~~Pembaca Yang Setia~~

Tuesday, November 30, 2010

Lawak di Shout Award!


mase tgk Shout Award hari tu, part ni yg AK paling tak tahan.. lawak btol laaaa Johan n Zizan ni.. hahaahah! siap Zizan berlakon jadi Scha utk amik award.. terbaekk!!!
neway, tahniah kepada semua pemenang especially to Yuna yg menang besar n bahagia bersama encik abgnye.. baahagia tgk dorang..eeheheeh..


Putera Katak Melompat!

Salam semua!!

hari yang indah..haha! AK baru lepas sarapan.. semua dh sarapan? AK rase perut mcm full dh ni, padahal bihun goreng AK makan separuh je.. hmm..knape ek? mungkin perut dh penuh angin kot... rase sebu je ni..


semalam tgk tak Putera Katak? haha... AK tgk! tapi xde lah fokus sgt.. cuma Zizan nampak hensem la..uhuk uhuk.. hahahaha.. hensem ble rambutnya disisir ke belakang, btol2 mcm Prince Charming lak AK tgk.. lalalaa...

tapi tiba-tiba nak tergelak pulak, sebab dia pakai skirt hahaahah.. apakah? tak senonoh btol stailnye..hahaha... tapi spnjg tgk citer tu mmg xkering gusi, tgk gelagat Katak yg comel tu.. haahha... tapi kan, Zizan dh xde la.. xkan nak tggu tahun depan pulak baru Zizan muncul ni? hehehe...

pepun, AK rase gak nak tengok, nak ikut cerita ni, tapi semuanya bergantung pada semangat AK.. haha!

Sinopsis Putera Katak..

wah..comeyyy la katak ni..tapi hati2, katak ni beracun!

Drama Putera Katak di slot Lagenda ini akan membawa para penonton ke alam fantasi dan magis Putera Amar dalam menemui cinta sejatinya dalam membebaskan diri daripada sumpahan.

Putera Amar tidak bertukar menjadi manusia selepas dicium oleh Puteri Zadora dalam drama ‘Putera Katak’.
 Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman.

Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan.
Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.
Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora.

Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya.

Slot Lagenda menyiarkan Putera Katak yang diadaptasi daripada cerita dongeng The Frog Prince mulai 29 November ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang.

Putera Katak diterbitkan oleh Talisman Pictures diarahkan oleh Adam Hamid serta nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem. Siri drama yang mempunyai 20 episod tersebut membariskan pelakon-pelakon popular seperti Nora Danish, Zizan Nin, Fazren Rafi, Norseha, Bia Rameshan, Kaza, Puteri Sarah, Haniff Karamdin, Liza Abdullah, Hamidah Wahab, Mak Jah dan ramai lagi.

sumber : MelayuKini


Monday, November 29, 2010

Day 9 – A photo of the item you last purchased.

Salam semua!

skrg nak sambung wat mende ni.. 30 days challenge jap.. haha.. hurmm... gambo tngkap sendiri xde.. AK cilok dr tenet je.. jap!


okeh...ni dua menda yg baru beli.. kalu ikutkan... nasi utk lunch td la yg last beli kn.. tp tu xkira la.. tu dh masuk perut hahaah...

blom khatamkn buku2 di atas lg..ble ntah nk khatamkan.. hahaha.. ade 4 buku tgh queue utk bace ni.. bila mau abis..hahahaah~

Susahnya nak Jadi Ulat Buku!

Salam semua!

novel yg cuba kuhabiskan minggu ini... nasib bek sempat..lawak xingttt!

sebenarnya dah lama AK tak membaca, tau x? huhuhuh.. memang membaca tu hobi AK, tapi dh lama xpraktikkan hobi tu sebab byk kekangan... byk mende yg AK nak kene buat dari concentrate membaca jerr...

ok, cuti hujung minggu tu, AK saje la nak mula balik hobi AK tu, nak membaca.. duduk la AK membaca, eh tak duduk, baring2 la AK atas katil sambil membaca...

pastu kan, baca punya baca..tiba-tiba mak AK tego...

