~~Pembaca Yang Setia~~

Thursday, April 15, 2010

~Kidal itu Aku~

Salam, hello kawan2...
dlm rmai2 korg ni sape yg kidal? sile angkat tangan...hehe... yer, aku yg angkat...haha... sejak kecil mmg aku kidal ye la kan... tapi yg pelik, family aku sume xde yg kidal...aku sorg jer...hehe...tp ayah aku ckp, kecik2 dulu die kidal, tp lepas ustaz die ketuk tgn die n soh guna tgn kanan, terus die jd pengguna tangan kanan...haha... mgkin dr situ kot kekidalan aku ni berasal...
korg rase bangga x jadi kidal? kalu korg kidal la... aku ni kdg2 rasa bangga sebab aku rasa dr aku berbeza dr org lain, tp kdg2 aku rase susah jugak... especially ble gunakan mende2 yg khas tercipta utk org tgn kanan jer... aku xde la jeles dgn korg yg tgn kanan ni cuma kdg2 aku rase cm diskriminasi bak kata UNA...ehehe.. yer la, cuba korg byg, ble tulis dlm buku, bukan main susah, pastu tgn mulala kotor sbb terseret tulisan kt buku, lekatlah karbon2 pensel kt tgn... pastu nk garis kt buku pn berpusing2 haha.. okla... meh kita baca mende alah kt bawah ni~~

Definisi kidal
  • Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan.
  • 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ).
  • Hubungan kidal dengan otak secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.
  • Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan. 
Fakta menarik
Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.
Kajian dari Abertay University Skotlandia menemui bahawa orang kidal cenderung lebih setuju dengan pernyataan seperti : “Saya khautir membuat kesalahan.”
Mereka yang kidal juga sepakat dengan penyataan : “Kritik atau omelan membuat saya sedikit sakit hati.”
 Dr Lynn Wright, yang menjalan kajian tersebut di Dundee, Skotlandia, percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.
“Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bahagian otak kanannya lebih dominan, dan inilah bahagian yang sepertinya mengendalikan aspek negatif dari emosi. Mereka yang lebih banyak memakai tangan kanan, bahagian otak kirinya lebih dominan,” jelas Lynn.
erm, penyataan kt atas ni buat aku terfikir, patutla aku ni emo semacam jer, pastu low self esteem lak, ropa2nya dh org kidal mmg cmtu...haha... korg yg kidal cmni ke? sensitif skit... hehe... rupanya sbb kita dominan bahagian negatif dan emosi..haha..

kt cni aku senaraikn kesusahan sbgai kidal ya..
  1. peralatan dlm dunia ni byk dibuat khas utk org tgn kanan... cm pisau ptong kulit buah, cara aku, aku potong sambil mata pisau mengadap aku...kire nyawa di hujung tanduk la...mau nye aku tertikam diri aku... haha... pisau biase pn guna tgn kiri, tp lgi bersih kn, makanan kt tgn kanan, potong guna tgn kiri...bgus kn?haha.
  2. nk guna buku pn payah, tgn cepat kotor, nak garis buku pn berpusing2 jadinya...
  3. mouse letak utk tgn kanan... tp bg aku xsukar sgt.. sbb masa mula2 guna komputer dh bljr guna mouse tgn kanan...jd xmcm susah la...mcm kelebihan lak.. yer la...cuba byg...aku guna mouse tgn kanan, tulis tgn kiri..so kerja aku 2x gnda lebih sng dr tgn kanan... haha!
  4. meja kuliah khas utk tgn kanan... ingt x mase masuk kuliah dulu...jenis meja yg sambung dgn kerusi... bg org tgn kanan, senang la, sebab lengan dorg leh rehat kt meja... cm aku n org yg seangkatan.. meja ni mmg diskriminasi...ahah..
  5. biasa makan guna tgn kiri ~ yg ni aku xbuat la...haha..kdg2 jer kalu guna sudu, terguna tgn kiri... tp aku sllu biasakan guna sudu pn guna tgn kanan... ikut sunnah la~~ Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhari Muslim)
  6. hmm, byk lagi..tp ble aku nk citer la aku jd blur...wakakaka...
Kelebihan org kidal lak... hehe
  1. senang menulis tulisan dr kanan ke kiri ~ Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa. -kene sllu tulis dlm jawi ni..hehe-
  2. Kreatif ~ Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. -hmm, yes, aku mmg ske seni... aku ske menulis karya n melukis kartun-
  3. senang kawal kereta manual ~ cuba tgk gear ade kt belah mana, kiri kn? haha... kn sng tu~~
  4. cepat menyesuaikan diri ~ yer la...kalu semua mende2 tgn kanan ni, kita nk guna, terpksa la bljr kn? lama2 bijak la kami...hahahahaa..
Fakta Menarik
  1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.
  2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg juga kidal.
  3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikn mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg mengaitkan orang kidal dpt dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
  4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk menterjemahkan mesej-mesejnya.
  5. Hari istimewa utk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.
  6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan
  7. Individu Kidal, Individu Elastik ~ Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.
  8. Orang kidal pintar? ~ Memang ramai individu kidal yang tersohor kerana kepintaran mereka tp sebenarnya  bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. Orang kidal menggunakan lebih banyak bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga melakukan beberapa kerja menggunakan tangan kanan selain menggunakan tangan kiri mereka dan secara automatik mereka menggunakan kedua-dua belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan.
  9. Ramai Selebriti n tokoh yang terkenal dlm pelbagai bidang dalam dunia ini merupakan seorang kidal ~ yg paling aku teruja sgt ialah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Umar Al-Khattab... ramai sgt pulak nk bgtau sorg2...hehe... nk tau gak ke? ok laa... aku senaraikan~
Senarai selebriti n tokoh terkenal yg kidal...
Teknologi Maklumat
Bill Gates
aku ~ ahahahaa~~

Seni ( suara, lukis, muzik dan hiburan)
Julius Caesar,
Alexander the Great,
Napoleon Bonaparte dan Isterinya,
Leonardo Da Vinci
Michelangelo Buonaroti
Beethoven

Selebriti
Oprah Winfrey
Amitabh Bachchan
Tom Cruise
Charlie Chaplin
Nicole Kidman
Marilyn Monroe
Angelina Jolie
Keanu Reeves
Sylvester Stallone
Yamapi ~ yes!

Sukan
Pelé -Edson Arantes do Nascimento (Bolasepak)
Diego Armando Maradona (Bolasepak)
Lieonel Messi (Bolasepak)
Rafael Nadal (Tenis)
John McEnro (Tenis)
Lin Dan (Badminton)
Valentino Rossi (Lumba motosikal)

yang penting aku bangga menjadi sorg kidal walaupun byk kesusahan yg perlu aku hadapi utk idup dlm dunia yg penuh dgn org yg guna tgn kanan... 

tgk la budak kidal tu tgh khusyuk menulis...hahah~~

 p/s: ok la...cukupla dulu yer...ngantok dh aku ni... buat entry berilmu skit...hahaah...setan2... ok c u later~~ 




3 comments:

Misshy Innz said...

selalu nye tulisan org kidal nie cantik =)

Aliesha Kirana said...

btol3x...ahahaah..erk..cm puji dr sndiri lak...tp xde la cantik sgt pun haha.....tmbh ble kalut tu habis berterabur cm ckr ayam..hahahaah

najihah said...

kita ada persamaan

saya seorang kidal
:)

Related Posts with Thumbnails