Salam semua!
tadi baca kt MyMetro pasal mende ni..
KAJANG: Pelakon dan pengacara popular, AC Mizal menarik nafas lega apabila terlepas daripada hukuman penjara selama 25 hari selepas dia membayar nafkah tertunggak dua anak lelakinya berjumlah RM9,800, seperti yang diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, di sini, semalam.Dia memindahkan wang itu melalui akaun RHB milik bersama bekas isterinya, Shafnie Zainudin, 35, dengan anak sulung mereka, Muhammad Shafiq Iman, 14, sejurus selepas tamat prosiding mahkamah. AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 37, turut membayar denda RM1,500 secara tunai selepas mahkamah mendapati dia melanggar dan menghina mahkamah kerana gagal menghantar penyata kewangan syarikat miliknya kepada Shafnie selaku pemohon dalam kes itu. Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah memutuskan demikian berhubung kes komital atau perintah memenjarakan yang difailkan Shafnie kerana AC Mizal menghina mahkamah selepas gagal membayar nafkah anaknya yang tertunggak keseluruhannya berjumlah RM50,000.
Ketika ditemui di luar mahkamah, AC Mizal melahirkan kesyukuran dan lega dengan keputusan mahkamah. “Yang penting tidak dipenjarakan. Bila mahkamah tak penjarakan saya bermaksud saya tidak salah 100 peratus,” katanya. Tegas AC Mizal, dia berharap selepas ini tidak timbul lagi fitnah mengatakan dia tidak membayar nafkah terhadap anak-anaknya. Bagaimanapun, dia sedia memaafkan sesiapa saja yang masih memperkatakan mengenai perkara itu. Pada 22 Disember 2004, mahkamah mengeluarkan perintah supaya jumlah tunggakan itu dibayar secara ansuran sebanyak RM200 sebulan dan bakinya menerusi potongan gaji daripada akaun bank miliknya.
sumber : MyMetro
ok..ok bergumbiralah Dato'... tapi masalahnye dah dapat Dato' pandai2 la bagi nafkah anak, ni dh naik turun mahkamah baru nak bayar, naseb bek terlepas hukuman penjara, kalau tak, buat malu Dato' saja.. haha... bknnye mahal pun nafkah tu...
biarlah siapa benar @ siapa salah dalam hal ni antara AC dan bekas isterinya, yg penting jangan abaikan anak2 sebab itu darah daging anda jugak!
ingat pesanan cikgu! |
p/s : hai, pagi2 rajin pulak baca berita..hahahaa...
3 comments:
tu la ac...
sape suh wat gtu... ;p
payung avon awwww
yg slh ttp salah kan..?
ada yg kata...dia nk anak2 dia...tp ex-wife dia tk bagi..sbb tu dia tknk bagi nafkah...
ada la pulak mcm tu kan..?
kesian pada anak2 dia...moga semua ini dpt dijadikan iktibar pada kita.. ;)
jom ke APA KATA HATI pulak,
APPLE OF MY EYES
x sdr diri, duit manyakk..
nak tanggung anak pun xlehhh
Post a Comment