"tak de keje lain ke hah? asik berkubangg je..."

seee.... AK baru je nak praktis hobi AK, mak AK dah mengamuk.. how? hahahaah... mak AK bkn bley tgk AK dok diam je, membaca.. hahahaah... 

jadi hasilnya... buku yang sepatutnya boleh habis dlm masa beberapa jam, AK habiskan dlm masa 2 hari.. gara-gara tak mahu mak AK nmpk AK asik membaca jer.. uhhuhuhuh~

p/s: bkn mak AK tak menggalakkan anak2nya membaca, tp mak AK xske tgk anak2nya nmpk malas je. tak buat apa..hahaha~

p/s lagi : review tentang novel Karipap-Karipap Cinta ni nanti AK tulis dalam blog Dari Tinta Aliesha Kirana okeh? tgk la rajin nnti hahaha~

Saturday, November 27, 2010

Tag Reply The Answer!

Salam semua!

hari ni AK nak langsaikan satu tag, heeheh... sebenarnya tag ni dihantar oleh cik Wanda kt AK untuk blog Dari Tinta Aliesha Kirana, tapi disebabkan blog tu khusus untuk hal-hal berkaitan penulisan je. so AK pun buat tagnya di sini.. hihihihih...

1.pe bende pling penting dlm idop korunk?
agamaku dan keluargaku...

2.benda terakhir korunk beli gne duit sendiri?
2 buah novel, Salju Sakinah dan Aku Kan Novelis.. blm bace lagi.. haha~


3.di mana tempat korunk nak melangsungkan perkahwinan korunk dan tema perkahwinan korunk nnti?
entah.. kt dewan kot... temanya simple je la..tp sweet...

4.adakah korunk sedang bercinta sekarang?
bercinta dengan Pencipta..

5.berapa lame korunk akan mencintai kekasih korunk?
selama-lamanya...

6.dimana korunk slalo jmp kekasih korunk?
Dia ada di mana-mana sahaja, memerhati bila-bila masa...

7.novel/buku/majalah terakhir korunk beli?
Salju Sakinah dan Aku Kan Novelis.. kn dh bgtau td..

8.apakan name penuh korunk
rahsia...aci x?

9.antara mak n ayh korunk,mne yg korunk lg mesra?
mak.

10.namakan orang yg betul2 korunk nk jmp dlm idop
erk...Yamapi, Shahrukh Khan, Fahrin..teheee~

11.adakah korunk bsuh bju sndri?
ya, tapi guna mesin basuh.. haha..sesetengah baju je basuh ngan tangan..

12.di mana tempat yg korunk btol2 nk g
Mekah dan Madinah, Mesir, Jepun, India, satu dunia la..kalu berkesempatan..

13.plih slah satu,peluk atau cium
xoxo..haha!

14.beritahu 3 perkara tentang org yg tag korunk
-comeyy!!
-suka coklat, sama macam AK!
-ske bace novel kot..sbb die follow blog DTAK..haha..

15.lima benda korunk sgt syg dlm idop korunk
-keluarga
-my pink collections
-anak patung
-lappy
-henpon walopun cikai..hehe

16.lima lagu korunk suke n slalo dgr
-Hamesha Tumko Chaaha-Devdas
- Daite Senorita- Yamapi
-For the Rest of My life - Maher Zain
-Akulah Kekasihmu - Axl's
-Tiada Beza DisisiNya -SPIN

17.bile tarikh lahir korunk n korunk smbut besday kt mana thn lps?
11 Mei 1986, sambut kt umah bawah siling atas lantai..

18.tujuh org blogger korunk nak tag

19.cerita sikit psl blogger pertama korunk tag
hmm..antara blogger pertama yang AK kenal. sgt sweettt!!! rajin komen.. eeheheh.. pandai menulis novel lak tu.. kirenye sehati sejiwa la dengan AK..echewah!
selesai!

