl...

siapa2.. heheehe


ini kire geng AK mase matrik dl la. eh abaikan tudung AK yg tak berkelepet tu. sgt mls kelepet tudung. hahaah... 

ok cepat teka!


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

tetttt!

masa tamat. heeheh..

sebenarnya kawan AK yg ni yang nak kawen... hehehe


heheehe. sila percaya. AK pun tak brape caya lagi sebab antara kami berempat, dia yang paling kecik n cm budak2.. tapi dh jodoh kan. hahaha..

malam ni AK bertolak kol 8 naik bas. n balik ari ahad nanti.. heheeh

ok la. nanti AK balik dr KL, AK citer lagi eh. eheheh.. tata semua!

p/s : doakan perjalanan AK pergi dan balik selamat eh. eeheheh... nak mkn nasi minyak!

1st time tertinggal bas. T.T

Assalammualaikum semua!

tau x, tadi kan AK tertinggal bas. (-__-")

sebabnya.. er.. salah AK kot. hahaha. selalunya mmg AK bajet timing mantop punya. sampai2 dlm 2 saat bas sampai. takpun AK akan sampai awal dari bas.

tapi tadi AK xsempat. lagi 25 meter nak smpai kt bas, bas dah jalan. (T.T)

AK terlambat tadi sebab tengah berkemas. berkemas? nak pergi mana? nnati petang AK citer eh. heeheh.


oh bas. smpai ati tak tunggu AK, padahal AK naik die hari2 xpenah miss. (-_-")

ok, ini first time sepanjang AK pergi kerja naik bas, AK tertinggal bas. haru kan? dl mana nek bas buruk tu dulu, dia akan tunggu regular passanger die. so kalu terlambat skit pun xpe sbb die tunggu. bas rapid ni... baru tertinggal 1 saat ke belakang dh terlepas. T.T

bas ni walopun dh buruk, tapi dulu die tunggu AK..

oh ok AK, jgn salahkan bas. salah kan dirimu. ye baik!

pastu bila dah tertinggal bas ni, nak tunggu bas yg seterusnya, setgh jam kemudian baru ada. (-_-")

AK masuk keje yg kol 8.50 tadi padahal ofis hour start 8.30. huk huk.

Thursday, February 24, 2011

Jangan ikut Nafsu Amarah!

Assalammualaikum semua!

ini entry muhasabah diri sikit, cmpur entry pembangun jiwa pembasuh minda. chewah! ayat berilmu sungguh. hihi. sekadar nak berkongsi sesuatu yang sering kita lupa.


Jangan sesekali ikut nafsu amarah! 

ok, syaitan memang dok gelak sakan bila kita marah kan? heehee. eh AK bukan setan, tergelak sekali pulak. (-_-") bukan setakat tu aje, hubungan persahabatan pun boleh retak dek kerana amarah.

hidup ni takkan lari dari kesilapan tapi bila dalam amarah, memang kita akn buat silap.. kan?

ok AK kongsi satu cerita.

AK (bukan nama sebenar haahah!) penah diselubungi rasa marah sampai AK rasa AK yg betul, kawan AK yg salah. smpai AK n dia tak bertegur sapa. gara-gara satu insiden yg membuatkan AK bengang. AK marah sgt masa tu. kenapa die sanggup buat mcm tu kat AK. lepas dh lama xbercakap, barulah kami adakan luahan hati ke hati, AK ckp la AK xpuas hati kenapa dia buat mcm tu.

lepas tu baru AK tau, AK yg salah sebenarnya, sebab AK yg mcm tak bersungguh nak tolong dia mcm tu. mcm xsupport dia. dia nampak AK mcm xikhlas tlg die. but honestly AK mmg ikhlas, cuma mungkin cara AK masa tu, yg memang suka mengusik orang, tapi gurauan AK tu disalaherti.

AK pulak dikaburi nafsu amarah smpai rasa AK betul, dia salah. oh kejam kan AK? (-__-")
but now AK realise, semua manusia xkan lari dari perasaan marah. tapi bila kita marah, semua kebenaran akan nampak kabur di mata kita.

