~~Pembaca Yang Setia~~

Monday, October 11, 2010

Hidup Yang Penuh Suka Duka~

Salam semua!

ada yg ternanti tak entry dari AK? haha.. maaflah, AK sgt busy, bos sudah kalut sebab esok dah nak audit..eheheh.. so mase AK byk terhabis utk btolkan semua perkara.... semalam ada berita suka yg kita dengar, tp ada berita duka jugak yg kita terima kan?

Berita suka : 
semua org asyik berbicara pasal perkahwinan kayangan Datuk SMS dan pasangannya Datin Harlina, jd AK malas nak mengulas hal ni.. apapun tahniah kepada kedua mempelai, memang sangat padan..heheeh...

gmbr pra perkahwinan dorg yg paling AK ske..sgt unik..hehe
semalam AK tgk gak perkahwinan secara lansung dorang, tp xtumpu sgt, hehehe.. tp mmg cantik baju doktor harlina..heehee.... tp kek tu mcm pelik  pulak..heehhe..

Berita duka :

kemudian byk jugak yg bercerita tentang kemalangan ngeri yg berlaku kat lebuharaya utara selatan membabitkan bas ekspress, dan beberapa kenderaan. 12 orang maut, Innalillah... takziah buat semua ahli keluarga mangsa.. dlm kita dok bising 10.10.10 tu nombor yg cantik, xsangka bg sesetengah org itulah tarikhnya menghadap Ilahi... AL-Fatihah...

keratan berita :
REMBAU - Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini Ahad.

Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.

Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka. - BERNAMA

Hidup ni penuh suka duka kan? dalam org lain bersuka, ade pula yg berduka.. cuma nasihat AK, dlm kita bersuka gembira, jgn kita lupakan pada yg tengah berduka... sama2 muhasabah diri...

p/s : diri sendiri mood tgh2... xde suka sgt, xde berduka sgt..hehe~

2 comments:

nabilah_2908 said...

hmm...betul juga tu...

terkejut dgn berita kemalangan tu..rasanya belum pernh terjadi kes mcm ni..

takziah buat mangsa & keluarga mangsa..


jom ke APA KATA HATI pulak,
MENU 101010

ardinihumaira said...

suka tengok gambar dr sms & isterinya :)


p/s: al-fatihah buat semua yang telah terkorban..

Related Posts with Thumbnails