Friday, November 26, 2010

Al Fatihah buat Insan Pilihan Allah~

Salam semua...


entah mengapa, sedih pulak rasanya... fuhh... haaa.. teman-teman, sahabat AK telah kehilangan bapanya saat bapanya pergi menunaikan haji di Mekah baru-baru ni.. Alhamdulillah, bapanya dipanggil saat berada di tanah suci. bagi kita semua, itulah kenikmatan yang ingin dirasai semua kan?

tapi bagi seorang anak, kehilangan bapa tercinta pasti sangat dirasai kan, apatah lagi bila kita menghantar dia pergi dengan mengharapkan kita kan bertemunya kembali, namun itu takkan terjadi lagi. 

pusaranya juga tak mampu kita kunjungi selalu kerana jauh, hanya doa yang mampu dikirim dari kejauhan..

buat sahabatku Nurul Ainn Borhan, 

sesungguhnya abah Ainn telah dipilih Allah utk berada di darjat yang tinggi itu, ramai yang berharap akan meninggal di Mekah namun tak semua orang layak mendapat ganjaran itu. sebagai anak, doakan yang terbaik buat arwah. 
be strong utk family Ainn, ok dear?

AK doakan Ainn tenang dan arwah abah Ainn berada di kalangan para solihin..amin.. Al-Fatihah.

p/s :  tersentuh dengan status FB shbt AK td..

"InsyaAllah, emak sampai malam esok. Ya Allah, kuatkan hati aku. Macam mana nak jumpa emak..dan tengok emak balik sorang tanpa abah..macam mana nak sambut emak balik, dan tengok beg-beg arwah abah..tanpa abah bersama.. Kekuatan apa yang aku ada untuk peluk emak, dan bagi semangat padanya..bila aku sendiri rapuh dan broken.. T_T Kuatkan aku ya Allah.."

Suka Layan Ending Je...

Salam semua!


semalam dah tamat cerita Ulek Mayang kan? AK xikut sgt pun cerita ni, tapi bila tau cerita ni habis semalam, AK join gak le tgk dgn mak AK.. haha.. tp mak AK mengomel...

"asal episod last, baru hang nak tengok noo..."

teheee.. ye itu la AK.. kdg2 tak layan cerita bersiri tu, tapi bila tau hari tu last, kalut nak tengok.. hahaha.. mcm2.. ye la, kang bila orang kecoh2 cerita pasal ending, xde lah AK xtahu menahu.. dan bila orang yang selalu ikut cite tu, tiba-tiba tak tengok ending bolehla AK gelakkan ceritakan kt dia.. teheee...

tapi seyesly, merdu gila suara Elly Mazlein kan dlm citer tu? semalam die nyanyi lagu tu mmg meremang bulu roma AK.. nape die tak menyanyi balik ek? dulu mmg layan lagu dia, best... orang ckp dulu suara dia macam Siti.. heheeh.. 


ending die mcm agak pening gak sebab byk flashback, sekadar nak cukupkan masa tayangan kot.. tehee... apa2 je lah.. tapi kesian sebab die tinggalkan mak dia untuk bersama Puteri.. sadis toll.. patut tinggalkan puteri utk mak die yang dah tua tu.. sedih2.. demi cinta tinggalkn keluarga.. huhuh... 

minggu depan start citer Putera Katak pulak.. best tak ek? hmm, nak ikut cerita ke tak nak ek? lalalaaaa~

Thursday, November 25, 2010

Day 8 – A song to match your mood.

Salam semuaaa!!!


sape budak tembam atas ni? haahahah.. eh xde kaitan lansung dengan tajuk..keh keh keh.. saje je nak tempek muka den yg xbrape nmpk kt ctu..lalalalaa

okeh la..nak sambung buat 30 Days Challenge, lama gila xsambung..hahaha..asik ngelat jer ...hmmm mood skrg rase macam bertenaga je ni.. kite layan lagu rock la ek..hahaah..


 

amacam? rock tak AK.. haahah..rock sehhh! ske lagu ni.. teheeee....


