~~Pembaca Yang Setia~~

Tuesday, November 30, 2010

Putera Katak Melompat!

Salam semua!!

hari yang indah..haha! AK baru lepas sarapan.. semua dh sarapan? AK rase perut mcm full dh ni, padahal bihun goreng AK makan separuh je.. hmm..knape ek? mungkin perut dh penuh angin kot... rase sebu je ni..


semalam tgk tak Putera Katak? haha... AK tgk! tapi xde lah fokus sgt.. cuma Zizan nampak hensem la..uhuk uhuk.. hahahaha.. hensem ble rambutnya disisir ke belakang, btol2 mcm Prince Charming lak AK tgk.. lalalaa...

tapi tiba-tiba nak tergelak pulak, sebab dia pakai skirt hahaahah.. apakah? tak senonoh btol stailnye..hahaha... tapi spnjg tgk citer tu mmg xkering gusi, tgk gelagat Katak yg comel tu.. haahha... tapi kan, Zizan dh xde la.. xkan nak tggu tahun depan pulak baru Zizan muncul ni? hehehe...

pepun, AK rase gak nak tengok, nak ikut cerita ni, tapi semuanya bergantung pada semangat AK.. haha!

Sinopsis Putera Katak..

wah..comeyyy la katak ni..tapi hati2, katak ni beracun!

Drama Putera Katak di slot Lagenda ini akan membawa para penonton ke alam fantasi dan magis Putera Amar dalam menemui cinta sejatinya dalam membebaskan diri daripada sumpahan.

Putera Amar tidak bertukar menjadi manusia selepas dicium oleh Puteri Zadora dalam drama ‘Putera Katak’.
 Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman.

Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan.
Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.
Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora.

Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya.

Slot Lagenda menyiarkan Putera Katak yang diadaptasi daripada cerita dongeng The Frog Prince mulai 29 November ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang.

Putera Katak diterbitkan oleh Talisman Pictures diarahkan oleh Adam Hamid serta nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem. Siri drama yang mempunyai 20 episod tersebut membariskan pelakon-pelakon popular seperti Nora Danish, Zizan Nin, Fazren Rafi, Norseha, Bia Rameshan, Kaza, Puteri Sarah, Haniff Karamdin, Liza Abdullah, Hamidah Wahab, Mak Jah dan ramai lagi.

sumber : MelayuKini


8 comments:

Kie-yu said...

Kie-yu kurang berkenan lah cite ni
mcm mengarut je
hihi
ke kie-yu yg tak fhm??

AiDa AzRyN said...

ntah hape2 cite ni..
tapi kan..
aida layan gak cte 2.. haha >_<

aliesha kirana said...

hahahaa..AK rase mmg cm ngarut pn kieyu..tp layan je la...hahahaha!

shaffique said...

nora danish lawa la dalam cerita tu. huhu. ;P


My latest entry : Transformasi Harry, Ron Dan Hermione

aliesha kirana said...

hahahaa aida!! same la kita..dr xtau nk tgk citer pe..layan je la..haahah

aliesha kirana said...

shaffique : nora sentiasa lawa..heheeheh~

PinQib said...

wahhh nak try tengok lar. minat zizan..
heeheh
chaparela poun bes

nabilah_2908 said...

sy tgk gak...tp kan...tk snggup la nk tgk katak tu...seriously...sy geli ...geli sngt2...huhu...

jom ke APA KATA HATI pulak,
CUTI SEKOLAH DULU DAN SEKARANG

Related Posts with Thumbnails