Assalammualaikum semua!
tengah hangin satu badan.. adus. stress pasal keje. dun worry, AK ok. cuma rasa serabut sikit hari ni. mujur esok dah hujung minggu. hari ni AK rase macam hari Isnin pulak.kui3. sebab semalam dah cuti.
hangin betul bila dimarahi, betul x? tapi lagi hangin bila salah tu bukan salah kita. memang hangin la satu badan. tp what to do. dia ada kuasa, so dia xkisah la nak marah kita sesuka hati kn? mesti ramai tahu siapa AK maksudkan kan? hehe.
bila stress2 ni teringat kembali kenangan masa siapkan Final Year Project(FYP) AK heeheh.. masa tu amatlah stress... AK bljr IT, so FYP AK kenelah buat sistem, tapi AK xbuat sistem, AK buat research psl Semantic. oh abaikan aje mende2 yg korang tak paham.hehe..
|
buku library yg dipnjam tuk siapkan FYP |
AK cuma nak cerita, masa ni sgt amat stress bagi setiap student. semua nak siapkan FYP supaya boleh grad. AK pun tak terkecuali lah. tapi dalam dok siapkan FYP, sempat lagi donlod citer Jepun, Korea, Hindi dan seangkatan dengannya kat lab khas utk student buat FYP. jahat tak AK..haahah!
|
tempat AK dlm lab |
hari2 terakhir seblm hari pembentangan adalah hari yg begitu stress, sebab AK blm jumpa coding yg seswai dgn research AK... dlm stress tu smpat lg melencong ke lain.. haha..
pastu kan, hari pembentangan sah2 la sgt stress.. dengan disoal bertalu-talu oleh lecturer, sumpah mati idup balik pun tak mo alami dah mende tu.
then dah lulus pembentangan, nak kene siapkan tesis.. pulun la buat tesis beratus muka surat tu. dh siap, AK nak print, pendrive corrupt. bayangkan AK mase tu, memang nanges tak berlagu ah. dah la xde backup kt mana2, yang ada pun tak siap mcm dlm pendrive. last2 terpaksa buat semula. tambah balik yg tak lengkap.
okeh, stress amat! semata-mata nk siapkan FYP, bermacam stress yg AK hadapi. dugaan sungguh masa tu. Alhamdulillah, lepas semua dugaan, AK berjaya grad walopun FYP cukup makan je.. hehehe..
|
cari AK..laalalaa~ |
akhirnya AK berjaya jugak mengradkan diri AK.. tamat.
begitulah kisahnya, hahaha.. ingat stress ingat FYP, cm nak gila masa tu.. hahahahah! okeh, AK xmo stress dah, kang gila betul2.. so mari kita ceria.. xmo pk masalah.. lalalalaa~