Terima Kasih ZafiraNabilah!

Salam semua!!

maaf AK baru nak citer pasal ni, padahal kelmarin lagi dah sampai.. heheeh.. buat pemilik blog APA KATA HATI, ZafiraNabilah terima kasih banyak2 AK ucapkan sebab sudi poskan hadiah-hadiah yang sangat comellll ini! heheeheh...

surat cinta..lalalaaa~
cantikkk kannn!!!!
ikan pink..comey2...
penanda buku yang sgt kiut!!!
Terima kasih sekali lagi AK ucapkan pada Nabilah, semoga terus sukses! AK akan selalu sokong Nabilah... heheheeh....

buat teman2 blogger sekelian, jgn malu2, terjah blog Apa Kata Hati okeh! hehehe.. mmg best!!!

p/s : sori, kualiti gambar tidak brapa mantopp...

Wednesday, November 24, 2010

Ke Majlis Pertunangan Teman..

Salam semua!!

Hari tu dah janji nak cerita kan? psl ari Sabtu lepas. meh cni nak cerita pasal kenduri hari tu, owh tak sempat sungguh nak mengupdate.. mcm2 jadik, busy manjang....heheeh..

ok2.. mari lah kita ushar gambar sepanjang majlis tu.. biarkan gambar berbicara.. AK dh penat nak bercakap..lalalaalaa~

di dalam kereta... AK dibelakang..
tunangan orang...
cantikkan baju die!!! aaaa
cari AK..eh takyah la... besar cmtu xnmpk lg memanggg laa...
tunangan dan encik tunangnyaa... btol ke ayat ni? tehee
cincin risik n tunang yanggg meletoppp!
si kembang semangkuk yang sama kembang dengan bunga.. lalalaaa~
hehe.. AK nak ucapkan tahniah buat kawan AK.. Fini yang sangat cantikkkkk hari tu.. heehheeh.. selamat menjadi tunangan orang.. hehehe.. sonoknyeee... ble AK pulak ek.. teheee...

p/s : perasan tak ade kawan AK yang AK penah citer dulu kat SINI dan ENTRY ni dalam gambar atas tu? hehe..

Black Out ke Black In?

Salam semua!

maaf tak muncul semalam.. n hari ni pun muncul lambat.. haha.. nak tau tak.. semalam ofis AK black out... dari pagi smpai petang.. sebab tu AK xupdate blog semalam.. huhu..

notis dah smpai seminggu awal, tapi AK memang tak tahu sebab xde sape inform AK pun.. sampai2 ofis smlm baru org ckp yg hari ni akan black out.. dari pukul 10 pagi sampai 3 petang.. bayang tengok.. 5 jammm hahahaa...

mula2 buat keje ok la.. tup tup kol 10.15 terus black out.. AK xputus asa, buat gak keje dalam gelap dengan hrpn cepat2 la ada elektrik semula... tunggu punya tunggu xde jugak.. last2 bos bawak generator, try nak hidupkan elektrik sebab ade bende penting yg perlu settle hari tu jugak..

try punya try, xleh jugak... last2... bos pun cakap kt AK..

"awak boleh balik, tak ada apa yang urgent kan?"

AK gosok2 mata tidak percaya.. ble bos ulang balik arahan tu baru AK percaya.. hahahaah... last2 ape lagi..bungkus semua, balik la.. hahahaha..

p/s : xleh upload gambar la..why ek? nnti AK rajin AK update k... babai! mahu smbung keje...

Monday, November 22, 2010

Day 7 – Your dream wedding.