AK dah sedar kesilapan AK. hope orang lain pun jgn ikut sgt nafsu amarah, nanti menyesal. cara mudah utk tak ikut nafsu amarah ialah, lari dulu dr org yg kita marah tu. biar kita sejuk, then dengar penjelasan dia. if penjelasan dia masih menunjukkan dia salah. choose to forgive her/ him. but honestly memaafkan tak bererti melupakan kan?

memang senang nak maafkan tapi nak padamkan ingtan tentang perkara tu memang susah. tapi jika kita ikhlas berkawan dengannya, tolong maafkan kekhilafan dia dan terima dia dengan tangan terbuka. tolong jgn ikut ego masing-masing ya. AK dh saksi sendiri kehancuran sebuah persahabatan dek kerana ego masing2. dushhh!

buang nafsu amarah tu dengan selalu berada dalam keadaan berwuduk ok! wuduk bukan takat sejukkan badan, tapi juga boleh sejukkan hati kita. dengar tak ni adik2. hahaha. eh tapi jgn takat amik wuduk je. solat jgn tinggal, sebab solat tu penghapus nafsu amarah jugak. hehe.



hah! kan dh terbagi ceramah motivasi dh ni. hihihih...

p/s : AK selalu kalu tgh bengang dengan apa2, AK tdo. pastu bangun AK dh lupa masalah tu. haha. sebab tu la AK bulat kot. (-__-")

Ho Yeah! gelak golek la aku cmni!

Assalammualaikum semua!

umah AK mmg xde astro. tp AK suka program lawak kt astro. hahaha. so youtube la jadik mangsa. citer yg AK dok selalu tgk skrg ni ialah, citer Oh Yeah! hehehe.. afdlin shauki ade, memang xleh lepas utk tgk. haha.



hahaha. lawak2. dh la scene ni macam kene je dengan kerja AK ni. hahaah.. gelak golek2 je rase ni. hahaah.. jom2 layan Oh Yeah kat youtube. haahah..

p/s : xperlu ade astro pun dh boleh melayan astro yer.. alalalalala~

Wednesday, February 23, 2011

Adeh, sakit perutku gelak2..

Assalammualaikum semua!

tadi dok jln2 kt alam maya ni, terjumpa la gambo ni dan terus rasa nak gelakkk aje  ni.. adeh sakit dh perut AK!




Hantu Kak Limah Balik Rumah!

Hadiah Untuk Auni!

Assalammualaikum semua!
heheheeh... hari ni nak citer psl Auni lagi.. oppsss jgn la bosan2 tau.. hehehe. eh sapelah yang bosan dengan Auni kn.. si comel mak ngah tu.. hehehe.


kan semalam besday Auni kan. hehe. so dengan tidak membuang masa, AK pun terjah la supermarket sebelah ofis ni, carik hadiah.

mula2 pergi tempat mainan. aaa confius! dok pusing2 belek2 xtau nak beli hape. ish2... pastu pusing lak tgk baju kot2 berkenan, pastu xjumpa jugak. pegi balik tempat mainan. belek2 abis, pk2.. sampai stress. (-__-")

susah jugak rupanya nak beli hadiah untuk budak umur setahun. huk huk. pastu tgk ade alat muzik ni. tambourine namanya. heheeh.. Auni kan suka ketuk2 benda. kalau die dtg umah AK, habis dia ketuk kerusi buat mcm tabla. apa2 je yg boleh ketuk die ketuk. dia suka bunyi2 tu. hehehe. so AK cekau la tambourine tu.. hehehe. untuk budak2. hehe.



disebabkan harga tambourine tu murah je, AK pun cari la baju pulak. belek punya belek, last2 jumpa gak la yg berkenan di hati. itupun risau Auni tak muat sebab budak tu besar banding ngan budak2 baya die. so AK beli laaa baju yang besar skit dr umur die sepatutnya. haha.

malam tu AK pun pegi la umah die dgn family AK yang lain. kire nak celebrate birthday die la. hehehe..  ade la mkn2 kek. hehe. Auni sonok abis la dok main bergendang dengan tambourine tu. hihihihi. sonok!

baju pulak, mama Auni kata cantek! hahahaha.. shumeell! yeay!

bertambah lagi laa mainan auni kan. hoho

sori la. AK terlupa nak snap gmbo hadiah AK sebab excited sgt nak bg kat Auni. nnti2 ade, AK tunjuk tau. hehe.
p/s : Zafira Nabilah, pemilik Apa Kata Hati dah review blog AK la. hahahha.. terharuuu sgt! (T__T)..terima kasih Nabilah! jom2 baca review die kat SINI. hehe.

Tuesday, February 22, 2011

Nak Bagi Hadiah ape ni eh?

Assalammualaikum semua!!

heheheh.. seronok sbb bufday Auni, tapi still tatau nak bg ape kt die. haha. jap gi baru nak menelek hadiah untuk die. kecik2 tu apelah hadiah yang seswai agaknye yek.


dalam fikiran AK rase cm nak beli...