Salam semua!

echewahh!! tak tahan.. rase cm nak gelak je bile kene buat entry camni.. tehee~ sbb AK xpenah pk @ bayangkan lagi pun cmne dream wedding AK.. selalu yang AK terpikir.. sapelah jejaka sebelah AK atas pelamin tu nanti..hahahaah..

tp yg penting AK nak majlis tu sederhana.. tak membazir.. xyah la buat grand2 bagai.. hahahaah... asalkan semuanya selesai dengan elok sudah~

AK rase nak pakai baju nikah kaler putih susu.. hehehe... putih yg btol2 putih.. pastu ade bunga2 pink skit.. hahaha..

ceh brangan pulak.. hahaha....

pastu hiasan pun semua putih pink laa.. dengan bunga ros pink gitu..wah2.. tiba2 terbayang garden wedding pulak.. hahahah..

pastu kan.. hmmm... aaa blur... xkisah la.. asalkan majlis selesai dengan elok.. yang penting.. siapa pasangan AK ni? cepat jawab!

"hahaha.... AK ni.. kan abang dh janji nak kawen dgn AK.. lagi mau tanya ke?"

Keranamu Rebung...

Salam semua!

mood kerja mendatar.. fuhh.. rase macam sekejap je cuti kan? tak best r cmni.. nak jadi cikgu la.. lama skit cuti.. haha!

tau tak, hari Sabtu AK pegi kenduri kawan AK tunang.. ok citer sal kenduri nanti la AK cerita... tapi AK nak cerita pasal selepas kenduri tu..

isi pinggan AK.. mengketedarah namanya..haha! sila cari rebung.

tau tak, malam lepas AK pergi kenduri tu terus AK sakit dada sgt... rase cmne ntah.. nak cakap pun tatau... pastu die turun sakit kt perut pulak memulas-mulas.. dan menyucuk... lama gak jadi camtu sampai AK baring n tarik nafas dalam-dalam byk kali.. baru rasa lega sikit..

AK pun ngadu la kt family AK... pastu kak AK ckp puncanya sebab AK makan rebung... err.. mase kenduri tu memang ada gulai rebung.. AK xsangka lak leh jadi cmtu.. AK ingat AK penah makan, rupanya tak penah la kot.. kak AK ckp rebung mmg angin sgt.. sape yang tak tahan akan sakit macam AK..

rase mcm fobia pulak nak makan rebung dah.. mmg sakit dada sgt.. fuh.... xmo makan dah... (-_-')

p/s : tapi makanan kenduri tu sedap laa... hehehe..smpai licin pinggan AK..haha!

Saturday, November 20, 2010

Mood Ke Laut~

Salam semua!

entah kenapa rase mood blogging dah ke laut... rase malas! dh le byk kejeee kene settle kt ofis.. mmg xde mood sungguh la.. huhu..

rase cm nak tdo kt cni jer..ngaaa

sori if AK busy sejak 2 menjak ni n xupdate blog.. sebab memang tak sempat nak update pun..terlalu busy.. hihi...

ble ade mase nak update cm sekarang ni.. blur pulak mahu nulis ape...haha.. pang sklik baru tau! asik-asik xde idea.. haha.. jemu laa orang yg  dtg belog ni haha..


owh sblm lupa..ramai pulak yg nak kwen ujung tahun ni kan? biase la..kenduri dah berderet dah ni.. hihi.. hari ni pun AK ade nak pergi kenduri kawan AK tunang.. hehe... tahniah lah pada semua ye...

AK? malas pk dah pasal kawen.. tggu je lah.. hahahaah~

oklah... nak stop meraban.. selamat berhujung minggu semua! hehehe~

Friday, November 19, 2010

Payung dan Hujan Ibarat Irama dan Lagu...

Salam semua!

aa..such a hectic day laaa.. smlm pun sama.. sbb tu AK menyepi jer.. huhu.. penat campur lenguh tangan ni buat kerja.. hehe.. xpe2, dah kerja AK kan.. buat je la..

tp sbb asyik buat kerja, AK dh tak tau nak update hape.. haha.. blog kwn2 pun blom jengok lg.. ade mase leh la jengok.. kalu x, lain kali baru leh qada'... adeh rase penin2 sengal pulak dah..

fuhhh haaaaaaaa... fuhh haa... ok! dah lega sikit, nak cerita hal semalam.. huhu.. semalam mase AK naik bas, cuaca ok jer! tapi dah nampak awan gelap kt mana-mana.. takpelah.. then pas AK naik bas, sampai satu kawasan, tiba-tiba hujan turun.. mula-mula cuma renyai.. kemudian kan..