TEDDY BEAR!

tapi kak AK ckp, Auni tak sihat. batuk2. tak sesuai mende bulu2..hehehe

pastu rasa cm nak beli baju baru kat die sebab Auni kan makin sihat, baju die sume byk dh xmuat. haha..

comey gak baju ni. hihi

takpun, rasa gak nak beli mainan. sebab Auni suka benda2 yg berbunyi..hihihih.. dia suka jadikan apa2 saja sebagai drum dia.. heheheeh..


hmm. nak bagi ape ni? buntu2. hihih..

buat sesiapa yg tak tahu lagi, AK ade anjurkan Giveaway sempena birthday Auni ni dengan tajaan hadiah oleh cik adik manis, Ardini Humaira. tak sangka, giveaway ni dpt sambutan yg menggalakkan dari blogger di luar sana. heheeh..

jom2 pakat masuk ramai2 eh.. heheeheh.



heheehehe..

mood birthday Auni je ni. sambil pk2 hadiah. so mls nak citer mende lain. hahahahaaha..

ok semua, jumpa esok!

tata!

Selamat Hari Lahir Permata Hatiku!

Assalammualaikum semua!

hari ni 22 Februari 2011, genaplah setahun umur anak buah kesayangan AK, Nur Auni Assyifa' lahir ke dunia.. hehehe..


pejam celik pejam celik, Auni dah pun berumur setahun kan. cepat je masa berlalu. hihi.
dah banyak yang berubah.
tapi Auni tetap Auni yang sama di mata kami.
yang paling penting...



Buat anak saudaraku tersayang,
Nur Auni Assyifa'

Selamat Hari Lahir yang Pertama!
Makngah doakan Auni membesar menjadi anak yang solehah, berilmu, dan bertakwa, cerdik dan cerdas, cantik peribadi dan perwatakan. 
menjadi anak kebanggaan kami semua..
amin!

(^_____^)

p/s : tatau nak bagi hadiah apa lg kat Auni. ehhehehe.

Monday, February 21, 2011

Selamat Hari Lahir Sahabatku!

Assalammualaikum semua!

Alhamdulillah giveaway yang AK buat tu dapat sambutan gak walopun baru hari ni AK post. heheeheh.

Jom pakat-pakt join kt ENTRY NI okeh!


skrg AK nak buat entry khas pulak. heheeh. buat sahabatku Ernie Zuhaili, Happy Birthday sayang! heehehe


semoga sentiasa dalam rahmat Ilahi, cepat-cepat ke jinjang pelamin, murah rezeki dan panjang umur dengan kesihatan yang baik. amin!
AK kenal sahabat AK ni dari umur 7 tahun tau.. hehhe.. skrg dh umur 25 tahun dah. hihi.

masa darjah 5.. heheeh

masa kami form 2
masa form 3
semoga persahabatan ni akan kekal sampai syurga. amin!

Selamat Hari Lahirr yang ke 25!!!

p/s : die ni tunangan orang ya. harap maklum. hehe

Friday, February 18, 2011

Suka Echotin!!!!

Assalammualaikum semua!

ingat tak dulu-dulu zaman sekolah, eh zaman sekolah AK la.. hahaha. popular cerita Filipina, Pangako Sayo. haha. mase tu AK ade kt skolah asrama, so AK xikut cerita ni.. sob sob..



pastu mase kt u pulak, dorang tayang citer Sanay Wala Nang Wakas. AK ikut smpai terus gila kat pasangan Jericho Rosales dan Kristine Hermosa ni. heeheh. ingt lagi masa kat u, tahun pertama kot. manalah nak carik tv, so nak tak nak, kenelah naik bilik tv kt tingkat paling atas, layan SWNW. heheeh. pastu kene rebut2 pulak, naseb bek ramai geng yg nak tgk SWNW. haahah..

lawak la mase tu, kalu AK hilang dlm blik, mesti AK ade kt bilik tv, tgk SWNW.. hahaha..

pastu mulalah gila tgk citer2 gandingan dorang mcm Forevermore, Trip dan Nanyong Nadito Ka.. hahah.

ya, AK masih suka pasangan ni. tapi sayangnya dorang dah clash. dulu2 zaman pangako sayo tu mmg dorang btol2 kapel. huk huk.. sedey2..


skrg Kristine dh kawen, eh dh 2x die kawen.. haha. mula2 die kawen dgn Diether Ocampo, yg hero ke2 dlm citer SWNW tu, tapi dh cerai. then die kawen dgn org len lak, tak ingt nama pa.. hehehe..

tapi walopun dorang dh clash, masih byk citer dorang berlakon sama. terbaru, dorang berlakon cter Dahil May Isang Ikaw. hak hak.


p/s : teringat psl dorang ni sebab skrg baru nak tgk cerita Pangako Sayo kt laptop. hak hak. pasni nak cari citer DMII lak..tehee..