kemudian hujan tu menggila!!! dah la AK xbawak payung.. erk!

teringin nak beli payung botol yg lembu tu..lalalaala...

turun-turun dari bas, orang lain pakat berteduh dulu. AK pk alang-alang dah dekat umah, terus jalan je lah, walopun hujan lebat. sampai-sampai umah.. basah kuyup!!! haahah.. dari kering sesegar padang rumput.. erk apakah.. terus jd basah sebasah-basahnyee.. xdenye ade titik2 je.. xmain la setitik dua.. lenjun!!! lenjun abis tudung AK, baju semua lah!

hahaahahaha... jadi hari ni AK bawak payung.. motif? sediakn payung sebelum hujan.. lalalala~

erk, ape jenis tajuk ntah..haha

Thursday, November 18, 2010

Cerita Hari Raya AidilAdha

Salam semua!

fuhh, hari kedua raya dah kena kerja.. huhu.. nasib badan.. xpuas lagi makan daging ni.. hahha.. erk padahal dah xlarat makan dah ni.. kat umah berlambak lagi daging.. mak pun dah susun menu nak abiskan stok daging.. tehee~
kalu lembu ni wat korban, kenyang la sekampung..hehe

Sarapan dengan ketupat dan gulai ayam, pastu lepas solat sunat AidilAdha berlansunglah acara korban.. hehe.. penuh satu kampung, eh satu taman menyaksikan tumbangnya 3 ekor lembu. huhu.. AK tak turun tengok.. takut sedih dan kesian, kang tak pasal-pasal xleh makan daging beliau.. tehee

tapi ble dh kene sembelih sekor, AK turun la kejap ushar2.. huhu... pastu kan, tuan empunya lembu yang bela lembu tu pulak buat sedih2..

"Tak boleh makan daging ni. dok teringat kat dia lagi.. yang tu Awang, Yang tu bla bla... anak ikat die tadi pun nangis2.."
erk... why makcik, why u cerita depan2 AK.. oh no.. larikk!!! terus AK lari naik atas.. tak sanggup dengar cerita sedih.. xmo kesian.. kang tak leh makan.. hahah..

tengah hari tu mak AK masak sup tulang, hahaha... sedap wooh! pastu kan, petang ade pulak jamuan raya, makan la nasi mnyak dengan lauk daging masak merah...

sup tulang!
pastu malam ade pulak jamuan lain.. makan nasi dengan daging masak hitam n daging rebus cicah air asam.. owh mmg la sedap, tapi perut AK rase cm nak meletoppp!! ahahaha..

Salam AidilAdha semua!

p/s : arini mak nak wat nasi daging.. nyum nyum!

Tuesday, November 16, 2010

Salam AidilAdha semua!!

Salam semua!!

heheeheh.. sempena AidilAdha yang bakal menjelma ni, AK nak ucapkan Salam AidilAdha buat pengunjung blog AK yg tak seberapa ni.. hihih...


mesti pening makan daging byk2..hehehe.. buat pesakit darah tinggi, jgn mkn byk2 k.. heehheee... dpt daging bakar pun sodap gak ek..heeheh..


thanks jugak pada Nabilah for this cuteeee cow..teheee... comeyyy!!!


seb bek my kawai MooMoo tak kene sembelih tahun ni.. hahaha.. erk ape ni, citer pasal raya korban tiba2 masuk abis sume lembu comey ni.. hahaah

xkire! AK ske lembu.. AK nak cerita jugak.. haha..

dah la.. meraban dah AK ni.. Salam AidilAdha semuaaa!!! dan happy holiday!

p/s:  cuti sehari je.. xrase suasana raya.. huuuuuuuu

Fotografi Pemandangan dan Awan!

Salam semua!!!

heheehe... meh AK nak share gambar pemandangan yg AK tngkap baru2 ni.. hihi.. sori, i'm not pro.. tp AK ske tngkp gmbo pemandangan..heheeh..















most of the picture AK tangkap sbb awan nyaaa sangat cantik!! heeheheh~

Tahniah Buat Ummi Iza~~

Salam semua!!

ini entry khas untuk menggambarkan kegembiraan yang tak terucap.. hehehe.. alhamdulillah, salah seorang classmate AK dulu telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel!

tahniah buat Kak Iza dan suami.. heheeh..


baby @ si tecit<--- panggilan umminya heheeh... selamat dilahirkan pada 13 November 2010, 8.10 am.. hehehe..

Muhammad Haziq Iman bin Muhammad Elmi Fa'iz..
comey kan?? hehehhe.. tahniah kak Iza!!!!

p/s: tumpang gembira sambil terfikir, ble giliran sendiri nak pegang anak? hahaha.. dua tahun? tiga tahun? patblas tahun lg? hanya Allah yang tahu..hehehehe

Monday, November 15, 2010

Bila Auni Bertocang Dua!

Salam semua!!

owh, AK dah ok kot... huhuhhu..redha, mungkin ni semua ujian Allah.. supaya AK bersabar.. hehehe.. eh padahal dugaan tak besar mana pun, bising seantero dunia pulak.. hahah...

hmm... dah lama xcerita pasal Auni kan?my beloved niece!! heeh.. nak tau dak? rambut auni dah panjang tau.. dah boleh ikat tocang.. heeheh.. comeeeyyy sgt!!!

nak tengok?

tak yah la.. haha

ok la okla.. AK tunjuk ni..hehe

kawaiii neee??
eh abaikan kesemakan di belakang.. eh cik AK.. ble sebut lg orang nk tgk.. eh abaikan je la..

hehehe.. aaa...tgk gmbo pun rase nak cubit2 die..hehehe... tau x, pagi tadi AK jengok die kt umah kak AK, die tido terlentok atas lengan mama die.. heehhe.. pandai btol budak ni... haaaaaa..gerammm mak ngah!

Serba tak Kena!

Salam semua!!!

aaaa, dah transfer gambar semalam. tp cari dlm pendrive xde pun.. aaa.. AK dh salah letak ni...errr... sob sob... xleh nak tulis entry tu.. terpaksa meraban mende lain.. huhu..


entah kenapa serba tak kena pulak AK rase minggu ni.. macam-macam pulak yang berlaku.. nak cerita satu persatu pun macam malu pulak.. hahah..

contohnyeee... smlm AK topup laa kredit, tgk2 tak masuk-masuk kredit tu.. pegi kedai balik kedai dah tutup.. arghhh!!! dh le AK ni malas nak topup.. ble topup cmni lak jadi.. melayang duit AK..

tapi AK doakan moga kehidupan AK kembali normal... huuuuuuu....

p/s : ilang mood terus nak tuliss entry.. wuwu.. sbb gmbo ilang mane ntah..jap gi rajin AK menaip entry lain pulak..sob sob..malang nasibku!!

Saturday, November 13, 2010

Day 6 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.

Salam semua!

oh mengantuk xde semangat when Saturday came.. huhu.. ada benda nak share, tapi belum transfer gambar lagi, malassss nak buat.. ari isnin la AK citer pasal tu.. huhuh..

hari ni AK sambung 30 Days Challenge jer la.. huhuhhu... okeh! hmmm pet.. teheehe... jangan terkejut @ pengsan pulak.. tambah bg orang yg geli.. hahaha...

tadaaa!!!

ular sawa albino


aaa comey kan!! heeheh.. lawa giler kulit die..ish geram nih.. rase nak bg melingkar-lingkar kat bahu AK..oh seronoknyaa!!!


pastu...


aaa hegwidd!!! aa..eh burung hantu putih.. hehehe.. ala ktne nak cari ek? leh bela x beliau ni.. so gebu!!! nak peluk2 rase.. haha.. ni mmg kena sampuk citer Harry Potter la ...


pastu pakcik iguana...
hahaah..semua rase nak bela.. huhuh.. opss soklan ckp 1 je haiwan.. aaa bantai je la..hahaha.. inilah haiwan2 yg AK teringin nk bela.. malangnye sume ni haiwan yg dilindungi, kene ade lesen nak bela.. n harga pun boleh tahan mahal.. berangan je laa AK!!!