Perpaduan itu masih wujud!

Assalammualaikum semua!


dari kecik lagi kita diajar suruh hormat sesama bangsa kan? saling bersatu padu tanpa mengira kaum. AK pun memang ada kawan2 dari bangsa lain.


zaman sekolah, memang ada kawan2 lain bangsa yang AK kenal, tapi semakin menginjak dewasa, AK rasa macam perpaduan dalam Malaysia ni dah tak wujud. mulut je kata bersatu, padahal masing2 tak suka.

nak dijadikan cerita, sekarang ni pergi kerja, AK naik bas. jadi mmg jumpa pelbagai ragam dan pelbagai kaum termasuklah warga asing. hoho.

bila AK naik bas, barulah AK perasan, rupanya perpaduan masih wujud, cuma sesetengah orang ja yg xmo bersatu n dengki mendengki.


bila AK tunggu bas pagi2, ada sorang chinese girl yg akan selalu tunggu dengan AK, kami akan sembang2. then bila balik pulak, ada jumpa auntie2 India yg mmg ramah menegur orang. bila duduk atas bas, masih ada lagi auntie chinese yg nak sembang2 ngan AK.

jadi barulah AK sedar, rupanya kita masih berpadu, cuma dah byk yg tak endahkan hal perpaduan lagi. bila kita tak kaco bangsa lain @ sensitiviti dorang, dorang pun akan senang berkawan dengan kita.

kenapa AK cerita semua ni? sebab AK harap kita akan saling bersatu-padu smpai bila2. jgn jadikan bangsa berlainan sebagai halangan. AK dah saksi sendiri, masih wujud perpaduan di kalangan kita. hehe. harap2 semua ni berkekalan smpai akhirnya dan Malaysia akan aman. hehe..

p/s : tetiba buat entry serius da...eheheheh~

Thursday, February 17, 2011

Sajalah pakcik Nuffy ni!

Assalammualaikum semua!

okeh, pakcik nuffnang ni saje kan..

tgk la ni..


dia saja bg BE kt blog yg AK jrg update kan..

haishh.. 

saja nak soh AK rajin masuk sana kan.. hahahahaha!

adeh!

bila nak BE kt sini lak?

xpe2 sabo jelah..

Yang nak Kutonton, selalu tercapai. haha

Assalammualaikum semua!

AK xtau kenapa.. semua cerita yang AK rase nak tgk sejak akhir2 ni.. semua AK dpt.. hahahaahahah! konon2 la.. wakakaaka..

mula2 dulu, teringin nak tengok Buzzer Beat.. pastu tup-tup 8tv tayang Buzzer Beat. sampaikan tiap2 ari Ahad AK xleh nak kluar jalan2.. pukul 3 je kene ngadap depan tv.haha.



pastu kawan2 dok bising tgk You're Beautiful, AK pun jadi teringin la nk tgk.. tup-tup kluar citer ni kt 8tv jugak.. tp tajuk He's Beautiful..hehehe..


sampai AK jadi gila la kat citer ni... gila dekat Jang Geun Suk.. haha.


sekarang ni pulak tetiba... muncul pulak cerita Code Blue! Yamapi again!! hahaahah.. sonok2.. mmg dh lama ngidam nk tgk citer ni..hehe.. dpt jugak tgk. haha..


kisah pasal doktor yg naik helikopter utk selamatkan nyawa dengan cpt.. hehehe.. best2.. tgk la nanti, tiap ari Ahad kol 3. dushhh habis weekend AK dh xleh jalan2..hahahaah!

jumpa doktor cmni, sure aku xkisah pergi hospital..hahahahaha

tiba2 jumpa gmbo ni mase search Code Blue tadi.. hmmm rindu gabungan dorang.. last 2008kot..lama gila dh..huhu.

hmm Yamapi sllu blakon cerita serius kan? AK rindu nk tgk watak gila2 dia mcm citer Nobuta wo Produce tu..hihi..

p/s : hmm..pas abis citer Code Blue, nk request citer pe lak eh? eh, mcm la 8tv nk dgr request AK ni kn..hahahaha!