Friday, November 12, 2010

Luka Kena Kertas~

Salam semua!

heheeh..nak ngadu ni... xkire, nak ngadu jugak, sebab tak ada kekasih hati untuk diadukan, AK nak ngadu la pada belog kesayangan AK ni..hahaha! euwww.... tak kuasa i hahaha...

ok la, xde papepun. cuma terluka dek kertas hihihih.. AK mmg penah dengar ade org terluka kena kertas, tapi AK cam.. "eh boleh luka ke kena kertas...tipooo laa" hahaha.. mmg xbrape yakin..kui3..

pastu semalam AK nampak la beberapa bulatan lobang kertas.. paham x? mesti tak paham.. hahah.. kan bila kita punch kertas, akan ade kertas bulat2 tu.. pastu ade yg terbang ke atas fail, sbb puncher AK mengong skit.. so AK pun kuis2 la dengan jari..

okeh ini failnye...
ok, AK kuis2 laa fail tu.. tgk2 jari AK dah luka.. hahaha..






ok abaikan kuku yg kontot tu, abaikan jari yg tembam tu, abaikan tahi lalat tu.. hahaahah.. fokus pada darah.. darah!!!! eh drakula2 dan pontianak sekelian jgn fokus..hahaa~

itulah kisah budak yg xpenah terluka kena kertas, saje nak tunjuk kt blog.. haahahah!

Al Fatihah Buat Shamrin Fotograf~

Salam semua!

no time to membebel ari ni..... just nak ucapkan takziah pada keluarga Shamrin Fotograf...

PETALING JAYA: Penyanyi Shamrin (gambar) atau nama sebenarnya Mohd. Shamrin Abd. Samad,45, dari kumpulan Fotograf meninggal dunia petang, Khamis.
Allahyarham yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an dikatakan rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang.
Menurut rakannya, Johan Aziz, Shamrin yang berasal dari Taman Mesra, Kajang, Selangor jatuh di padang selepas kira-kira 15 minit mereka bermain bola sepak.
“Ketika dia jatuh, kami terus membawa dia ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru dan disahkan doktor dia meninggal dunia,” katanya.
Jenazah Allahyarham kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
untuk lebih lanjut klik kt sini--> MStar

AK memang suke dgr lagu rock 90an termasuklah lagu Fotograf, Di Alam Fana Cinta tu n lain2 lagu. semoga rohnya dicucuri rahmat dan dalam rahmat Allah.. Al Fatihah!

Thursday, November 11, 2010

Day 5 – How important you think education is?

Salam semua!

owh tetiba nak sambung buat 30 Days Challenge pulak.. kui3... huh, soklan tak boleh belah sungguh... hehe.. sungguh formal gitu.. ok la... bagi AK pendidikan itu tersangattttlah penting...

buku pinjam library heheeh~
rak buku saya!!

walaupun sekarang dah tak berada di alam study, tapi dalam kehidupan pun kita sedang belajar.. Rasulullah pun pernah berpesan;
"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim)

Dalam AlQuran dan Hadis pun sudah diterangkan betapa pentingnya ilmu, jadi sudah pastilah ia suatu perkara yang penting..
hehehe... walaupun dah habis study, mcm2 lagi yg kita boleh belajar, belajar menjahit ke, bljr memasak ke, belajar Fardhu Ain ke... hehehe..

wah2, entry serius pulak ble buat tajuk ni kan? heehhe.. ok cukup dulu sampai di sini sayang..eh melalut pulak AK...huhu..

akhir kata, tuntutlah ilmu smpai liang lahad, jangan tuntut ilmu salah sudah, kang merana tak sudah!
Related Posts with Thumbnails