Wednesday, February 16, 2011

Contest : Berapa Jumlah Kambing

Assalammualaikum semua!

AK ditag untuk sertai kontest ni. hihi. memandangkan AK tgh ngantuk n blur nak memikir entry. maka AK layankan je contest ni. haha!

cik Hafzan Sarah telah tag AK..mekasih! heheh..

kontest ni anjuran  Belog Bulan Purnama

KLIK GAMBAR UNTUK JOIN

ok skrg meh kita kira...


ok mustahil nak kira camni.. (-_-")

so AK main teka ajalah! AK agak ada 14 EKOR atau 16 EKOR

ok dah selesai hentaman AK..hahaahahah!

kena tag tiga orang. hmm.. ok2
  1. Sofia Karim
  2. Aida Azryn
  3. Zacky 786
ok selesai.. jom join..

tarikh tutup : 27 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul!

Assalammualaikum semua!

Salam Maulidur Rasul buat semua. semalam kebnyakan kita cuti kan? AK pun cuti gak, tapi tak pergi mana, tonton tv, tgk rancangan sempena Maulidur Rasul.

pastu bila dah tak tahu nak tgk apa dah, pasang lagu nasyid pulak kt vcd. heeheh.. pastu mulalah seronok dgr lagu nasyid.

hmm itulah, bila Maulidur Rasul baru teringat nak pasang lagu2 nasyid, nak mengingati Rasulullah, bila hari2 lain asyik alpa je..insaf2.. (T.T)

jom2 AK share lagu nasyid berkaitan Rasullullah yang AK amat suka dengar. xlapuk dek panas, tak lekang dek hujan.


Rasulullah (Hijjaz)

best kan lagu ni? mmg ramai yg tahu lagu ni kan.


 Dia Kekasih Allah (Hijjaz)

yang ni pulak lagu sedih sikit.. mmg feveret AK nih. dari dulu lg AK memang minat lagu2 kumpulan Hijjaz. hehe.

p/s : perbanyakan selawat ke atas Baginda, bukan sekadar mase Maulidur Rasul, tapi dalam kehidupan seharian kita. semoga kita akan dapat syafaat dari Baginda di akhirat kelak. amin.

Monday, February 14, 2011

FB Temukan aku dan mamat Jepun itu semula..

Assalammualaikum semua!

hari ni nak celoteh panjang ni. dengar jgn tak dengar.  hahaha..xde lah.. nak ceritakan the power of Facebook yang telah menemukan AK dengan seseorang..echewah!

dulu, masa zaman sekolah menengah, mase form 3. adelah budak2 dr Jepun menyerang sekolah, eh tak tak. melawat sekolah. luckily kelas AK dipilih untuk bebrapa org budak jepun ni bljr English. dlm ramai2 tu semua dok aim sorang mamat Jepun ni sbb dlm ramai2 dielah yg paling encem. haha.

ok bukan yg tgh. tu ketua tingkatan aku. haha. yg tepi kanan tu.haha!
tau x, AK smpai bawak buku terjemahan jepun sbb smta2 nk ckp dua tiga patah perktaan jepun ngan dorang. memang lawak sgt masa tu sebab masing2 excited. hihi.

AK siap dipanggil cikgu utk sertai demonstrasi buat anyaman ketupat utk budak2 jepun tu. semata2 kerana budak2 jepun tu, AK terpksa bljr anyam ketupat..hahaah..

Cari AK cpt? eh xyah la.. malu.. hahaha.. AK tgh asik ngajar budak jepun tu mase org lain dok sibuk berposing. haha.

pastu nak dijadikan cerita, teruslah lost contact sebab alamat yg AK simpan dlm buku dah ilang entah ke mana.

ok ini dia skrg, sapa berkenan habaq mai kt cek..haha

pastu satu hari, AK sajalah taip nama mamat jepun tu di FB sebab nama die unik n AK ingt sampai skrg.

taraaa! terus AK jumpa FB dia, terus add dan akhirnya AK dh boleh berhubung dgn lost contact fren dari negara Jepun. ho yeay!

hahha. itu je nak citer. so FB telah berjaya eratkan kembali hubungan yg dh terputus. haha. err tapi kali ni xdelah minat2 ke ape, just nk berkawan balik. mana tau, boleh suruh tlg kim slm kt Yamapi. haha!
Related Posts with Thumbnails